Advertisement

10 KOREAN VARIETY SHOW YANG BEST DAN WAJIB TONTON


10 KOREAN VARIETY SHOW YANG BEST DAN WAJIB TONTON | Tidak disangkal lagi, Korea berjaya menghasilkan banyak variety show yang terbaik dan cara mereka menghasilkan rancangan variety tu diluar jangkaan penonton. Walaupun ada yang sekadar rancangan nyanyian tapi ianya mempunyai konsep yang sangat kreatif .


Lihat saja lah bagaimana rancangan Running Man berjaya memikat penonton di seluruh dunia. Dari kanak-kanak hingga yang dewasa cukup mengenali rancangan popular ini. Running Man sudah bersiaran selama lebih 10 tahun dan sehingga kini ianya masih kekal popular walaupun ada ahli yang bertukar ganti.

Malah ada pendapat mengatakan games atas talian yang popular , Among Us adalah adaptasi dari rancangan popular ini.

Selain Running Man terdapat banyak lagi variety show Korean yang best dan menarik. Berikut adalah 10 rancangan variety korea yang patut di tonton.

Korean Variety Show Yang Wajib Tonton

Gamsung Camping 


Rancangan ini mengisahkan tentang ahli-ahli wanita yang  bercuti ke tempat-tempat unik dan santimental di Korea dengan mengikut konsep yang berbeza setiap minggu.Rancangan ini menampilkan ramai pelakon, penyanyi dan pelawak korea. 

Ahli: Park Na Rae, Ahn Young Mi, Park So Dam, Solar, Son Na Eun.


Master in the House




Master in the House adalah program televisyen Korea Selatan yang disiarkan di SBS. Dalam rancangan ini setiap ahli aka  menghabiskan dua hari satu malam bersama tokoh terkenal dari pelbagai bidang atau profesi, yang dikenali sebagai Masters, dan berkenalan dengan kehidupan Masters, dengan harapan dapat memperoleh pengetahuan dan kebijaksanaan.

Ahli: Lee Seung-gi, Yang Se-hyung, Shin Sung-rok, Kim Dong-hyun, Cha Eun-woo .


Boss in the mirror


Boss In The Mirror adalah rancangan variety Korea Selatan di siaran KBS2 yang dihoskan oleh Jeon Hyun-moo dan Kim Sook. ni adalah rancangan di mana bos Korea menjalani pemeriksaan diri untuk mewujudkan persekitaran kerja yang lebih baik bagi pekerjanya. Acara ini menampilkan pelbagai industri dan termasuk penampilan tamu dalam bentuk MC khas atau orang yang berkaitan dengan bos dalam rancangan itu.

Host: Jun Hyun-moo dan Kim Sook


New Journey To The West


Rancangan ini sudah memasuki musim 8 sejak ianya disiarkan pada tahun 2015. Rancangan ini membawa setiap ahli ke satu tempat atau negara dan mereka akan menyempurnakan beberapa misi dan permainan yang telah di tetapkan.

Ahli: Kang Ho-dong, Lee Soo-geun, Eun Ji-won, Song Mino, PO, dan Cho Kyu-hyun


Knowing Bros - Men on a Mission



Knowing Bros: Aneun Hyeongnim, juga dikenal sebagai Men on a Mission atau Ask Us Anything adalah satu rancangan hiburan Korea Selatan terbitan oleh JTBC. Ianya berkonsepkan sekolah tinggi di mana ahli-ahli tetap berlakon sebagai pelajar sekolah tinggi dalam sebuah kelas sementara tetamu-tetamu jemputan hadir sebagai pelajar yang baru berpindah. Kebanyakan segmen dalam format ini menunjukkan aktiviti-aktiviti yang pelajar sekolah biasa akan buat bersama-sama. Pada masa yang sama, rancangan ini akan kadang-kala mempelbagaikan bahagian akhir dengan segmen di luar konsep sekolah.

Ahli: Kang Ho-dong,  Lee Soo-geun, Kim Young-chul , Seo Jang-hoon, Kim Hee-chul, Min Kyung-hoon, Lee Sang-min


The Return of Superman


Dalam rancangan ini selebriti yang bergelar bapa alkan dibiarkan menjaga anak-anak mereka sendiri selama 48 jam tanpa bantuan orang lain, sementara isteri mereka meninggalkan rumah untuk menikmati waktu rehat yang santai.  Selama 48 jam, ayah dan anak-anak melakukan tugas yang telah ditulis oleh isteri untuk diselesaikan oleh ayah, atau si ayah akan membuat aktiviti baru dengan anak-anak mereka. 

Antara selebriti yang pernah muncul dalam rancangan ini ialah kang Gary,  Min Woo hyuk dan Hong Kyung Min.


Sixth Sense


Dalam setiap episod, setiap anggota, bersama dengan seorang tetamu lelaki  mengunjungi tiga restoran atau tempat yang berlainan. Salah satu dari tiga tempat tersebut dibuat sepenuhnya dari awal oleh pasukan produksi.Ahli perlu meneliti setiap perincian pada restoran atau tempat yang mereka kunjungi dengan teliti.

Diakhir rancangan mereka perlu memilih diantara ketiga-tiga tempat atau restoran yang mereka kunjungi, yang mana satu yang palsu dan yang benar.

Ahli: Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz).


King Of The Mask Singer


Setiap pertandingan berlangsung selama dua episod, dengan penyanyi bertanding satu lawan satu dalam tiga pusingan penyingkiran. Mereka diberi topeng untuk dipakai bagi untuk menyembunyikan identiti sebenar mereka yang akan mempengaruhi undi dari juri. Pada pusingan pertama, kedua-dua peserta menyanyikan lagu yang sama, sementara pada pusingan kedua dan ketiga mereka masing-masing menyanyikan lagu solo. Pemenang  dipilih oleh penonton dan panel juri selebriti melalui undian langsung. Identiti penyanyi tidak didedahkan sehingga mereka tersingkir.


I Live Alone


I Live Alone diiktiraf sebagai salah satu rancangan "Real-Variety" di televisyen Korea. Program ini tanpa skrip menggunakan teknik dokumentari dengan elemen variety show , yang mengikuti format program televisyen realiti lain seperti Infinite Challenge ,Rancangan ini mendedahkan kehidupan seharian ahli Rainbow Club yang erpilih , baik di dalam maupun di luar rumah mereka. Program ini juga mendedahkan kepada para penonton bagaimana selebriti hidup sendirian.


House on Wheels


Rancangan ini menampilkan 3 pelakon hebat Korea yang menjelajah seluruh Korea dengan tinggal di dalam wheeled house . Mereka juga akan menjemput seorang selebriti untuk tinggal dan bersama mereka.

Ahli: Yeo Jin-Goo, Kim Hee-Won dan Sung Dong-il


Catat Komen

4 Ulasan

  1. House on Wheels & Master in the House..best2..

    BalasPadam
  2. dulu pernah addicted dengan return of superman tu..sehari tak tengok rasa rindu, tapi sampai satu tahap rasa down tengok sebab kita nampak live artist ni rumah dia cantik2..kehidupan dia macam best aje...aduhh bahaya ni, terus stop tengok..tak tau nak gelak ke nak nangis..

    BalasPadam
  3. tak pernah layan... dulu return of superman layan tp yg terbaru ni dah tak layan... suka masa ada sarang

    dana kalau variety suka runningman je hehehe

    BalasPadam
  4. Dah malas layan sebab sekali terjebak memang susah nak benti. Haha.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)