Advertisement

TUTORIAL LETAK FOLDER DALAM TELEGRAM

TUTORIAL LETAK FOLDER DALAM TELEGRAM  | Hari ni nak share lagi tutorial pasal telegram. Ramai sebenarnya yang nak tau lebih banyak pasal telegram ni. So mana yang sempat tu saya buat la tutorial sikit. Ada pertanyaan yang nak tahu macam mana saya buat telegram ada folders dibahagian atas telegram saya ni.

Tengok gambar bawah ni.. Nampak tak bahagian atas tu ada folder , Muzik, Berita, bot, drama dan banyak lagi sebenarnya.




Bila telegram kita ada folders macam ni mudah la untuk kita  cari Channel atau Group yang kita nak tengok. Tak la kena scroll sampai juling mata. Hahahh. 

Kalau nak baca berita terkini , click je kat berita dan akan keluar la semua group atau Channel berita yang kita join. 

Sebelum tu, bagi yang belum ada Telegram , boleh install di Playstore bagi pengguna android macam saya. Yang guna Iphone boleh cari di App Store.

Bila dah Install mula join group dan Channel yang korang suka. Boleh rujuk caranya di artikel 

 Cara letak folders dalam Telegram


1. Pergi kat Setting dan pilih Folders



2. Pilih Create New Folders kat bahagian bawah sekali.



3. Lepas tu bagi nama untuk folder korang tu. Saya letak nama Berita . lepas dah letak nama Folder korag click pada Add Chat dibahagian bawah nya tu.


4. Akan keluar paparan macam ni untuk korang pilih Channel dan group berita yang mana untuk korang letak dalam folders. Saya pilih Channel Majlis Keselamatan Negara untuk diletak kan dalam folder berita ni.

Lepas tu click pada tanda ✔️ kat bahagian bawah nya,.




5. Dan korang boleh click Save kat bahagian atas nun


 Dan sekarang saya  dah ada Folder berita kat dalam Telegram .


 Cemana?? boleh faham tak? Mudah saja..kan? 

Kalau korang tengok Folders saya ni memang macam2 ada tau. Itu lah yang bestnya guna Telegram ni. Bot pun ada. Tak payah nak download aplikasi dowload video ke, lagu ke..boleh guna bot saja. 

Ada bot untuk subtitle, untuk PDF converter, tukar tulisan jawi pun boleh ,macam2 lagi la. Nanti saya akan ajar pasal bot pulak kalau ada masa.

Ada juga yang minta saya buat tutorial cara guna twitter. InsyaAllah kalau ada masa nanti saya akan buat kan. Terima kasih kerana membaca artikel Tutorial Letak Folder Dalam Telegram. Semoga bermanfaat untuk semua.






Catat Komen

11 Ulasan

  1. ohhh selama ni tak tau pun telegram bole buat folder..hahahahha..thanks kak!

    BalasPadam
  2. oh, nak kena buat jugak foler la.. tapi telegram kita... jarang guna

    BalasPadam
  3. wahh nmpk canggih telegram apps nih., mcm2 ado ., ;p

    BalasPadam
  4. sy pun skrg lebih byak layan telegram drp fb & instagram

    BalasPadam
  5. Ilmu baru ni..alhamdulillah.terima kasih ya.

    BalasPadam
  6. saya pun sekarang dah tak guna pendrive setakat nak transfer file kecik2, tele kan aje..hehe..buat 1 channel khas untuk transfer transfer

    BalasPadam
  7. terima kasih perkongsian tutorial ni D, kak ana kurang aktif di TG ni melainkan kalau ada task job melalui TG, pastu mula melilau cari anak2 suh tolong buka fail bagai :)

    BalasPadam
  8. jarang buka telegram tak tahu pula ada function macam ni. nice..

    BalasPadam
  9. thanks diana. sgt bermanfaat. abe kie nk try ni.

    BalasPadam
  10. terima kasih b erkongsi. telegam sy berfungsi sbg tmpt baca info je hahahaha

    BalasPadam
  11. Banyak fungsi dan tools telegram ni. Suka telegram dari whatsapp. especially transfer gambar tu tak rosakkan kualiti gambar.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)