ZUL MUHAMMAD

TERIMA KASIH ABANG POLIS YANG HANTAR PELAJAR UNTUK DUDUKI PEPERIKSAAN

TERIMA KASIH ABANG POLIS YANG HANTAR PELAJAR UNTUK DUDUKI PEPERIKSAAN | Alhamdulillah, walaupun ramai scammer di Malaysia tapi lebih ramai lagi orang-orang baik di Malaysia ni. Sebab tu ramai pelancong luar suka datang ke Malaysia. Setiap hari ada saja cerita-cerita tentang kebaikan rakyat Malaysia yang dihebahkan.




Bagi saya perkara tentang kebaikan memang perlu dihebahkan supaya orang lain pun dapat semangat dan terinspirasi untuk melakaukan kebaikan di lain kali. Saya sendiri pun tak suka terlalu banyak cerita-cerita negatif banyak bertebaran di sosial media.

Kalau banyak cerita-cerita positif , kita yang baca pun rasa tenang dan seronok sebab kita dapat rasa negara kita masih aman dan selamat. Siapa nak duduk di negara yang kucar kacir, tak selamat dan banyak cerita2 buruk..Betul tak?

Hari ni viral satu lagi kisah positif yang menarik dan memberi inspirasi pada semua orang untuk saling bantu membantu. Kisahnya pagi tadi berlaku satu kemalangan di Putrajaya melibatkan sebuah lori Pasir yang terbalik dan menghalang laluan jalan









Dalam masa yang sama terdapat seorang remaja yang bakal menduduki Peperiksaan penting. Atas rasa tanggungjawab, seorang anggota polis menghantar pelajar terbabit ke untuk menghadiri peperiksaan.

Ramai yang memberikan ucapan terima kasih kepada anggota tersebut dengan kata-kata positif dan kata penghargaan.

Kisah inspirasi tersebut dikongsikan saudara Aimad Azfar di twitter nya. 






Post a comment

3 Comments

  1. alhamdulillah...ramai orang baik kat Malaysia ni...thank you abang polis!

    ReplyDelete
  2. ALHAMDULILLAH BAIK SUNGGUH HATI ABANG POLIS MEMPERMUDAHKAN URUSAN ADIK YG NK EXAM ..DGR CITER2 POSITIF GINI TENANG RASA HATI

    ReplyDelete
  3. Ada terbaca kat twitter. Syukur masih ada yang sudi membantu. Bagus polis yang baik hati tu.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)