Advertisement

TANDA-TANDA INI AKAN MUNCUL SEBULAN SEBELUM ANDA MENGALAMI SERANGAN JANTUNG

Mencegah lebih baik dari mengubati . Apa sahaja penyakit ada pencegahan nya. Ada penyakit yang datang secara tiba-tiba tanpa gejala yang ketara. Oleh sebab itu pencegahan awal sangat penting dalam memastikan nyawa tidak terancam apabila kita tiba-tiba diserang penyakit . 




Hari ni saya akan berkongsi tentang  gejala awal yang mungkin berlaku satu bulan atau mungkin lebih awal sebelum serangan jantung. Perkongsian ini dapat memastikan kita mengawasi setiap perubahan pada tubuh badan kita untuk mengelak kan risiko serangan serangan jantung dengan bertindak mendapatkan rawatan segera.


KELETIHAN


Keletihan yang luar biasa adalah salah satu gejala utama yang menunjukkan serangan jantung yang akan berlaku. Wanita lebih cenderung mendapat gejala seperti ini berbanding lelaki.

walaupun kita tak melakukan aktiviti fizikal atau mental , keletihan luar biasa ini tetap berlaku dan ia meningkat setiap hari. Gejala ini cukup jelas tetapi tidak disedari ramai orang.

Kadang-kadang rasa letih tersebut berlaku ketika kita melakukan kerja-kerja yang ringan sahaja.


SAKIT PERUT

Sakit perut, rasa mual ketika perut kosong atau ketika kenyang, rasa kembung, atau sakit perut adalah beberapa gejala yang paling biasa. Gejala ini dirasai oleh wanita dan lelaki

Sakit perut sebelum serangan jantung mempunyai episodik, mereda dan kemudian kembali sakit untuk jangka masa yang pendek. Ketegangan fizikal mungkin memburukkan lagi rasa sakit perut.


INSOMNIA

Insomnia juga dikaitkan dengan peningkatan risiko serangan jantung dan stroke dan lebih umum dialami wanita. Gejalanya termasuk kesulitan untuk tertidur, terus terjaga, dan terbangun terlalu pagi. 

Para pakar telah menemukan kaitan signifikan antara risiko serangan jantung dengan insomnia. Peneliti di China, melaporkan dalam jurnal Neurology, bahwa orang yang memiliki setidaknya tiga gejala insomnia 18 % lebih mungkin terkena serangan jantung atau stroke.


DYSPNEA


Dyspnea , atau sesak nafas, adalah rasa  tidak dapat menarik nafas dalam-dalam. Ia sering berlaku di kalangan lelaki dan wanita sehingga 6 bulan sebelum mengalami serangan jantung. Ia biasanya merupakan tanda amaran yang paling ketara. 


Rasa sesak nafas ini juga ada kalanya diikuti dengan rasa pening




RAMBUT GUGUR


Rambut gugur juga dianggap sebagai satu lagi petunjuk risiko penyakit jantung. Selalunya ia mempengaruhi lelaki berusia lebih dari 50 tahun, tetapi sebilangan wanita juga mungkin berada dalam kumpulan risiko. Rambut gugur dan botak  juga dikaitkan dengan peningkatan tahap hormon kortisol.


DEGUPAN JANTUNG TIDAK TERATUR


Masalah degupan  jantung tidak teratur atau dikenal sebagai aritmia, berlaku apabila impuls yang terhubung dengan degup jantung tidak bekerja dengan baik dan menyebabkan jantung berdegup terlalu kencang, terlalu lambat, atau tidak teratur.

Keadaan ini biasanya dialami oleh wanita, dan ianya terjadi selama satu hingga dua minit.


PELUH BERLEBIHAN


Berpeluh dengan luar biasa atau berlebihan adalah tanda amaran awal serangan jantung. Ia mungkin berlaku pada bila-bila masa siang atau malam. Gejala ini lebih kerap menyerang wanita dan biasanya ramai wanita keliru dan merasakan keadaan ini adalah petanda menopaus.

Gejala selesema dan  kulit berpeluh turut berlaku tanpa mengira suhu udara atau aktiviti fizikal. Kita akan rasa lebih banyak berpeluh pada waktu walam hinggakan kita akan rasa tilam dan cadar seakan lembab apabila bangun setiap pagi.


SAKIT DADA


Lelaki dan wanita mengalami sakit dada dalamkeadaaan yang berbeza. Pada lelaki, gejala ini adalah tanda-tanda awal yang paling penting sebelum berlaku serangan jantung dan tidak boleh diabaikan. 

Sebaliknya, ia hanya mempengaruhi 30% wanita.

Sakit  dada boleh merebak menjadi sensasi yang tidak selesa di satu atau kedua-dua lengan (lebih kerap tangan kiri), rahang bawah, leher, bahu, atau perut. Ianya mungkin kekal atau sementara




Faktor-faktor risiko 

Kita semua sedia maklum bahawa kegemukan, kurang latihan fizikal, dan merokok adalah faktor risiko serangan jantung. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa petunjuk yang sering tidak disedari yang mungkin meningkatkan kesedaran kesihatan anda dan membantu anda mencegah serangan jantung.

  • 1- Lipatan cuping telinga ( lipatan cuping telinga yang terletak secara menyerong dari saluran telinga).
  • 2- Tompok kuning di sudut dalam kelopak mata.

  • 3- Sakit ringan pada otot betis disebabkan oleh berjalan kaki.

  • 5 - Tumbuh rambut atau bulu pada saluran telinga (di kalangan lelaki).

  • 6- Rambut beruban awal (di kalangan lelaki).
Terima kasih membaca artikel tanda-tanda ini akan muncul sebulan sebelum anda mengalami serangan jantung. Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua.

Catat Komen

11 Ulasan

  1. terima kasih untuk info kak, kene berjaga-jaga dan beringat kalau ada simptom ini

    BalasPadam
  2. tksh berkongsi info yg sgt bermanfaat

    BalasPadam
  3. Sakit yang menakutkan sebab boleh menyerang bila bila masa jika tak kawal.

    BalasPadam
  4. terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
  5. thanks for the sharing! moga kita semua dijauhkan dari penyakit ini

    BalasPadam
  6. Ada antara simptom tu yang dah ada. Tapi In syaa Allah tak sakit pape. Risau gak.

    BalasPadam
  7. Boleh cuba dan amalkan, berkesan Insya-Allah: https://shopee.com.my/DRNUTRIC-King-Gamat-Walit-Plus-Liquid-Jelly-500ML-i.254055646.3163901208

    BalasPadam
  8. banyak jugak tu antara yang saya sendiri alami beberapa minggu kebelakangan ni...mungkin sebab tak sihat hari tu..haha..

    BalasPadam
  9. Scary bila scroll down makin banyak macam ada symptoms tu. Moga dilindungi.

    BalasPadam
  10. Terima kasih atas info ini kak di..

    BalasPadam
  11. takut bila baca tanda-tanda awalnya kak. moga kita semua dijauhi dari penyakit-penyakit ini.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)