ZUL MUHAMMAD

TAK PAYAH TUNGGU HARIJADI PUN BOLEH DAPAT HADIAH.

TAK PAYAH TUNGGU HARIJADI PUN BOLEH DAPAT HADIAH | 2 hari bercuti dari blog. Memang isi masa sepuas-puasnya dengan menikmati dunia realiti. Hari Sabtu layan karenah anak, makan2 dan tonton filem. Hari Ahad jalan2 ke Penang menikmati kesesakan jalan raya. Hahahh..



Bila bekerja dengan sosial media ni, kena juga ada hari untuk kita lupakan sekejap sosial media termasuk blog. Kalau tidak hidup cepat stress dan kita nampak cepat tua. Mula la asyik nak cari pasal je kat sosial media tu.

Percaya lah. dalam seminggu pilih satu hari untuk bebas dari sosial media. Korang akan tau betapa nikmatnya rasa itu.

Ok la..Berbalik kepada tajuk.. Nak tunjuk kat korang benda ni.. Hadiah dari blogger Anies. Saya rasa dah banyak jugak la dapat hadiah dari Anies ni. Fridge Magnet, tudung Adijuma, apa lagi entah.. Dah sekarang dapat telekung pulak.



Macam tau2 je kami memang tengah nak cari telekung untuk pakai waktu keluar rumah. Nak merasa la telekung lain pulak. telekung sedia ada tu boleh dah buat pakai hari2 kat rumah.

Maklum lah, dah dekat 10 tahun kenal blog dia. kemana tempat dia pergi semua saya tau dah. Dia ni rajin berjalan. Merata-rata negara dah dia pergi. Kalau korang suka blog travel yang padat dan terperinci ceritanya boleh singgah membaca di blog Aniesandyou.



Masa saya dapat parcel ni, anak tanya. Siapa yang hantar. Saya kata " kawan ibu.."

Anak: Ibu kenal ke siapa "Anies " ni..? Entah2 bukan Anies yang ibu kenal.

Terus rasa macam confius kejap, Betul ke Anies yang saya kenal ataupun Anies lain yang muungkin baru kenal??

Soalan budak ni berjaya buat ibu dia keliru AjaiNurul kejap .

Terima Kasih Anies Untuk Hadiah Yang sangat cantik dan bermakna ni...

Dah siap basuh malam nya terus rasmikan. Sambil melunjur kaki tu.Bahagia tengok telekung baru. Hahaha.. 


Post a comment

10 Comments

  1. alhamdulillah :)
    dpt sesuatu yg boleh dimanfaatkan.
    pemberi penerima kongsi pahala, kan.
    tahniah!

    ReplyDelete
  2. Samalah. Dapat telekung. Memang ada teringin hendak ada tudung begini.

    ReplyDelete
  3. best kan kak walaupun kenal di alam maya je...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Seronok dapat telekung baru :)

    ReplyDelete
  5. Telekung jenis ni memang selesa, yang peting warna pilihan dijadikan hadiah tu, putih lambang kesucian

    ReplyDelete
  6. Mesti Mikhail yang tanya tu kan? Hahah

    Alhamdulillah..solat sambil tersenyum kah...hehe

    ReplyDelete
  7. besar pahala dia kak :)
    Tahniah kak dapat hadiah dihari bukan hari lahir hahahaa ^_^

    ReplyDelete
  8. maisara ke yg tanya tu? hehehe... sama2 ;-) lega dah smpi dgn selamat

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)