ZUL MUHAMMAD

SOP COSMETIC,SKINCARE & FRAGRANCE TESTERS

SOP COSMETIC,SKINCARE & FRAGRANCE TESTERS | Pada yang selalu ke watson, guardian atau mall untuk beli skincare dan cosmetic produk tu , benda ni wajib untuk korang tahu. Jangan sebarang je picit dan tenyeh kat kulit korang tu. Kita dah ada SOP yang wajib diikuti demi mengekang penularan covid 19.



Kes pun makin banyak sekarang ni dan PKP memang tak boleh nak dibuat. Kalau buat PKP ada juga yang jatuh miskin nanti sebab melibatkan ekonomi juga.Apa yang kita perlu buat sekarang ialah jaga diri masing-masing. 

Sekarang ni semua orang berisiko untuk dijangkiti Covid 19. Tak de siapa yang kebal kecuali kalau kita betul-betul ikut SOP. Jangan harap orang akan jaga kita, Kita sendiri yang kena jaga diri kita sendiri.

Oleh sebab tu SOP untuk cosmetik, skincare dan fragrance tester sudah pun dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan negara.

SOP COSMETIC,SKINCARE & FRAGRANCE TESTERS

SOP ni merangkumi semua jenis skincare , cosmetik dan fragrance tester seperti berikut:

Cleansers (termasuk make-up removers)

• Toners

• Masks

• Serums dan oils

• Moisturizers

• Eye care products

• Sunscreens

• Mists

• Fragrances

• BB cream dan CC cream

• Bedak asas (Foundation)

• Sahap Noda (Concealer)

• Loose, cushion dan compact powder

• Pemerah pipi (Blusher)

• Maskara

• Pewarna dan penjagaan bibir

• Highlighter dan bronzer

• Penggaris mata (Eyeliner)

• Pensil/ Penggaris/ Gel/ Pembayang kening (Brow

pencil/ liner/ gel/ powder)

• Pembayang mata (Eyeshadow)

Aktiviti yang tidak dibenarkan

• Menggunakan cosmetic testers tanpa khidmat rundingan oleh perunding kecantikan/ pekerja

Aktiviti Dan Protokol :

Persediaan bagi semua tuan punya premis dan pekerja termasuk perunding kecantikan :

1. Pendaftaran semua premis perkhidmatan cosmetic testers dengan pihak PBT. Hanya premis yang BERDAFTAR DENGAN PBT SAHAJA dibenarkan beroperasi.

2. Pemilik premis perlu beri taklimat SOP kepada semua pekerja dan perunding kecantikan.

3. Pemilik premis membuat persediaan premis, alat solek, hand santizer, face mask,
 , apron, alat pengukur suhu infrared hand held thermometer, bahan disinfeksi premis, pelan perancangan temu janji pelanggan (jika terpakai), pelan rekod pelanggan (sama ada secara manual atau melalui aplikasi MySejahtera).

4. Pekerja dan perunding kecantikan perlu menggunakan aplikasi MySejahtera.

5. Pastikan pencahayaan dan pengudaraan premis yang mencukupi.

Semakan status pekerja/ perunding kecantikan :

1. Memastikan setiap pekerja termasuk perunding kecantikan mematuhi sebarang arahan Kerajaan terkini bagi keperluan ujian COVID -19 dari semasa ke semasa.

2. Setiap hari, periksa suhu badan pekerja dan saring gejala batuk, sakit tekak atau sesak nafas bagi setiap pekerja dan direkod setiap hari sebelum masuk kerja. Rekod nama dan no. telefon pekerja diwajibkan.

3. Hanya pekerja yang bebas dari demam atau gejala COVID-19 dibenarkan masuk bekerja.

4. Mana-mana pekerja atau perunding kecantikan yang termasuk dalam kategori kontak rapat (close contact) atau PUI atau PUS COVID-19, tidak dibenarkan bekerja.

Pembersihan dan disinfeksi premis (sebelum, semasa, selepas).
Proses pembersihan dan disinfeksi dilaksanakan 3 kali sehari (sebelum, semasa dan selepas) di tempat umum yang kerap disentuh seperti kaunter, pemegang pintu, kerusi dan meja tempat menunggu.

Saringan pelanggan semasa pendaftaran masuk.

1. Periksa suhu badan bagi setiap pelanggan.
2. Daftar nama dan nombor telefon pelanggan menggunakan aplikasi MySejahtera atau secara manual.
3. Pelanggan dengan suhu melebihi 37.5ºC, tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam premis.
4. Menyediakan hand sanitizer untuk pelanggan. Wajib untuk membersih tangan sebelum dan selepas menyentuh Buku Daftar dengan hand sanitizer (jika guna Buku Daftar)
5. Pelanggan adalah diwajibkan untuk memakai pelitup muka (face mask).
6. Mana-mana pelanggan yang termasuk dalam kategori kontak rapat (close contact) atau PUI atau PUS COVID-19, tidak dibenarkan memasuki premis.



Amalan Penjarakan Fizikal.

1. Amal jarak 1 meter semasa bergerak masuk ke dalam premis.
2. Amal jarak 1 meter semasa pelanggan menunggu giliran rundingan kecantikan.
3. Amal jarak 1 meter antara pelanggan dan penasihat kecantikan semasa perkhidmatan rundingan kecantikan dilaksanakan.

Pelanggan yang bertanggungjawab:-

1. Mematuhi semua arahan iaitu penjarakan fizikal dan memakai face mask.
2. Sentiasa mengamalkan kebersihan tangan dengan hand sanitizer dan mengamalkan etika batuk.
3. Hanya bersedia untuk menggunakan perkhidmatan rundingan kecantikan jika selepas perunding kecantikan selesai melakukan pembersihan dan nyah kuman alat solek.
4. Pelanggan adalah DILARANG menggunakan cosmetic testers tanpa khidmat rundingan oleh perunding kecantikan

Prosedur rundingan cosmetic, skin care & fragrance testers:-

1. Pekerja dan perunding kecantikan wajib memakai face mask sepanjang masa.
2. Pelanggan diwajibkan memakai face mask semasa di dalam premis kecuali semasa sesi rundingan.
3. Perunding kecantikan perlu memakai glove sekiranya berlaku sentuhan.
4. Setiap pelanggan diwajibkan untuk menggunakan beauty disposable applicator yang disediakan oleh premis bagi mengelakkan sentuhan ke atas kulit.
5. Setiap kali berlaku sentuhan terhadap alat solek perlu menggunakan applicator baru dan penggunaan applicator untuk pelanggan yang sama adalah tidak dibenarkan.
6. Tempoh masa untuk keseluruhan sesi rundingan tidak melebihi satu jam.
7. Sebelum dan selepas rundingan, perunding kecantikan perlu membersihkan tangan dengan sabun dan air atau hand sanitiser.
8. Semua bahan pakai buang (glove, applicator, face mask) perlu dibuang dalam bakul sampah bertutup dan alat solek perlu disimpan semula.

Prosedur rundingan kecantikan kumpulan umur berisiko seperti berikut:

i. umur kurang dari 12 tahun; dan

ii. umur 60 tahun dan ke atas.

• Proses rundingan adalah diwajibkan mengikut giliran dan amalan penjarakan fizikal termasuklah had bilangan pelanggan yang ditentukan oleh Tuan Punya Premis.
• Rundingan kecantikan untuk kanak-kanak adalah dilarang.
• Perkhidmatan rundingan kecantikan untuk pelanggan yang berumur melebihi 60 tahun dan ke atas adalah dibenarkan.

Urusan pembayaran selepas rundingan
:-
• Galakan pembayaran secara cashless untuk pembayaran selepas rundingan dan alat solek yang ingin dibeli.

Bekerjasama dalam Pengurusan Penyakit COVID- 19


1. Bekerjasama dengan KKM atau pihak yang diberi kuasa sekiranya ada laporan kejadian kes COVID-19 dan pengesanan kontak.

2. Bekerjasama dengan KKM atau pihak yang diberi kuasa sekiranya ada keperluan ujian COVID-19 terhadap perunding kecantikan, sekiranya
wujud keperluan siasatan kes.



Arahan tetap:


• Akta 342

• Akta Polis

• Arahan MKN & KKM

• Tertakluk kepada peraturan Pihak Berkuasa

Tempatan (PBT) yang berkuatkuasa

• Operasi di PKPD tidak dibenarkan


Post a comment

8 Comments

  1. PANJANG TU INFO YG KENA AMBIL TAHU MRK YG BISNIS DLM BIDANG NI YG PENTING PATUH SOP DEMI NYAWA

    ReplyDelete
  2. Semua mesti ambil tahu dan amalkan.Untuk diri sendiri dan untuk orang disekitar kita juga.

    ReplyDelete
  3. umur makin naik ni sebenarnya macam2 lagi kena tepek kat muka ni, tapi kemalasan saya berkadar terus pulak dengan umur addududud

    ReplyDelete
  4. banyak SOP..ciktom mmg idok la nak pergi masuk watson, guardian sementara waktu ni..order online je semua..huhu

    ReplyDelete
  5. Lama tak tempek make up. Baru ni adik nikah je dia suruh pakai make up sebab dah bayar pensolek.

    ReplyDelete
  6. uiiii panjang tu sop kena patuh ;-)

    ReplyDelete
  7. Bila wabak semakin menular ni, semua benda kita kena ikut SOP. Risau lah kalau ada premis yang tak mementingkan SOP ni.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)