Advertisement

SINOPSIS FILEM ANIMASI OVER THE MOON SIARAN NETFLIX

SINOPSIS FILEM ANIMASI OVER THE MOON SIARAN NETFLIX | Over the Moon adalah filem komedi - drama komedi pengembaraan muzik animasi komputer 2020 yang diarahkan oleh Glen Keane dan disutradarai oleh John Kahrs, dari lakon layar oleh Audrey Wells. Filem ini dihasilkan oleh Pearl Studio dan Netflix Animation, dan dianimasikan oleh Sony Pictures Imageworks.


Filem ini mengisahkan Fei Fei seorang anak yang comel dan disayangi kedua ibu bapanya. Mereka mempunyai sebuah kedai kuih bulan. Ketika kecil ibu Fei Fei selalu menceritakan kisah Chang'e, seorang Dewi Bulan yang setia menunggu  cintanya yang hilang.

Fei Fei sangat terkesan dengan kisah tersebut dan mempercayai kisah lagenda itu. Meniti zaman kanak-kanaknya , Ibu Fei Fei meninggal dunia dan tiba masanya ayah Fei Fei ingin berkahwin semula.



Fei Fei  kecewa dan sedih dengan kehadiran wanita lain yang bakal menggantikan ibunya, nekad untuk pergi ke bulan bagi membuktikan kepada keluarganya bahawa lagenda Dewi Bulan bukan lah satu dongeng.

Fei Fei mula merancang perjalanan nya ke bulan. Tiba hari yang dinantikan, Fei fei ditemani haiwan peliharaan nua memulakan misi perjalnan ke bulan. Sampai sahaja dibulan dia dapat bertemu dengan Chang'e. 


Di bulan Fei fei juga melalui satu pengalaman hebat dan manis yang mengubah pendirian nya. 

Apakah yang berlaku kepada Fei fei di bulan? saksikan Over The Moon di siaran Netfix di rumah korang.

Filem ini juga disediakan dalam Bahasa Malaysia.





Tajuk Filem : Over The Moon 
Pengarah: Glen Keane, John Kahrs
Muzik digubah oleh: Steven Price
Siaran : Netflix
Genre: Muzikal Kanak-kanak,Cereka Sains & Fantasi Keluarga
Audio: English,Japanese,Malay,Cantonese,Mandarin
Sari Kata: English,Malay,Simplified Chinese,Traditional 
Barisan Pelakon: 
Cathy Ang
Phillipa Soo
Ken Jeong
Robert G. Chiu
John Cho
Sandra Oh
Ruthie Ann Miles
Margaret Cho
Kimiko Glenn
Artt Butler
Irene Tsu
Clem Cheung
Conrad Ricamora

Terima kasih kerana membaca sinopsis filem animasi Over The Moon Siaran Netflix . Semoga terhibur dan selamat menonton.


Catat Komen

3 Ulasan

  1. menarik ni citer kanak penuh imaginasi kreatif

    BalasPadam
  2. Nasib baik ada Netflix . Boleh la layan nanti hehe..
    Thank you for sharing, kak. :)

    BalasPadam
  3. Jalan cerita yang kreatif.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)