Advertisement

SINOPSIS DRAMA START-UP LAKONAN BAE SUZY DAN NAM JOO HYUK

SINOPSIS DRAMA START-UP LAKONAN BAE SUZY DAN NAM JOO HYUK | Kalau tengok gambar ni nampak drama ni macam biasa2 je. Tapi percayalah drama ni memang best. sebab drama komedi.

Bodoh2 si Nam Joo Hyuk  yang pegang watak  Nam Do San tu memang  kelakar sangat. Tambah pulak kawan-kawan dia yang dua orang tu pun 2x5 je dengan dia.



2020 memang banyak drama best2 dan salah satu yang ditunggu-tunggu ialah Start-Up. Lakonan Bae Suzy dan Nam Joo Hyuk.  


Drama: Start-Up

Director: Oh Choong-Hwan

Writer: Park Hye-Ryun

Network: tvN

Episodes: 16

Release Date: October 17 - December 6, 2020

Language: Korean

Country: South Korea.

Sinopsis Drama Start-Up

So Dal mi dan Won In Jae adalah dua adik beradik. Apabila ibu dan ayah mereka berpisah,  So Dal Mi mengikut ayah nya dan Won In Jae ikut ibu mereka.  Sebab tu nama keluarga mereka lain  kerana selepas bercerai ibu mereka berkahwin lain.

Selepas terpisah dengan kakak nya , So Dal mi dah tak ceria dan selalu nampak sedih. Jadi nenek  Dal Mi suruh sorang budak lelaki yang menumpang dirumahnya untuk tulis surat pada Dal Mi . Dalam surat tu budak lelaki tu nak berkawan dengan Dal Mi.

Segalanya di rancang dengan baik oleh nenak Dal Mi dan budak lelaki tu iaitu Han Ji Pyeong. Masa mula-mula nak tulis surat diaorang jenuh fikir nak guna nama apa.  



Tiba2 Han Ji Pyeong nampak ada surat kabar dengan berita tentang kejayaan sorang budak lelaki . So diaorang berdua rasa nama budak tu paling sesuai la untuk digunakan dalam surat tu. Nama yang di pilih ialah Nam Do San.

Bila dah semakin kerap berkirim surat, Dal Mi rasa itu lah cinta pertamanya.  Sampai dia besar dia tak pernah terima mana2 lelaki sebab dia percaya dia akan jumpa dengan Nam Do  San.

Satu hari Dal Mi berjumpa dengan kakak dia dalam satu event. Kakak dia macam pandang rendah dengan kehidupan dia yang masih belum  ada kerja bagus sedangkan kakaknya adalah ceo syarikat besar.

Tapi Dal Mi kata kehidupan dia baik2 saja, ada kekasih dan tengah buat bisnes dengan Nam Do San. Dia sebut nama Nam Do San sebab itu je lah nama lelaki yang dia kenal.

Jadi Kakak dia kata kalau betul apa yang Dal mi kata, bawak la Nam Do San tu jumpa dia dan kenalkan Nam Do San tu padanya dan mak diaorang.


Bermulalah misi Dal Mi mencari Nam Do San.

Nenek Dal Mi dapat tahu yang Dal Mi tengah cari Nam Do San. Cepat2 nenek dia jumpa Han Ji Pyeong dan minta Han Ji Pyeong cari kat mana Nam Do San. Akhirnya jumpa..

Lepas pujuk, marah , merajuk, bergaduh apa semua baru lah Nam Do San nak tolong Han Ji Pyeong. Tu pun sebab dia tengok Dal Mi lawa . 

Start-Up Full Episod 

Start-Up Episod 1

Start-Up Episod  2

Start-Up Episod 4

Start-Up Episod 6









Start-Up Episod 15

Start-Up Episod 16



Catat Komen

4 Ulasan

  1. wow! saya suka tajukknya, nak tengok la nanti

    BalasPadam
  2. Cerita nya pasti membuat penonton terhibur.

    BalasPadam
  3. ada kelakar kelakar ni saya suka tengok. Ada suzy pulak tu kan.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)