Advertisement

SINOPSIS DRAMA KOREA DO DO SOL SOL LA LA SOL

SINOPSIS DRAMA KOREA DO DO SOL SOL LA LA SOL | Goo Ra Ra lahir dari keluarga yang kaya. Dibesarkan oleh ayahnya. Apa sahaja kemahuan di turut kan. Malah setiap apa yang dilakukan Rara akan mendapat sokongan penuh oleh ayahnya.

Rara berminat untuk bermain piano. Ayahnya mencarikan seorang guru piano yang hebat untuk Rara. Walaupun awalnya Rara tidak mahir dan letih dengan piano, tapi atas dorongan dan semangat gurunya , Gong Mi , dia akhirnya mencintai piano dan menguasai kemahiran bermain piano dengan baik.


Ayahnya adalah segala-galanya bagi Rara. Namun pada hari perkahinan nya , ayah Rara meninggal dunia dan perkahwinan nya dibatalkan kerana ibu pihak lelaki hanya berminat dengan harta keluarga Rara. Dengan pemergian ayah Rara bermakna semua harta yang sudah dirancang untuk diberikan kepada bakal suami Rara, nampaknya tidak dapat di teruskan. Maka perkahwinan dibatalkan.

Setiausaha ayah Rara , iaitu Encik Moon menjelaskan bahawa semua rumah dan syarikat ayah Rara sudah dilelong. Rara hanya diberikan wang tunai dan sebuah kereta untuk meneruskan kehidupan nya sendiri. Sebenarnya Encik Moon menipu Rara untuk membolot harta keluarga Rara. Tapi Rara tak sedar semua tu.


Rara menyewa sebuah rumah namun sebulan kemudian dia ditipu agent rumah tersebut. Dia tak tahu kemana lagi harus dia tuju. Ketika sedang duduk-duduk di tepi kubur ayahnya , dia melihat satu komen di Instagram nya. Komen dari seorang yang dikenali sebagai Do Do Sol Sol La La Sol yang kini berada di Bandar Euonpu . Dia yakin lelaki tersebut mengenali ayahnya memandangkan "Do Do Sol Sol La La Sol" adalah note rahsia Rara dan ayahnya.

Rara pun segera ke bandar Eunpo. Sampai disana Rara terlibat dengan kemalangan dengan Woo Jon. Seorang lelaki yang dia pernah dia temui di hari perkahwinan nya. Rara di Masuk kan ke hospital dan Woo Jon tetap menunggu di sisi Rara sehingga Rara sedar untuk menagih wang ganti rugi dari Rara/

Apa yang berlaku seterus nya kepada mereka. pasti kan korang tonton drama romantik comedy ni.


Drama: Do Do Sol Sol La La Sol
Revised romanization: Dodosolsollalasol
Director: Kim Min-Kyeong
Writer: Oh Ji-Young
Network: KBS2
Episodes: 
Release Date: August 26, 2020 --
Runtime: Weds. & Thurs. 21:30
Genre: Romantic-Comedy
Language: Korean

Pelakon:

Go Ara - Goo Ra-Ra
Lee Jae-Wook - Sun Woo-Joon
Kim Joo-Hun - Cha Eun-Seok
Ye Ji-Won - Jin Sook-Kyeong
Shin Eun-Soo - Jin Ha-Young
Lee Soon-Jae - Kim Man-Bok
Seo Yi-Sook - Jo Yoon-Sil
Moon Hee-Kyung - Gong Mi-Sook

Terima kasih membaca artikel Sinopsis drama koprea Do Do Sol Sol La La Sol. semoga anda terhibur.

Catat Komen

6 Ulasan

  1. tergeliat gak nak menyebutnya hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak nak tulis ni pun jenuh typo banyak kali. Hhahh

      Padam
  2. Saya ingatkan muzik note Do Re Mi Fa So La Ti Do.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Note muzik la tu. Note muzik lagu twinkle twinkle little star. hhehe

      Padam
  3. sekali imbas macam so min lak. Rupanya Go Ara.

    BalasPadam
  4. ada tertengok klip drama ni kat youtube. nampak macam menarik juga. tunggu habis tayang dululah baru nak maraton..hehe

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)