Advertisement

SINOPSIS DRAMA BALIK KAMPUNG TAK LONELY LAGI LAKONAN ANDI BERNADEE

SINOPSIS DRAMA BALIK KAMPUNG TAK LONELY LAGI LAKONAN ANDI BERNADEE | JUDUL : BALIK KAMPUNG TAK LONELY LAGI 

WAKTU SIARAN : Sabtu, 17 Oktober 2020, 9:00 malam

SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3

PENULIS SKRIP : Hafeez Amin & Zyza Backy

PENGARAH : Shuhaimi Lua

PRODUKSI : Tanah Beris Film Production

PELAKON : Andi Bernandee, Mas Idayu, Shamsul Ghau Ghau, Nik Adam Mika, Raja Azmi, Shah Hazvee, Wanns Ahmad, Ady Mohammad, 


Sinopsis Balik Kampung Tak Lonely Lagi.

Megat seorang anak manja bekerja sebagai penjaga store. Dia selalu datang lewat ke tempat kerja, curi tulang, tak ada kekasih dan selalu menjengkelkan. Dia kerap merasakan dia sahaja yang bagus. Dalam masa sama dia suka bersangka buruk pada orang lain.

Tapi Megat sangat suka menonton filem seram. Setiap malam dia akan menonton filem seram dan kadang-kadang sampai termimpi-mimpi.

Satu hari Megat mendapat panggilan telefon dari ibunya yang meminta dia segera pulang ke Kampung memandangkan semenjak PKP lagi Megat belum pulang ke kampung. Setiap kali ibunya meminta dia balik ke kampung Megat akan memberi alasan yang dia sibuk dengan kerja-kerja amal.

Setelah dipaksa Megat pun pulang ke kampung. Sebelum memulakan perjalanan Megat mendapati motosikal nya rosak. Dia kemudian nya menggunakan van syarikatnya bekerja untuk pulang ke kampung. Ketika baru hentak bertolak tiba-tiba muncul seorang lelaki . Megat terkejut kerana tiba-tiba sahaja lelaki tersebut hilang .

Dalam perjalanan pulang Megat berhenti sekejap untuk berbuka puasa. Baru saja dia hendak memulakan perjalanan tiba-tiba enjin van tak dapat dihidupkan. Dia melihat ke cermin dan ternampak satu makhluk yang menyeramkan kelihatan seperti seorang kanak-kanak.

Megat  terkejut dan berlari keluar dari van. kemudian dia memeriksa sekali lagi  namun kelibat makhluk menyeramkan itu sudah hilang. Megat menghidupakan kembali enjin van . Dia berpaling ke kiri dan mendapati lelaki tua yang dijumpainya tadi ada disebelahnya.

Siapakah sebenarnya lelaki dan makhluk kecil yang bersama Megat di dalam van tersebut??

Terima kasih kerana membaca artikel Sinopsis Drama Balik Kampung Tak Lonely lagi lakonan Andi Bernadee

Catat Komen

5 Ulasan

  1. Harap boleh tengok di youtube ni.Menarik pulak bila baca sinopsis.

    BalasPadam
  2. Baru je tengok malam tadi. Okaylah andi berlakon. tapi ending dia tu aduhaii..memang tak lonely lah lagi dia balik kampung

    BalasPadam
  3. bersahaja andi belakon..mas idayu lak mcm xssuai jd mak dia hahahaa

    BalasPadam
  4. MANE LAGU TEMA DIA BODOH???!!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak de lagu tema la babi anak haram oi...Kau pergi la menyundal kalau2 dapat lagu tema dia.

      Padam

sila tinggalkan komen anda...:)