ZUL MUHAMMAD

REVIEW KONSERT AKHIR BIG STAGE 2020 - AZZAM SHAM JUARA BIG STAGE 2020

REVIEW KONSERT AKHIR BIG STAGE 2020 - AZZAM SHAM JUARA BIG STAGE 2020 | lagu apa entah masa pembukaan konsert final Big Stage kelmarin. Sedap lagunya cuma tak tahu makna nya apa. Hahah. Tapi serabut betul tengok penari. Berterabur je menari. Menari hari2 pun berterabur lagi.Hahah..

Masa Misha Omar keluar dari kapsul tu tak cam pun tu Misha Omar. Cantiknya dia sekarang.Dah lama tak tengok dia. Sebelum ni rambut panjang..kan? Tu pun ada pulak yang tanya.."Bila la Misha Omar Nak pakai tudung" Berdekah saya gelak baca komen gitu.

President Netizen masih lagi Elly Mazlein. Macam biasala Kak Lina korang tu tak pernah mengecewakan.Selalu je menghiburkan hati penonton.kan? Ada je perangai dia yang buat orang gelak.

Tapi saya macam tak suka sangat la dengan komen-komen Misha Omar tu. Dah tak sesuai kot nak kritik pasal nyanyian , note la hape je. Dah final dah pun. Komen ala kadar je cukup la. Hahah.. Tu pendapat saya la. Korang punya pendapat sila la tulis sendiri. !!!!

Masa awal konsert memang ramai yang tak boleh jangka siapa akan jadi Juara sebab semuanya bagus-bagus dan peminat diaorang bukan sikit2 beb. Yang kali ni punya Big Stage memang lain macam sikit dari yang lepas2..

Eh!Masa dah habis peserta perform tu, ada persembahan Faizal Tahir tau. Lagu baru katanya. Best lagu tu.Memang dijangka hit lagi la lagu Faizal Tahir tahun ni. Kalau nak tengok boleh cari kat Youtube. Tajuk Nobody

Jom baca review persembahan..

Azzam Sham

Aku Bidadari Syurga mu / Grenade

Pasaipa banyak sangat bunyi getaran masa Azzam sham nyanyi lagu ni? Dengaq sayu pilu pulak. Mencekam sampai ke jiwa..

Nyanyi lagu Dato Siti ni bahaya nya bila dia akan dibandingkan dengan Dato Siti. Tapi kalau penyanyi lelaki yang nyanyi.. InsyaAllah selamat la. Kalau perempuan memang tak kan ada siapa boleh lawan Dato Siti.

Setuju sangat dengan faizal Tahir. Ada persembahan Azzam Sham yang lebih best dari persembahan final ni.

Markah juri: 80,78,77

Persembahan kedua Azzam Sham memang best dan nampak dia memang enjoy kat atas stage. Saya dah lama perasan yang Azzam ni memang sesuai la kalau dibagi lagu macam yang kita biasa dengar dalam filem2 Disney. Kan??kan??

Dinie Rashid

My Baby You / Kau bunga cinta ku


Dia ni bila bercakap macam malas ja nak buka mulut. Masa intro dia tu entah apa benda dia cakap. Hahha..

Padahal suara sedap. Saja sorok suara dia.

Kesian dia dapat lagu Anuar Zain. Lagu2 Anuar Zain bukan best pun. 

Untuk persembahan final ni saya rasa ok la. Persembahan yang menghiburkan. Kalau tak bagus tak sampai la final..kan? Boleh la nak kata ni persembahan untuk final dari Dinie. 

Markah juri: 63,73,80

Untuk Persembahan ke dua Dinie Rashid, saya memang dah agak dia akan bagi persembahan yang best sebab dapat lagu best yang sesuai dengan dia. Kalau tak bagus juga malam ni tak tahu la.kan??

Tapi dia berjaya buat kita terpegun dengan nyanyian dia. Cuma part memula tu je macam tak sedap sikit.Yang lain ok je. semua nampak suka 

Fadh Majid

Bila Rasa ku ini Rasa mu / Pantun Budi

Meriah nya lagu ni. Bukan main lagi pentas dia. Memang semangat final ni. Mungkin dia fikir lepas ni susah dah nak menyanyi atas pentas. Jadi bila dapat peluang terakhir, pulun la..   hahahah..

Tapi tu la.. starting nya jahanam.. hahah. Lirik ke laut sudah. Final pun lupa lirik ke??Mungkin terkejut tengok kak Lina lawa sangat. 

Nasib baik final. Minggu ni orang nak berhibur saja.

Markah juri: 75,80,77

Persembahan kedua Fadh Majid, memang terbaikk!!!! Berapi-rapi dia punya persembahan. Saya rasa dalam banyak2 konsert Big Stage dari yang tahun lepas2 sampai yang tahun 2020 ni, inilah persembahan yang paling orang akan ingat sampai bila-bila. Teringat pulak Faizal tahir Main piano terbakar dulu. Ingat tak?? Ala..masa AJL tu..

Qody Rani

Bukan dia Tapi aku/ Aladin

Qody ni yang bestnya suara dia lantang. Puas bila dengar. Macam suara Black pun ada jugak. Bila note tinggi tu sedap dengar.

Untuk persembahan final.saya rasa persembahan biasa2 saja. Suara dia bagus tapi persembahan biasa je macam konsert mingguan.

Rasanya menjerit2 tu memang trademark dia la. Kan?? Kalau koranG perasan Kak Lina selalu bagi markah tinggi kat Qody. Minat la teèewwww...

Markah juri: 55,72,92

Persembahan kedua Qody, Best giler Qody nyanyi lagu ni. !! Lagu ni starting dia memang dah tinggi jadi memang kena sangat la Qody bawak lagu ni. Cuma tak paham pasaipa nyanyi sambil jegil2 mata ke atas.Seram tengok. Rasanya Qody boleh suruh 

Usop

Peluang kedua/ Arjuna

Malam ni kami nak dengar je Usop nyanyi. Layan je. Best ke tak best belakang cerita. Lepas ni tak de dah Usop masuk pertandingan realiti. Tak tau la kot 20 tahun lagi tetiba dia masuk Gegar vaganza. Hahah.

Lagu ni tak best pun. Kesian Usop dapat lagu tak best. 

Tapi saya pernah tengok persembahan live penyanyi asal lagu ni.  Sumbang mambang!! Kira ok la banyak la persembahan Usop ni dari penyanyi asalnya . Hahaha..

Tiba-tiba sahaja, Usop buat hal pulak. Boleh pulak body shaming si Sherry. Buka twitter memang berbakul la kecaman Usop dapat. Sempat juga Usop tweet permohonan maaf untuk Sherry.

Selalunya kalau lepas perform tak pernah Usop tweet apa-apa tapi kali ni dia tweet. Agaknya ada la tu yang pesan kat Usop suruh buka Twitter. Hahah

Markah juri; 83,78,78

Lagu-lagu balada ni memang makanan Usop la. Tak disangkal lagi. Sebab tu semua lagu balada dia memang hit dan ada  berjuta tontonan di youtube.

Masa lepas perform sempat la dia minta maaf kat Sherry. Nampak la muka cuak dia. Nak jadi artis ni bukan senang. Tak boleh jujur sangat. Ada banyak benda kena simpan dan zip mulut rapat-rapat.Hahahh

Nasihat giteeeewwww!!! hahaha

Bila dah tengok semua persembahan finalist Big Stage ni memang tepat la pemilihan juri yang kelima-lima peserta ni memang layak ke final. Sebenarnya ada lagi yang layak tapi dah yang depa nak 5 orang saja ke final, jadi 5 ni je la yang pergi final. Betul tak? 

Bukan bermakna yang tak ke final tu tak bagus. Macam Farisha Iris tu, dia tu memang antara calon juara la.

Keputusan Penuh Big Stage 2020

Juara Big Stage 2020 jatuh kepada Azzam Sham. Memang dah dijangka yang Azzam Sham akan jadi juara. Bagi la peluang kat Azzam Sham cipta nama dalam industri. 


Juara Big Stage - Azzam Sham ( Wang Tunai rm100000 dan trofi )

Naib Juara - Usop ( Wang tunai Rm50000 dan Trofi )

Tempat ke 3 - Qody Rani ( Wang tunai rm25000 dan Trofi )

Tempat ke 4 - Dinie Rashisd ( Wang tunai rm10000 dan Trofi )

Tempat ke  5 - Fadh Majid ( wang Tunai rm5000 dan Trofi )

Terima kasih kerana membaca artikel review Konsert Akhir Big Stage 2020 - Azzam Sham Juara Big Stage 2020. Tonton Big Stage 2020 final 

Post a comment

3 Comments

  1. tahniah buat azzam memang jangka dia juara...

    ReplyDelete
  2. habis dah ye,lepas ni turn GV pula agaknya kan :)

    ReplyDelete
  3. Tahniah untuk semua pemenang. tak sempat nak layan 1 episod pun big stage kali ni. Kurang aura agaknya.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)