ZUL MUHAMMAD

RESEPI SUKJU NAMUL - MAKANAN KOREA YANG SEDAP DIMAKAN DENGAN NASI DAN MEE

RESEPI SUKJU NAMUL - MAKANAN KOREA YANG SEDAP DIMAKAN DENGAN NASI DAN MEE | Sesiapa yang memang peminat-peminat makanan Korea mesti tak asing lagi dengan hidangan yang dikenali sebagai Sukju Namul. Makanan yang berasaskan taugeh ni memang selalu dihidangkan di meja-meja makan orang Korea.



Sukju Namul sangat mudah disediakan dan makanan ni sangat menyihatkan. Sedia tahu yang taugeh kaya dengan protein, serat dan antioksida.

Sukju Namul juga boleh dimakan bersama nasi, mee dan sup serta makanan lain, Bagi yang baru nak mencuba hidangan ini boleh la mencubanya memasak dirumah. Kalau kena dengan selera , lepas ni boleh la menjadi hidangan yang wajib di pesan jika ke restoran makanan Korea.


Resepi Sukju Namul

Bahan-Bahan:

450g Taugeh

2 biji bawangbesar (dicincang)

1 ulas bawang putih (dicincang)

1 sudu besar minyak Bijan

1 sudu teh gula

1 sudu kecil Biji bijan

Garam  secukup rasa

sedikit Lada 

1 sudu teh Kicap (optional)

Hiasan:

1 biji cili Korea atau

1 biji lada merah besar yang dicincang halus


Cara penyediaan: 

Basuh tauge dua kali dalam air sejuk.

Kemudian, dalam periuk sederhana, tuangkan 4 cawan air, 1 sudu teh garam, dan tauge, dan tutup periuk. 

Rebus selama kira-kira 4 minit untuk melembutkan taugeh.

Selepas 4 minit, matikan api dan biarkan tauge di dalam periuk selama 1 minit lagi.

Setelah seminit, toskan taugeh. 

Masuk kan taugeh dalam mangkuk besar. Campurkan bahan-bahan lain ke dalam taugeh.. Tambah garam jika suka sedikit masin.

Untuk menyediakan rempah, masukkan lada merah bersama bahan-bahan lain.

Hiaskan Sukju Namul dengan taburan lada hijau atau merah yang dicincang halus bersama dengan daun bawang dan sedikit biji bijan.

Terima kasih kerana membaca artikel Resepi Sukju Namul- Makanan Korea Yang Sedap dimakan dengan nasi dan mee

Post a comment

4 Comments

  1. tergeliat lidah nak menyebutnya

    ReplyDelete
  2. Oh satu cara yang baik nak gunakan Minyak biannual yang jarang-jarang digunakan. Tukang Kebun suka makan tauge.

    ReplyDelete
  3. tak pernah dengar lak menu ni. cam mudah betul nak membuatnya tu.

    ReplyDelete
  4. oo ini ke namanya? pernah makan masa makan bento korea kat foodcourt. sedap!

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)