ZUL MUHAMMAD

RESEPI ROTI PIZZA SIMPLE UNTUK SARAPAN RINGKAS DAN CEPAT

ROTI PIZZA SIMPLE UNTUK SARAPAN RINGKAS DAN CEPAT | Pagi ni hujan jadi tak dapat lah anak-anak nak bersarapan diluar.Lagipun Mikhail masih belum sihat lagi. Jadi saya kena lah buat sarapan yang cepat dan ringkas. Anak-anak saya ni makanan ruji diaorang ialah roti jadi kena buat roti lah utuk sarapan.


Kebetulan masih ada roti dan cheese yang menunggu hari untuk tamat tempohnya. Jadi sebelum sampai tarikh tamat tempoh elok la kita habiskan saja untuk buat Roti Pizza Simple untuk sarapan hari ni. Biasanya kalau buat roti pizza ni boleh kenyang sampai tengahari.

Roti Untuk Pizza

Saya guna roti gardenia saja sebagai roti untuk pizza. Tak sempat nak menguli tepung untuk buat roti. Kalau korang suka roti pizza yang diuli sendiri boleh la guna resepi Pizza ni.

Sekarang ni musim hujan. Kalau buat roti susah sikit dia nak naik. Baik beli lah dari buat. Selalunya saya memang buat roti 3 hari sekali untuk anak-anak. Kalau korang nak cuba buat roti boleh la baca resepi roti yang lembut dan sedap.


Anak-anak lebih suka makan roti yang saya buat berbanding yang dibeli. Agaknya sebab tu lah bila beli roti mesti lambat nak habis walaupun beli bungkusan kecil je.

Tapi kalau roti yang saya buat mesti laju je habis. Kadang2 tak sampai 2 hari habis roti sekilo.

Topping Untuk Pizza 

Untuk mereka yang selalu buntu tak tahu nak sediakan sarapan apa untuk anak-anak boleh la cuba resepi ringkas ini.

Korang boleh letak kan apa saja topping untuk pizza sama ada sosej, ayam rebus, daging cincang, cendawan, bawang besar, jagung, kacang pis dan sebagainya.
Korang juga boleh taburkan lada hitam atau chili flakes pada pizza sebelum dibakar.

Tapi saya tak letak kali ni sebab anak2 tak sihat jadi saya nak elak kan diaorang makan pedas.

Untuk kali ni saya hanya menggunakan Sosej, daging burger, dan cheese sahaja. Saya gunakan cheese mozarella mix.

Mozarella mix ni dia tak de boleh tarik2 la ye. Kalau korang suka cheese yang boleh tarik2 tu boleh la beli mozarella asli.



Resepi Roti Pizza Simple Tapi Sedap


Bahan-Bahan:

6 keping roti Gardenia
2 keping daging burger (cincang)
2 batang sosej (hiris kecik2)
majerin
Cheese Mozarella 
Chili plakes (optional)

*Mayonis
*Sos

Cara Penyediaan:

Lapik baking paper pada loyang 
Sapu majerin atau butter pada bahagian atas roti dan susun dalam loyang.
Tabur sosej  dan daging burger.
Kemudian tabur cheese.

Bakar dalam oven dengan suhu 200 selama 30 minit. Kalau nak lebih garing boleh tambah masa.
Bila dah masak hidangkan .
Kalau nak makan boleh la letak sos atau mayonis jika suka.



 Mudah saja cara membuatnya..kan? Biasanya lebih sedap kalau diletak kan sos. Ada ortang suka letak kan sos dan mayonis sebelum bakar. Saya pun pernah juga buat macam tu. Cuma kali ni sengaja tak letak sos .NMampak kosong saja. Bila nak makan baru lah dirang letak sendiri.

Ok tu je la nak cerita. Terima kasih kerana membaca artikel Resepi Roti Pizza Simple Untuk Sarapan Ringkas dan Cepat. Semoga memberi manfaat pada semua dan selamat mencuba.

Post a comment

8 Comments

  1. saya selalu buat ni. senang dan cepat

    ReplyDelete
  2. breakfast plg mudah dan cepat๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  3. eh! menarik lah! guna roti je kan..

    ReplyDelete
  4. Ringkas tapi nikmat inilah dia.

    ReplyDelete
  5. sedap...yang penting mudah untuk dibuat :-)

    ReplyDelete
  6. Rajin juga buat macam ni kalau ada roti sosej dan cheese. mudah dan sedap!

    ReplyDelete
  7. Cik TK selalu buat ni. Mudah dan senang. kenyang pun kenyang! Kadang tu topping letak je lebih2 lauk semalam, carik2 atau hancurkan je semua jadi topping, letak sos, mayones dan cheese! Sedap!!!

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)