ZUL MUHAMMAD

RESEPI MEE CELUP GUNA KOEW TEOW YANG PALING SEDAP DAN MUDAH DIBUAT

RESEPI MEE CELUP GUNA KEUW TEOW YANG PALING SEDAP DAN MUDAH DIBUAT | Orang kata kalau pergi ke negri Kelantan wajib makan Mee Celup disana sebab keenakan mee celup di Kelantan tak ada tandingan nya. Tapi bukan senang orang jauh2 ni nak ke kelantan sana.

Apa kata hari ni kita cuba buat sendiri Mee Celup. Saya pernah cuba juga makan Mee Celup ni. Tapi dia tak gunakan mee . Mee digantikan dengan Koew Tiow. Rasanya tetap sedap dan rasa macam nak tambah 2 kali.

Selain boleh digantikan dengan Koew Tiow, boleh juga dimakan dengan bihun. Keenakan Mee celup ni terletak pada kuah nya. Kalau tak pandai nak buat kuah mee celup, di sini saya kongsikan resepi lengkap membuat Kuah Mee Celup yang paling sedap.


Photo: dapureina

RESEPI MEE CELUP/ KOEW TEOW/ BIHUN

Daging/ayam/perut

Mee/bihun/kuetiaw

Sup bunjut

Kiub ayam

Halia

Lengkuas

Akar daun ketumbar

Lada hitam (sikit je) 

Kicap manis


Bahan Rencah: 

Minyak bawang putih- Bawang putih yang dicincang,goreng bersama minyak dengan api sederhana dan sentiasa kacau untuk mengelakkan hangit

Lada jeruk - Potong cili hijau,rendam bersama sedikit air,cuka,gula dan garam

Lobak masin - Beli yang siap dikedai

Cili jeruk kisar - Cili merah dikisar bersama air,cuka,gula,garam


Bahan Sampingan :

Taugeh

Kangkung dicelur

Chili flakes

Bawang Goreng

Serbuk lada putih


Cara Masak Kuah Mee Celup :

Masuk kan air dalam periuk dan masuk kan  ayam/daging/perut bersama lengkuas,halia dan sup bunjut. Masak sampai bahan jadi lembut .

Masukkan akar daun ketumbar yang telah ditumbuk bersama 2,3 ulas bawang putih dan sedikit lada hitam

Perasa kan dengan garam,sedikit gula dan kiub ayam.

Letak sedikit kicap manis supaya kuah sup kelihatan sedikit kehitaman

Masak smpai  kuah mendidih.

Keluarkan daging , perut dan ayam dari kuah. Kemudian potong dan hiris.

kemudian sisi ayam di  racik-racik halus.


CARA HIDANGKAN MEE CELUP

Masuk kan mee ke dalam mangkuk.

masuk kan kuah. dan kemudian letak kan bahan rencah.

Siap untuk dihidangkan..

Resepi dari : Dapureina

Post a comment

7 Comments

  1. Sedapnya Dy .. lamanya tak makan mee celup .. nnt nak buat gak . Tq Dy utk resipinya.

    ReplyDelete
  2. Bihoon PC pernah makan tapi kalau mee celup guna kuey tiaw ni belum lagi.

    ReplyDelete
  3. sedapnya! apa ni asyik update resepi sedap2 hahaha

    ReplyDelete
  4. Oh tak pernah terfikir guna akar ketumbar untuk masak, satu bahan asas yang baik dan pasti ada khasiatnya. Selalu dibuang begitu ja.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya... Nanti ada bahan-bahannya boleh cicuba resepi ni.

    ReplyDelete
  6. Fuhh sedapnya mee celup. Lama tak makan mee celup.

    ReplyDelete
  7. lama tak makan mee celup.. sedapnyaa!

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)