Advertisement

RESEPI KEK PISANG MESTI JADI YANG SENANG DAN SEDAP

RESEPI KEK PISANG MESTI JADI YANG SENANG DAN SEDAP | Sejak 2 hari lepas anak saya ni asyik minta buat kan kuih pisang. Banyak kali dah tanya dia , kuih pisang tu kuih apa? Goreng pisang ke, lepat pisang ke, cekodok pisang ke.. Tapi dia asyik cakap : kuih pisang"

last2 saya buka google imej dan tanya dia kuih pisang tu yang mana satu. Bila dia tunjuk kek pisang, satu rumah sahut.." OOo... kek pisang la..".. hahaha.


Oleh sebabanak saya ni memang sukakan kuih-kuih yang berasaskan pisang jadi susah nak teka kuih apa yang dia maksud kan. Kadang-ladang dia nak makan apam pisang, kadang-kadang lempeng pisang. Bila dah tahu yang dia nak kan kek pisang, terus la suruh suami belikan sesikat pisang.

Jadi semalam dapat lah satu rumah makan kek pisang. Kebetulan hari ni  birthday suami saya. Malam tadi saya tanya suami , dia nak makan apa-apa tak sempena harijadi dia. Katanya tak nak apa-apa . cukup lah dah ada kek pisang tu.

Selamat duit saya. Hahaha.. 



Kalau makan kek pisang ni saya suka makan dengan macam-macam topping. Sebelum2 ni saya suka letak kan coklat rice atau pun nutella. 

Tapi disebabkan ada sikit lagi blueberry jem ni , saya letak blueberry jem dan taburkan badam yang dah dipanggang diatas nya. Memang sedap. Cuma untuk berjaga-jaga, kurangkan gula dalam bancuhan kek pisang jika memang niat nak letak topping jem atau nutella diatas kek pisang tu nanti.

Untuk resepi nak buat jem blueberry boleh la baca di sini. : Resepi Jem Blueberry yang senang




Pada yang nak kan resepi kek p[isang mesti jadi ni, boleh la cuba resepi yang saya kongsikan ni. Cara membuatnya sangat mudah dan tak perlukan bahan yang banyak. 

Rasanya lebih sedap sebab kita guna bahan basic untuk buat kek saja. Jadi lebih terasa keaslian rasa pisang tu. Jom kita tengok resepinya.

Resepi Kek Pisang Sukatan CawanSenang Dan sedap

Bahan - bahan:

2 1/2 cawan tepung gandum
7-8 biji pisang. Terserah nak guna pisang apa pun asalkan pisang yang manis.
1 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur
1 cawan gula
1sudu teh esen vanila
1 cawan minyak jagung
1 sudu besar susu pekat

Cara Penyediaan Kek Pisang:


Lenyek tepung guna belakang cawan atau pun ramas2 saja. Jangan guna blend sebab nanti urat2 pisang gilang dan kek tak cantik.

Masuk kan soda bikarbonat ke dalam pisng dan kacau sebati . ketepikan.

Dalam bekas lain pukul telur dan gula sampai gula hancur. Boleh guna blender saja.

Kemudian masuk kan minyak masak dan susu pekat. Blend sekejap untuk sebatikan bahan.

Tuang telur yang dha dipukul atau  blend tadi ke dalam pisang yang dah di lenyek.

Kacau sekejap dengan senduk kayu. Tak payah kalau teruk sangat.

Lepas tu ayak kan tepung gandum ke dalam bancuhan pisang tadi. kacau dengan senduk sampai sebati.

Masuk kan ke dalam loyang saiz 8x8 yang dah dialas baking paper atau pun boleh sapu majerin dan tabur tepung sikit supaya kek tak melekat dan mudah dikeluarkan.

Saya gunakan loyang bulat ni saja.

Bakar di dalam oven selama 60 minit dengan suhu 180. Bergantung pada oven masing2.



Boleh tambah masa kalau kek tak masak lagi. Kek akan nampak perang kat bahagian atasnya bila dia dah cukup masak. Boleh cucuk dengan lidi kalau nak tahu dah cukup masak atau pun belum.

Bila kek dah masak keluar kan dari oven dan tunggu sejuk baru lah di keluarkan dan di potong. Kalau potong masa panas tak cantik kek nya. Kena tunggu sejuk baru nampak urat-urat pisang tu.

Macam kek saya ni , tak menyempat-nyempat anak-anak nak makan.Jadi kena potong masa panas2 la. Kalau boleh tunggu sampai esok, lagi cantik kek nya. Lepas tu bila dah sejuk kek pun akan jadi lembab-lembab dan manis pisang tu akan lebih terasa lagi.

Terima kasih membac artikel resepi kek pisang mesti jadi yang senang dan sedap. Semoga bermanfaat untuk semua dan selamat mencuba.





Catat Komen

7 Ulasan

  1. sedapnya kak... tak pernah buat lagi kek pisang sebab kat rumah tak ada yang request kek pisang. kalau nak makan, beli.sedap. bukan tak nak buat. tapi takut tak jadi jer. hihi

    BalasPadam
  2. ooooo gitu rupanya kuih pisang...hehehehe

    BalasPadam
  3. SEDAPNYA KEK PISANG HOMEMADE FEVRET KAK TU

    BalasPadam
  4. Cantik blueberry topping with kek pisang.
    Hari tu ingat nak buat tanya mak mana saki baki pisang, rupanya dah habis. Ni kena tunggu tandan pisang rastali masak yang baru tuai pula.

    BalasPadam
  5. nampak mosit kek pisang D, resepi kita lebih kurang je nampaknya cuma kak ana tak buh susu pekat.. boleh lah try nanti :)

    BalasPadam
  6. Nnt blh try buat jugak laa Dy. Tq sharing

    BalasPadam
  7. Sedapnya kek pisang. Kat rumah nie pun semua suka kek pisang, tapi beli aja selalu. Lain kali boleh lah try buat sendiri pulak..

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)