ZUL MUHAMMAD

RESEPI KEK COKLAT PALING SENANG DAN SEDAP

RESEPI KEK COKLAT PALING SENANG DAN SEDAP | Agak lama juga tak berkongsi kek coklat dengan jiran sebelah rumah saya ni. Jiran saya ni anak-anak nya suka betul dengan kek coklat. Jadi kalau nak balas pinggan ke biasanya saya buatkan kek coklat satu loyang untuk jiran ni.

Nampak tak kek ni tak basah macam kuih bengkang? Anak-anak suka yang macam ni. Tak muak walaupun makan banyak2.

Bila buat untuk jiran kena juga la buat untuk anak-anak saya sekali. Sekali bakar dua loyang terus. Puas makan. Orang kata kalau nak bagi makan kat orang kena bagi sampai kenyang. Sebab tu biasanya bagi 1 loyang terus. Baru lah seronok sikit jiran nak potong kek. Alang2 boleh terus nyanyi lagu Selamat Hari Jadi. Hahah

Tapi anak-anak saya ni memilih sikit.Dia orang tak suka kek yang basah dan lembab macam bengkang tu. Bila makan melekat2 dalam mulut memang kek tu ke tong sampah je la nanti.

Kek yang tak basah ni bila makan tak muak. Boleh makan banyak. Sebab tu anak-anak saya suka kek yang tak lembab. 

Kalau korang suka kek yang lembab, korang boleh gunakan resepi yang akan saya kongsikan ni . Tapi langkah terakhirnya korang boleh tambah 1 cawan kecil air panas. lepas tu bakar. Barulah kek tu akan lembab.

Kalau tak tau caranya, saya kongsikan Resepi Kek Coklat Paling Senang dan Sedap.



Resepi Kek coklat

Bahan-Bahan:

Bahan A

150g tepung gandum

50g serbuk koko

1/2 sudu baking powder

1/2 sudu soda bikarbonat


Bahan B

2 Biji Telur gred A

180g gula pasir

1sudu kecil esen vanila


Bahan C

125ml Susu full cream

125 minyak jagung (minyak masak pun boleh)

1 sudu besar susu pekat

Bahan D

1 cawan Air panas 


Cara penyediaan:

1. Ayak bahan A dan ketepikan.

2. Pukul telur ,gula dan esen vanila sehingga putih dan kembang.

3. Masuk kan bahan c dan pukul sekejap untuk sebatikan bahan.

4. Masuk kan bahan A yang sudah diayak sedikit demi sedikit. Kacau dengan spatula guna kaedah kaup balik.

5. Kalau korang nak kek yang moist atau lembat , korang  masuk kan air panas. dan kacau sebati.

6. Tapi kalau tak suka kek yang lembab dan basah, boleh terus masuk kan dalam loyang bersaiz 8x8 yang dah dia alas dengan baking paper.

7. Bakar dalam suhu 180 selama 1 jam 15  minit. Bergantung pada oven masing2.

8. Bila dah sejuk boleh la letak topping chocolate ganache.



Cara buat chocolate ganache:

1 kotak kecil whipping cream

100g chocolate Compound

1 sudu majerin

Cara-cara:

Masukkan whipping cream dalam bekas.

Masuk kan coklat compound yang dah di potong kecil2.

Masak atas api perlahan sambil kacau.

Bila Whipping cream dan berasap , terus angkat . Jangan sampai dia mendidih. 

Kemudian masuk kan majerin. Kacau sebati dan boleh la digunakan.

Terima kasih membaca artikel Resepi Kek Coklat paling Senang dan Sedap . Semoga bermanfaat untuk semua dan selamat mencuba.

Post a comment

5 Comments

sila tinggalkan komen anda...:)