ZUL MUHAMMAD

RESEPI CUCUR UDANG PALING SEDAP DAN LEMBUT - CUCUR UDANG TAK LIAT DAN KERAS WALAUPUN DAH SEJUK

RESEPI CUCUR UDANG PALING SEDAP DAN LEMBUT - CUCUR UDANG TAK LIAT DAN KERAS WALAUPUN DAH SEJUK | Dari semalam lagi dok rasa macam nak makan cucur udang. Tapi udang nya masih belum ada depan mata. Nak makan cucur udang yang lembut dan bila sejuk cucur udang tak liat dan keras. Memang susah nak jumpa cucur udang mcam tu. 

Photo: Lina Thomas


Biasa sangat dah kalau beli cucur udang yang dekat kedai-kedai tepi jalan tu , cucur udangnya liat dan keras. Sampai sakit gigi nak mengunyah nya.Ada juga cucur udang yang terlampau garing sampai bila gigit merecik minyak nya keluar.

Bukan senang nak jumpa cucur udang yang sedap dan sempurna. Jadi kalau nak makan cucur udang yang sedap kena la buat sendiri sebab ada banyak bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan cucur udang yang lembut dan sedap.

Punca Cucur Udang keras dan liat

Setiap kali beli cucur udang di luar  mesti akan dapat cucur udang yang liat dan keras. Selalunya cucur udang yang liat dan keras selepas sejuk ni disebab kan ianya hanya dimasuk kan air . 

Mungkin sebab peniaga tu nak menjimatkan kos jadi letak air je la. Ada juga yang letak kan telur. Tapi bila letak telur, susah pulak nak dapatkan garing di bahagian luar cucur udang. Terutamnya bila cucur dah sejuk. Cucur udang akan menjadi terlampau lembab dan terpaksa la digoreng semula kalau nak makan.

Rahsia Cucur Udang lembut dan sedap.

Untuk mendapatkan cucur udang yang lembut dan sedap terdapat teknik dan bahan yang perlu di gunakan untuk menghasilkan cucur udang yang sempurna. Apa yang perlu dilakukan ialah memasuk kan yis kedalam adunan cucur udang. 

Yis tidak perlu dikembangkan dahulu seperti membuat roti.

Adunan cucur udang kemudian nya perlu di perap antara 30-40 minit sebelum di goreng. Cucur udang juga tidak boleh di bancuh terlalu cair dan terlalu pekat. Untuk mendapatkan bancuhan yang sempurna, masuk kan air sedikit-demi sedikit.

Cucur udang juga perlu digoreng sehingga kuning keemasan menandakan ianya cukup masak dibahagian dalam dan luar, Gunakan api yang sederhana ketika menggoreng. Untuk gorengan kedua pastikan api sedikit lebih perlahan baru lah di goreng kerana suhu minyak lebih tinggi ketika gorengan kedua.

setelah adunan dimasuk kan dalam kuali barulah baru lah api dibesarkan sedikit sehingga cucur udang masak sempurna.

Tapi jika digoreng menggunakan acuan senduk seperti dalam resepi di bawah, api tak perlu dikecilkan kerana ia memerlukan minyak yang panas untuk buat cucur udang tak melekat pada senduk.

Photo: Lina Thomas


Resepi Cucur Udang paling Sedap.

Bahannya:

2 cawan tepung gandum

1/2 sudu besar yis (mauripan)

Air sejuk agak-agak

Segenggam taugeh

Secekak kecil kuchai - kerat2

1/2 batang lobak merah - sagat memanjang

1/2 sudu teh serbuk kunyit

1 sudu teh garam

Udang secukupnya

Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan Cucur Udang:

Dalam satu bekas, satu kan tepung, serbuk kunyit, yis, garam dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat.

Masukkan taugeh, kuchai dan carrot, gaul rata dan perap 30 minit.

Panaskan dan goreng dalam minyak yang banyak. Rendamkan senduk dalam minyak panas. Kemudian tuangkan adunan cucur.

Letakkan udang dan goyang-goyangkan adunan cucur sehingga tertanggal dari senduk.

Goreng cucur sehingga kuning keemasan dan angkat tos kan minyak. siap.

Selamat mencuba

Resepi penuh dari : Lina Thomas

Post a comment

3 Comments

  1. Lama tak makan cucur udang yang ada udang setepek atas tu. Kalau beli biasanya tak berapa nak nampak udang. Boleh cuba buat ni sebab tak pernah buat cucur udang.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)