ZUL MUHAMMAD

RESEPI CREAM PUFF PALING SENANG MESTI JADI

RESEPI CREAM PUFF PALING SENANG MESTI JADI | Hi semua.. Petang semalam dah bagitau nak buat Cream Puff. Jadi kita bukan cakap-cakap kosong tau.Hahah. kebetulan semalam tak tahu nak buat apa jadi saya pun pergilah bawak diri ke dapur.

Resepi cream puff ni seingat saya saya dapat dari online juga. Dah cukup lama saya simpan resepi ni siap salin dalam buku. Tapi saya tak ingat kat mana saya ambik resepi ni. terima kasih la pada tuan punya resepi.

Dah banyak kali  buat dan memang resepi cream puff yang confirm jadi la. Tak pernah tak jadi resepi ni. So kalau korang nak buat cream puff boleh try guna resepi ni.




Resepi Cream Puff mesti jadi


Bahan- Bahan:

100ml Air 
45g majerin Pelangi
65g tepung gandum
2 biji telur gred A
Paper cup 

Bahan untuk cream
500ml susu full cream 
75g gula pasir
40g tepung gandum
30g tepung jagung
1 sudu makan vanila
75g marjerin pelangi

Cara Penyediaan :-

1. Dalam kuali masuk kan air dan majerin. masak hingga mendidih guna api besar.

2. Masuk kan tepung gandum. Perlahan kan api dan kacau guna senduk kayu hingga sebati sampai tepung semua jadi doh dan tak melekat di kuali dan .

3. Tutup api dan pindahkan doh ke dalam bekas mixer.

4. Masuk kan sebiji telur dan mix hingga sebati. Masuk kan telur yang sebiji lagi. Mix hingga sebati dan adunan jadi likat macam dodol.

5. Masuk kan adunan ke dalam piping bag. Boleh masuk kan nozel bunga kedalam piping bag sebelum masuk kan adunan  jika suka. Kalau tak ada nozel boleh guna piping bag saja.

6. Paipkan adunan ke atas paper cup.

7. Celupkan jari dengan sedikit air dan tekan sikit doh supaya tak bertanduk.

8. Bakar dalam oven dengan suhu 200 selama 30 minit atau mengikut suhu oven masing2.

Cara buat cream untuk inti cream puff yang simple

Sementara tunggu Puff masak dalam oven kita akan buat cream nya pulak. Cara membuatnya sangat senang dan ringkas. 

1. Masuk kan susu bahan Untuk cream ke dalam kualai kecuali majerin. 

2. Buka api dan kacau guna whisk sampai jadi pekat.

3. Kemudian masuk kan majerin dan kacau lagi hingga cantik adunan nya dan tutup api.




Bila puff dan naik bulat cantik macam gambar atas ni boleh la keluarkan dari oven . Tunggu sampai sejuk dan belah sikit bahagian sisinya.

Picitkan cream yang dah dimasuk kan dalam piping bag ke dalam puff. Picit bagi penuh baru cantik.Tapi jangan sampai meleleh keluar.

Pandai-pandai la nak picit macammana.

Akhir sekali taburkan snow dust ke atas cream puff. Saya ni tak de snow dust. jadi saya taburkan sebuk coklat. Anak-anak kata sedap sebab rasa pahit2 coklat tu.

Jadi ni lah hasilnya...





Habis licin anak-anak dan suami makan.rasa seronok bila kita masak anak-anak habiskan. Lagi-lagi Maisara tu memang suka sangat la makan cream puff. Si adik tu kurang sikit sebab dia memang memilih sangat bab makan.

Untuk bancuhan ni boleh dapat 12- 13 biji cream puff. Kalau korang nak buat banyak boleh tambah lagi sukatan bahan nya.

Terima kasih kerana membaca artikel resepi Cream Puff paling senang mesti jadi . Semoga artikel ni bermanfaat untuk semua dan selamat mencuba.



Post a comment

8 Comments

  1. This seriously semua bahan ada bolehla buat ni , macam tau tau je tgh craving cream puff

    ReplyDelete
  2. wahh nampak lembut gebu.. iena tak pernah buat creampuff lagi..okay boleh cuba nanti..bahan bahan pun ade :D

    ReplyDelete
  3. PANDAINYA BUAT CREAM PUFF DAH TAU MENJADI

    ReplyDelete
  4. dah pandai buat cuba la jual pulak..

    jual ke serata dunia...jadi jutawan awak..

    senang kan dunia ini hehehehe

    ReplyDelete
  5. saya tak pernah buat sebab rasa macam xdak skill baking..
    tapi sukala makan hehe..

    ReplyDelete
  6. Tak pernah buat lagi. Boleh cuba kalau ada kerajinan tiba tiba nanti.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)