ZUL MUHAMMAD

PERFORMANCE BLOG DIANARASHID.COM BULAN SEPTEMBER 2020

PERFORMANCE BLOG DIANARASHID.COM BULAN SEPTEMBER 2020 | Hi semua rakan Blogger dan pembaca blog Dianarashid.com. Sejak jumaat lepas saya tak sempat nak update blog dan blogwalking ke blog lain.Ada la juga blogwalking tapi tak ke semua blog. Anak-anak tengah tak sihat. InsyaAllah petang ni boleh la blogwalking macam biasa.

Si adik sejak jumaat lepas tak kesekolah sebab demam , batuk dan selsema. Tak tahu nak cakap lah hati ni cemana rasa. Cukup risau dan tak boleh nak fikir apa dah. Nak blogwalking pun tak de hati.. Hari ni siadik suaranya dah makin ok. Cuma batuk saja tak hilang lagi.

Si kakak pulak dia memang ada gastrik. Boleh pulak dia pergi minum susu. Memang bertambah sakit la. Ujian kan. Bukan datang selalu. Terima lah dengan hati terbuka walaupun kadang2 rasa nak pengsan melayan karenah anak-anak yang tak sihat.



Walau macam mana pun dalam resah di hati tu ada juga perkara-perkara indah yang berlaku. Semalam dapat email untuk performance blog dianarashid.com bagi bulan September.

Kalau nak dibandingkan dengan bulan Ogos, ada peningkatan 100% untuk bulan september. Bulan Ogos dengan 16.5l Click , 197k impression dan 1.02k pages with first impression. 


Bulan September pula jumlah cliks meningkat kepada 36.1k. Sungguh tak disangka. Alhamdulillah.

Jumlah entry juga sudah bertambah dan saya berjaya update 58 entry. Saya sasarkan 100 entry untuk oktober ni. InsyaAllah. Lagi banyak entry lagi tinggi lah peluang untuk ada di muka pertama carian google. Yang penting kena tulis entry yang orang nak cari.

Saya ni tak pandai bab SEO . Sampai sekarang saya cuma update blog dengan banyak kan maklumat dalam entry supaya kena la dengan keyword yang orang cari. Ada juga saya belajar tentang SEO dan terapkan sikit2 dalam entry saya tapi tak semua teknik SEO saya praktik kan.

Saya masih lagi belajar sama macam blogger-blogger lain. Saya masih memerlukan sokongan rakan blogger lain dan pembaca-pembaca setia blog ni.

Terima kasih kerana membaca artikel Performance Blog Dianarashid.com Bulan September 2020. semoga bermanfaat untuk semua.


Post a comment

18 Comments

  1. tahniah kak diana! dan semoga anak2 lekas sembuh ya. Jom ke blog baca cerpen ;)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. sy pula makin slow update huhu..
    keep it up.. semoga terus sukses!

    ReplyDelete
  3. Ya Allah semua blog saya lawat punya persembahan puluh ribu.
    Alhamdulillah. Semoga anak-anak cepat sihat.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.Terus berkongsi.Terus support.

    ReplyDelete
  5. Tahniah kak. Jom kita usaha lagi bagi lagi banyak angka dia :)

    ReplyDelete
  6. hebat D, kak ana tak berapa nak faham sangat stat ni ,betul tu waktu2 pendamik sekarang ni bila batuk selsema je dah naik risau , semoga kita semua sentiasa di dalam lindungan Allah swt jua, aamiin.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah tahniah..
    stay safe sis n family n stay healthy

    ReplyDelete
  8. semoga anak2 cepat sihat....

    ReplyDelete
  9. Power D. Tahniah tahniah tahniah. Mmg takleh nak lawan D hihihihi. Terbaekk ahhh .

    ReplyDelete
  10. kak pip pun tengah usaha nak menulis secara konsisten. tapi nak up 100 entry sebulan tu memang tak mampu , tapi kalau kita usaha sungguh2, mesti bolehkan. target nak up 20 entry sebulan kat blog kak pip. kadang2 teda idea nak tulis apa...

    ReplyDelete
  11. tahniahhh๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘nnt sy kasi hadiah eh๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  12. Tahniah kak diana! performance terbaik setakat 2020 ni kan :)
    hebat kak di!

    ReplyDelete
  13. artikel SEO biasanya akan keluar lepas 6 bulan...biasannya tak keluar langsung.

    ada juga yang lebih cepat.

    saya juga masih belajar tentang SEO dan biasanya belum lagi berjaya

    ReplyDelete
  14. Wahhh tahniah. Ena pon xpndai seo ni. Explore sndiri je. Hehe. Alhamdulillah byk entri di top 5. Cuma lom rajin update mcm awk. Kena follow ni.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)