ZUL MUHAMMAD

PENANGGUHAN PENDAFTARAN SECARA FIZIKAL/ BERSEMUKA PELAJAR IPT KEMASUKAN OKTOBER 2020

PENANGGUHAN PENDAFTARAN SECARA FIZIKAL/ BERSEMUKA PELAJAR IPT KEMASUKAN OKTOBER 2020 |





Universiti Malaysia Pahang (UMP) menangguhkan urusan kemasukan pelajar dari Sabah serta Zon Merah secara bersemuka di kampus Pekan dan Gambang yang dijadualkan berlangsung secara berperingkat dari 12 Oktober hingga 14 Oktober ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMP, Prof Datuk Dr Yuserrie Zainuddin, berkata universiti itu turut menangguhkan kemasukan pelajar yang ada sejarah perjalanan dari Sabah dalam tempoh 14 hari sebelum hari pendaftaran.

"Arahan penangguhan kemasukan pelajar secara fizikal ini meliputi semua peringkat pengajian dan kategori penuntut UMP.

"Proses pendaftaran pelajar baharu dari Sabah serta Zon Merah hendaklah dilakukan secara dalam talian, dan hadir ke UMP dengan mengikut prosedur sedia ada selepas keadaan kembali pulih di Sabah serta Zon Merah," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Yuserrie berkata, proses pendaftaran pelajar baharu akan dilakukan secara dalam talian mulai 5 hingga 9 Oktober ini bagi tujuan pengaktifan status sebagai penuntut UMP, termasuk untuk pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Beliau berkata, kemasukan pelajar baharu dan lama yang bukan dari Sabah dan Zon Merah bagaimanapun kekal seperti dijadualkan serta perlu mematuhi garis panduan ditetapkan.

Katanya, pelaksanaan Minggu Induksi Siswa (MINDS) dan aktiviti PdP pula akan diteruskan mengikut jadual secara dalam talian mengikut kalendar akademik UMP

Beliau berkata, tindakan diambil selari dengan kenyataan dikeluarkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang menyarankan semua institusi pengajian tinggi (IPT) menangguhkan pendaftaran kemasukan pelajar baharu dan lama dari kawasan Zon Merah secara bersemuka yang dijadualkan bermula bulan ini.

Justeru, Yuserrie berkata, semua Ketua Pusat Tanggungjawab dan pelajar UMP dinasihatkan supaya mengambil langkah berwaspada bagi mencegah risiko penularan COVID-19 di universiti itu, dengan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan serta mengutamakan langkah keselamatan. - BHARIAN/




Post a comment

7 Comments

  1. begitulah.. kami pun tengah pening ni..aduh

    ReplyDelete
  2. pening2.. almost semua uni pun dah keluar notis tangguh masuk... online learning la jawabnya...

    ReplyDelete
  3. Dugaan betul2 tahun ni nak uruskan pelajar. Juga Pensyarah kena mahirkan diri dengan pelbagai software.

    ReplyDelete
  4. Yang dah sampai kolej tu memang kesian.

    ReplyDelete
  5. tak tahu nk kata mcm mn... sbb benda ni tak dijangka kan? hrp ada penyelesaian baik

    ReplyDelete
  6. Elok juga ditangguhkan. covid semakin mengganas sekarang. aduhaii..risau betul

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)