ZUL MUHAMMAD

KISAH SEDIH ARIA - MANGSA KONFLIK RUMAHTANGGA

Gadis kecil yang cantik ini ialah Aria. Dia kini berusia  sembilan tahun, dan seorang gadis kecil yang sangat periang dan ceria.

photo: Brook Grant/ quora.com

Tiga tahun yang lalu, ketika berusia tujuh tahun, Aria melarikan diri dari rumah dan meninggalkan 2 keping nota di bawah bantalnya sebagai tanda ucapan selamat tinggal. Dalam nota tersebut tertera ayat  'I will come bac wen mommy is beter and daddy is gon away fornever..' 

Manakala pada kertas kedua tertulis:

"I love my mommy and I want her to be safe from daddy."

Aria dan ibunya dibiarkan Kelaparan

Polis menemui nota ini, dan setelah siasatan lebih lanjut terhadap ayah Aria, mereka mendapati ayah Aria telah mendera isterinya dan membiarkan isteri dan Anaknya itu kelaparan semata-mata untuk membeli dadah.

Ayah Aria ditahan dan ibunya diberi hak penjagaan penuh. Dalam perbicaraannya, ayah Aria mengaku tidak bersalah, tetapi tidak mempunyai bukti. 

Dia mengatakan bahawa dia tidak pernah menyakiti Aria dan isterinya, dan dia sentiasa memastikan anak dan isterinya mempunyai makanan di rumah. 

Dia mengatakan bahawa  polis boleh melihat sendiri keadaan Aria di dalam gambar yang membesar dengan sihat. Malah dia juga mendakwa Isterinya sendiri yang untuk berlapar.

Ayah Aria gagal membuktikan dakwaan nya kerana tidak ada gambar Aria yang dapat dijumpai, dan dia kemudian nya dihantar ke penjara.

Selepas kejadian tersebut, tiba-tiba sahaja Aria muncul dan dalam masa setahun Aria mengikuti sesi  terapi untuk membantunya pulih dari trauma masa kecilnya dan waktu itulah  Aria mendedahkan perkara sebenar apa yang berlaku setahun yang lalau

Pendedahan sebenar Aria

Dalam pendedahan nya dia memberitahu Ibunya sendiri telah menulis surat itu dengan tangan kirinya, dan menyuruh Aria lari dari rumah pada hari itu.

Ibu Aria mendera Aria dan menyakiti dirinya sendiri untuk membuatkan pembohongan nya dapat mengaburi pihak polis. Ibu Aria juga yang sengaja untuk berlapar, dan Aria lah yang menjadi mangsanya. Ibu Aria juga  mengugut akan membiarkan Aria kelaparan jika dia tidak mendakwa semuanya adalah kesalahan ayahnya.

Ahli terapi Aria segera memanggil pihak polis. Ibu Aria diadili, di mana dia akhirnya mengaku bersalah. 

Ayah Aria dibebaskan, dan hingga hari ini, ibu Aria tidak mempunyai hak penjagaan atau kuasa terhadap Aria, tetapi gadis kecil itu akan hidup dengan parut mental dan fizikalnya selama-lamanya.

-Kisah benar ini diceritakan sendiri oleh Ibu Saudara Aria iaitu  Brook Grant dari Manhattan-


Manusia sanggup buat apa sahaja untuk memenuhi kehendaknya sendiri. Bila hati mengatasi akal mereka lupa apa yang patut dan tak patut untuk dilakukan. Sebab itu Allah menciptakan manusia ni dengan otak kita diatas sekali letak nya. Maknanya apa sahaja yang kita lakukan perlu lah mendahulukan akal fikiran.

Jika kita mendahului hati rosak binasalah kita..

Terima kasih kerana membaca artikel Kisah Sedih Aria - Mangsa Konflik Rumahtangga. Semoga kisah ini bermanfaat untuk semua.

Post a comment

7 Comments

  1. Kesian anak jadi mangsa keadaan. Hebat betul lakonan mak dia samapi pihak berwajib pun terpedaya.

    Baca kisah di Bachok Kelantan semalam yang pasal baby dibunuh siap dilumur garam pun sadis jugak. Tak tahu apa masalah bapak dia tak tercapai dek akal


    ReplyDelete
  2. kesian anak2 jd mangsa dera..mak dia sakit mental..sib baik dia jadi ceria & periang..

    ReplyDelete
  3. allah..sedih baca kisah macam ni. macamn seorang ibu yang melahirkan anak sanggup buat begitu.

    ReplyDelete
  4. jahatnya mak aira ni..kau punya masalah babitkan anak.

    ReplyDelete
  5. Mantap lakonan mak dia.
    Tapi Aria lari ke mana selama setahun tu? Kesian Kat bapa dia yg kena blame n terpaksa masuk penjara.

    ReplyDelete
  6. Kesian anak jadi mangsa konflik rumah tangga, tapi mcm tulah bila manusia tidak beriman bertindak bila ada masalah, mudah2an kita yg ada pegangan ni sentiasa terbimbing ke jln yg diredhaiNya.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)