Advertisement

JANGAN SIMPAN UBAT MACAM NI - CARA SIMPAN UBAT YANG BETUL

JANGAN SIMPAN UBAT MACAM NI - CARA SIMPAN UBAT YANG BETUL | Setiap rumah mesti ada simpan ubat . Sama ada ubat untuk kecemasan atau pun ubat yang perlu diambil secara rutin terutamanya untuk pesakit-pesakit kronik dan sebagainya. Penyimpanan ubat yang betul membantu memastikan penggunaan ubat yang selamat dan berkesan.

Cara penyimpanan ubat yang tidak betul boleh mempengaruhi keberkesanan dan jangka hayat ubat yang kita simpan.

Salah satu cara yang salah untuk menyimpan ubat adalah seperti dalam gambar di bawah.


Photo: Syazwan Azman

Cara seperti ini mungkin memudahkan kita untuk makan ubat tepat pada waktunya. Tapi cara ini akan menyebabkan keberkesanan ubat tersebut akan berkurangan.

Cara Menyimpan Ubat Dengan Betul

1. Simpan ubat dalam bungkusan atau botol asal

2. Pastikan setiap bekas ubat masih tarikh luput

3. Simpan di tempat selamat, jauh dari  pandangan dan capaian kanak-kanak

4. Simpan ubat di tempat yang sesuai (elak daripada cahaya matahari dan kelembapan udara yang tinggi)

Kalau masih nak gunakan planner box , cuma perlu gunting saja ubat dan kekalkan dia dalam blister. Kemudian tulis tarikh dibelakang nya seperti gambar di bawah.


Jangan keluarkan ubat dari blister sebab ianya akan buat ubat kurang berkesan. Jika ubat tersebut datang dalam botol, biarkan saja ubat tu dalam botol. Keluarkan bila nak makan saja.


Cara Simpan ubat dengan betul

  • Jauhkan ubat dari tempat yang di capai oleh kanak-kanak


Kejadian keracunan yang melibatkan kanak-kanak sering disebabkan oleh pengambilan ubat secara tidak sengaja.

Ini biasanya dapat dicegah jika ubat disimpan dengan betul.
Oleh itu, ubat-ubatan harus selalu disimpan di dalam laci / kabinet yang terkunci atau di tempat yang lebih tinggi, di luar jangkauan kanak-kanak.


  • Ubat tidak boleh simpan di tempat terdedah dengan matahari


Ubat tidak boleh terdedah pada cahaya matahari. Penyimpanan yang tidak betul boleh mempengaruhi keberkesanan dan jangka hayat ubat anda.  

Pendedahan kepada cahaya, panas dan kelembapan dapat mempercepat pemecahan ubat-ubatan yang dapat mengurangkan keberkesanannya atau menyebabkan perubahan dangkal, misalnya perubahan warna.


  • Ubat Cecair simpan di dalam peti sejuk 

Formulasi cecair, seperti sirap dan suspensi, dapat menyokong pertumbuhan mikro-organisma.

-Oleh kerana pertumbuhan mikrob dihambat oleh penyejukan, ubat cecair tanpa bahan pengawet harus disimpan di dalam peti sejuk.

- Untuk ubat-ubatan yang disimpan dalam peti sejuk, simpan di ruangan yang mengekalkan suhu yang konsisten.


Catat Komen

6 Ulasan

  1. MEmang selalu biar je ubat dalam bekas dari klinik, bukan apa, takut dah terkeluar, lupa pulak tu ubat apa hahaha

    BalasPadam
  2. uishhh, kalo dia letak untuk sehari je takpe gak, ni sampai penuh bekas ubat tu..huhu..dah bercampur bahan kimia tanpa sedar jadinya ek..saya pun jenis bior je ubat dalam bekas dari klinik..senang nak cek nama, expired date dan waktu makan..

    BalasPadam
  3. maknanya betul cara mak cik sy kendalikan ubat2 opah sy hehehe...mulanya cdg nk letak dlm box mcm tu...

    BalasPadam
  4. setuju juga lbh baik biar ubat dlm plastik asal..

    BalasPadam
  5. mostly ramai suka buat macam ni. Itulah kan, better simpan elok dalam bekas asal semua label dan siap siap situ.

    BalasPadam
  6. salah simpan ubat pun bahaya juga kan. btw nice sharing :)

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)