ZUL MUHAMMAD

INILAH ORANG YANG PATUT DICONTOHI RAMAI - DALE SCHROEDER

 


Lelaki ini ialah Dale Schroeder. Dia pernah menghantar 33 orang yang tidak dikenali ke kolej menggunakan wang simpanannya hasil dari bekerja sebagai tukang kayu selama 67 tahun.

Dale Schroeder dibesarkan dari keluarga yang miskin dan serba kekurangan  di Iowa, Amerika Syarikat. Dia tidak pernah berkahwin, tidak mempunyai anak, dan bekerja sebagai tukang kayu di syarikat yang sama selama 67 tahun.

Dia tidak pernah memanjakan dirinya dengan kemewahan. Dia hanya memiliki sebuah trak berkarat dan dua pasang seluar jeans - satu untuk kerja dan satu untuk gereja.

Dalam hampir 70 tahun kerja keras dan hidup sederhana, Dale mengumpulkan simpanan hampir $3 juta Dolar

Sebelum kematiannya, dia meninggalkan petunjuk agar kekayaannya digunakan untuk menghantar 33 remaja ke kolej. Sesuatu yang sukar untuk dilakukan oelh orang biasa.

"Saya tidak pernah mendapat kesempatan untuk pergi kekolej, jadi saya ingin menolong anak-anak muda ini merasai nya."

Apa yang di minta oleh Dale hanya,  mengharapkan meraka yang di bantu membayarnya dengan menolong orang lain.

Ramai yang telah menjadi doktor dan guru.

Terima kasih Dale Schroeder!

Post a comment

7 Comments

  1. sama mcm seorg lelaki warga china dia gn duit sendiri hntr bdk2 kg belajar

    ReplyDelete
  2. Kita ada Ustaz Ebit Liew di Malaysia

    ReplyDelete
  3. sifat yg baik patut dicontohi sesiapa saja

    ReplyDelete
  4. Jimatnya dia. Patut dicontohi semua :)

    ReplyDelete
  5. bagus, kan best jika ramai yg baik mcm mr. Dale Schroeder!

    ReplyDelete
  6. bagusnya dia! sifat baik dia ni patut dicontohi

    ReplyDelete
  7. contoh yang bagus. Dalam kesusahan dan dengan usaha dia dapat membantu orang lain.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)