ZUL MUHAMMAD

FILEM BUTAK ASTRO FIRST (2020)

FILEM BUTAK ASTRO FIRST (2020)
Tajuk filem: Butak
Pengarah: Sabri Yunus
Tarikh Tayangan: 8 oktober 2020
Harga Langganan : RM15 (2 hari - 48 jam)


Pelakon Filem Butak

 : Izuan Fitri, Fimie Don, Melly Amalin, Fazli Daniel Ali, Sabri Yunus, Kaza Saisi, Imuda, Khatijah Tan, Lala nasir, Adrenna Rose
, Bohari Ibrahim.



 

Sinopsis Filem Butak 

Butak mengisahkan seorang remaja kampung bernama Buntat yang suka mencuri dan membuat masalah di kampung bersama kawan-kawannya.

Buntat tinggal dengan datuk dan neneknya. Ibu Buntat sudah meninggal dunia dan ayah kandung Buntat entah hilang kemana.Jadi tanggungjawab menjaga Buntat terletak di bahu datuk dan nenek nya.

Kenakalan Buntat menyebabkan datuk dan neneknya terpaksa menebalkan muka berdepan dengan penduduk kampung yang memandang rendah pada keluarga ini. Malah Buntat dibenci penduduk kampung.



Datuk dan nenek Buntat mengajar mengaji di kampung dan mereka juga sudah mengerjakan haji di Mekah. Tapi itu tidak menjadikan Buntat seorang cucu yang baik.

Buntat kecewa dengan penduduk kampung yang selalu menghina dan membencinya. Kawan-kawan sekampung juga sudah tidak mahu berkawan dengan nya. Satu-satunya kawan Buntat yang tinggal ialah Adenan Gila.
 

Malam itu Buntat mengambil keputusan untuk melarikan diri dari Kampung menuju ke Pulau Pinang untuk menaiki Kapal menuju ke Mekah. Buntat Ingin melihat pusara ibunya yang meninggakl di mekah.

Buntat bersembunyi didalam lori yang membawa salah sebuah keluarga yang akan menunaikan haji ke Mekah. Sampai di Pulau Pinang Buntat duduk bersama bakal jemaah haji yang lain.

Apa kah yang bakal Buntat lalui sepanjang kehidupan nya jauh dari datuk dan nenaknya?Korang boleh langgan filem Butak di Astro First.

Post a comment

7 Comments

  1. Alaaa kak cite la smpai habis hahahaa..nk kena langgan pulak ^_^

    ReplyDelete
  2. Kisah perjalanannya mesti menarik ni..

    ReplyDelete
  3. alaa tak cerita sampai habis ke..hehe kene langgan le ni :D

    ReplyDelete
  4. sy mmg suka karya2 arahan sabri yunus ni...

    ReplyDelete
  5. nanti kuar la dlm youtube atau telegram. x perlu langgan pun cuma kena sabar.

    ReplyDelete
  6. famous pulak nama buntat ni tapi pelakon berbeza. nama watak je sama

    ReplyDelete
  7. Macam best ja jalan cerita nya nie..

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)