ZUL MUHAMMAD

FACE MASK 3 PLY ECONSAVE UNTUK DEWASA DAN KANAK-KANAK

FACE MASK  ECONSAVE UNTUK DEWASA DAN KANAK-KANAK |  Tahun ni kami rajin betul pergi beli barang dapur di Econsave. Kalau tahun lepas-lepas selalunya beli di Tesco tak pun kat pasaraya 800 yang dekat dengan rumah ni. Suami kata daging kat Econsave murah sebab tu dia suka bawa ke Econsave je. heheh



2 minggu lepas masa pergi beli barang dapur nampak la face mask kanak-kanak ada dijual di Econsave. Ingatkan ada yang warna warni tapi tak de, Ada yang biru macam ni je..

 Sejak Covid , ni la pertama kali kami beli face mask.  Face mask ni memang tak covid pun kami ada simpan di rumah. 

Lepas tamat PKP sebelum raya haji tu mak saya bagi lagi sekotak

Gunung pun boleh rata kalau di tarah hari2 ni kan pulak facemask. kan? Dulu pakai time selsema je. Memang la sekotak tahan setahun. Tapi sekarang sekotak sebulan. 



Jadi saya beli la 1 kotak  face mask 3 ply untuk dewasa dan 1 lagi kanak-kanak. Harga pun murah. Tak sampai rm10. Yang kanak-kanak tu harga RM7.90  kalau tak salah. Dan yang dewasa punya harga rm8 lebih je.. Hari tu ada juga nampak kat online harga yang sama tapi nasib baik tak beli. Kalau campur postage kan mahal.

Saya beli face mask ni untuk cuba-cuba dulu je. kalau ok nanti beli lagi la.. Sekarang dah dua minggu Maisara dan Mikhail guna face mask Econsave  tu. Baru hari ni nak tanya diaorang  ok ke tidak face mask econsave tu.


yang dewasa pun dia jual dalam kotak tapi dalam gambar ni saya dah buang kotak nya sebab basah kena hujan masa nak masuk kan barang dalam kereta. Hujan lebat sungguh hari tu.


Setakat ni memang face mask Econsave ni tahan lasak. Maisara pakai seharian kat sekolah talinya tak tercabut pun. Bila pakai pun dia tutup seluruh bahagian bawah mata sampai ke bawah dagu.

Yang kanak-kanak punya pun sama. Tali nya tak mudah putus. Biasa budak2 ni suka pakai kejap , tarik ke bawah dagu, lepas tu nampak cikgu, tarik semula ke atas. Jenuh la nak pesan supaya jangan buka face mask. Bila tarik kerap sangat, face mask ni masih elok, tak comot.

Hari tu masa beli tu, terfikir jugak, kalau tali mudah putus saya nak complain kat twitter econsave. hahaha.. Nasib baik elok talinya.


Lepas ni boleh la beli lagi. Dan harap2 harganya masih murah la. 

Econsave juga sekarang ni giat membantu orang ramai yang terjejas ekonomi dan sukar mendapatkan bekalan face mask terutama golongan yang kurang berkemampuan. Kalau korang pun nak dapatkan face mask murah dan bagi kat jiran2 susah boleh beli kat Econsave je.

Terima kasih membaca entry Face Mask Econsave Untuk Dewasa Dan Kanak-kanak. Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda



Post a comment

12 Comments

  1. geram bila yang kejap2 dah putus..haih

    ReplyDelete
  2. FACE MASK DH JADI KEPERLUAN PENTING LA NI

    ReplyDelete
  3. Hmmm nak kena tambah stok facemask juga ni. Nak pergi econsave juga la

    ReplyDelete
  4. paling tak best bila tali dia putus dan kita tak bawak spare

    ReplyDelete
  5. Okay sangat tu dapat harga murah. Satu keperluan yang kena ada stok. Econsave sini jauh pulak. Beli barang dapur kat Family Store je. Kadang shopping mall kalau lebih RM50 dia akan bagi free 1 pek face mask ada 10 keping.

    ReplyDelete
  6. kak ana setakad ni baru beli 2 kotak, 1 kotak dapat mula2 pkp dulu sponser review, pas tu beli sekotak memula dulu harga rm19 kat NSK sakit hati sebab asyik putus tali, hat baru ni beli kat mr diy rm9.90 Alhamdulillah elok je . Suami office dia supply cuma bila keluar je guna sendiri punya tu pun selang seli dengan washable nak jimat ye dak D :)

    ReplyDelete
  7. murah sangat harganya tu, teringat awal2 PKP dulu sekotak RM100 pun ada, sekarang dah banyak stok kat kedai dan pasaraya, wajib ada di rumah kan

    ReplyDelete
  8. Barang yang wajib ada kat rumah, kat kereta, kat hand bag

    ReplyDelete
  9. dia punya lengkuk kat hidung tu ok tak kak? saya ni bahagian tu je paling penting, sebab kadang2 face mask tak betul2 fit dengan muka bila lengkuk hidung tu tak menjadi...kedua, nak tengok tali cukup panjang ke tak untuk sambung ke extender...

    ReplyDelete
  10. Facemask Kat tempat kak pip, RM5.50 utk 10 keeping, beli kat speedmart. Mahal ke murah Tak tahulah, rasanya so far Ni yg paling murah kak pip jumpa area tempat tinggal.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)