Advertisement

DRAMA LELAKI LINGKUNGAN CINTA . DRAMA LAKONAN CIK B ANAK DATO VIDA

DRAMA LELAKI LINGKUNGAN CINTA . DRAMA LAKONAN CIK B ANAK DATO VIDA | Rasa tak sabar nak tengok drama Lelaki Likungan Cinta ni sebab Cik B akan buat penampilan pertamanya dalam dunia lakonan. Dah jadi pelakon pun Cik B sekarang ni. Dalam twitter Cik B kata mula-mula berlakon dia malu-malu dan minta maaf kalau lakonan dia macam  awkward.


Tapi lepas episod tiga , Gempak! katanya..Hahahah... Nak tengok juga gempak tak gempak Cik B belakon ni. Kalau dilihat karektor Cik B ni dia orang yang simple dan tak de nak jaga sangat status anak orang kaya tu. Cara dia tu la yang buat ramai orang senang dengan Cik B ni.

Selain Cik B drama ni juga menampilakan Naik Daniel, Ismail Izani, shasha Abedul dan ramai lagi. Waktu siaran ialah setiap rabu hingga jumaat jam 9 malam. 

Sinopsis Drama Lelaki Lingkungan Cinta



Nakal. Itu perkataan yang paling sinonim dengan Adib. Semenjak di kolej sehingga ke universiti, Adib sangat terkenal. Bukan terkenal kerana kecemerlangannya tapi terkenal kerana kenakalannya. Semua pernah Adib lakukan termasuklah membuat ‘dajal’ kepada Esya. Bagi Esya, Adib adalah musuh nombor satunya. Kerana Adib dia didenda. Kerana Adib habis pakaiannya rosak. Kerana Adib dia terkenal di kolej.

Saya mungkin tak romantik, saya mungkin tak kacak, tak kaya. Tapi percayalah, hati saya melimpah kasih untuk Esya. - Adib

Mahligai cinta terbina ketika masing-masing masih bergelar pelajar. Esya pada awalnya tidak begitu yakin dengan Adib yang sangat nakal itu. Sikap Adib yang berlainan ketika bersama dia akhirnya menambat hati Esya. Bahagia yang dibina menerbitkan hasad dalam diri Zamri. Zamri berusaha memisahkan pasangan muda itu. Alasannya? Hanya dia yang tahu.

Adib! Kau jangan jadi bodoh sangatlah. Si Esya tu memang terhegeh-hegeh ikut aku. – Zamri

“Orang tak datang beli kalau Esya tak menjual! Memang dasar keturunan menjalang memang macam ni agaknya!” – Adib

“Sampai hati Adib tuduh Esya macam tu. Esya benci Adib!”

– Esya.

Retak menanti belah. Rumah tangga Esya dan Adib bergolak kerana mulut Zamri sehingga Adib mengungkit tentang asal usul isterinya. Itu yang Zamri mahukan! Galau hati Esya. Dia nekad dengan keputusan untuk menjauhi Adib. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut santan binasa. Adib nanar sendirian tanpa Esya di sisi. Ujian datang bertimpa-timpa. Esya tetap dengan rajuknya. Akan tersingkapkah kebenaran yang mampu menyatukan mereka kembali? Atau hubungan Adib dan Esya berakhir hanya kerana status hidup seorang Esya?



JUDUL : LELAKI LINGKUNGAN CINTA

EPISOD : -

TARIKH TAYANGAN : -

WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam

SIARAN TV : Slot Lestary TV3

PENULIS SKRIP : Marr Mohamad

PENULIS NOVEL : Lily Haslina Nasir

PENGARAH : Emi Suffian

PRODUKSI : Zeel Production Sdn Bhd

PELAKON : Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani, Shalma Eliana, Imran Aqil, Aniq Suhair, Aisar Khaled, Syazuwan Hassan, Izzrin Irfan, Asha Merican, Rozita Che Wan, Chemat Raja Lawwk, Cik B, Nazeera Sardi, Mas Anizan, Aresya Rania, Ummar Dzariff


Pelakon Drama Lelaki Lingkungan Cinta

Naim Daniel sebagai Adib

Shasha Abedul sebagai Esya

Ismail Izzani sebagai Zamri

Shalma Eliana sebagai Salina

Imran Aqil sebagai Hardy

Aniq Suhair sebagai Arep

Aresya Rania sebagai Esya


Soundtrack Drama Lelaki Lingkungan Cinta


Tonton Lelaki Lingkungan Cinta Full Episod 

Lelaki Lingkungan Cinta Episod 1 

Lelaki Lingkungan Cinta Episod 2

Lelaki Lingkungan Cinta Episod 3

Lelaki Lingkungan Cinta Episod 4

Lelaki Lingkungan Cinta Episod 5

Lelaki Lingkungan Cinta Episod 6

Lelaki Lingkungan Cinta Episod 7

Lelaki Lingkungan Cinta Episod 8

Lelaki Lingkungan Cinta Episod 9 

Lelaki Lingkungan Cinta Episod 10

Lelaki Lingkungan Cinta Episod 11

Lelaki Lingkungan Cinta Episod 12

Lelaki Lingkungan Cinta Episod 13 Akhir


Catat Komen

6 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)