Advertisement

COVID-19: APA KENANGAN MANIS YANG ANDA BERIKAN PADA ORANG TERSAYANG SEBELUM ANDA PERGI?

COVID-19: APA KENANGAN MANIS YANG ANDA BERIKAN PADA ORANG TERSAYANG SEBELUM ANDA PERGI? | Ini adalah gambar terakhir  jurulatih kecergasan Dmitry Stuzhuk, suami blogger Ukraine terkenal Sophia Stuzhuk dan bapa kepada tiga anak kecil. Dmitry menyiarkan foto ini di akaun Instagramnya sejurus sebelum dia koma dan meninggal dunia. 


caption: CORONAVIRUS "COVID", HARI 8
Seperti yang anda semua ketahui dari cerita, saya disahkan positif Coronavirus. Hari ini, setelah pulang, buat pertama kalinya ada semangat untuk sekurang-kurangnya menulis sesuatu. Saya ingin berkongsi bagaimana saya jatuh sakit dan memberi amaran keras kepada semua orang: Saya juga sebelum ini berpendapat bahawa tidak ada covid. Sehingga lah jatuh sakit. 
Bagaimana ianya berlaku?
Saya berasa tidak sedap badan pada hari kedua di Turki. Saya bangun di tengah malam kerana leher saya bengkak dan sukar bernafas. Pada masa yang sama, perut saya sedikit sakit.
Keesokan harinya, batuk mulai muncul, tetapi suhu badan tidak tinggi. Tidak ada gejala penyakit ini, jadi saya fikir ini mungkin berlaku akibat selepas bersukan, perubahan cuaca dan mungkin juga kerana pemakanan, atau mungkin kerana tidur di bawah penyaman udara.
Setelah pulang dari Turki, saya segera menjalani pelbagai ujian, melakukan imbasan ultrasound dan untuk langkah berjaga-jaga saya memutuskan untuk mengambil ujian COVID. Ternyata positif. -Dmitry Stuzhuk- 


Setelah pulang dari percutian di Turki, Dmitry disahkan positif  Coronavirus. Dia mengalami masalah dengan sistem kardiovaskular. Sebelumnya Dmitry melarikan diri dari rumah sakit dan memutuskan untuk melanjutkan perawatan di rumah, kerana dia mendakwa "mereka tidak memberi makan kepada pesakit mereka."

Saya ada banyak baca cerita tentang keadaan hospital di Ukrine dan cara layanan pada pesakit. Beruntung lah kalau di MALAYSIA ni nurse dan doktor cuma buat muka je bila melayan pesakit. Tapi masih diberi makanan dan rawatan.

Tapi di Ukrine, pesakit terlantar di koridor adalah satu pemandangan biasa. Pesakit tak diberi rawatan dan makanan juga adalah perkara yang kerap dialami oleh pesakit. Ada yang kata hospitak di Ukrine tak ubah macam penjara.

Kalau nak dapatkan perkhidmatan ambulan pun , kita kena bayar dulu sebelum pesakit naik ke ambulans. 

Tapi kita disini baru baca pengalaman pesakit di hospital kat Malaysia ni pun dah marah2 dan tinggalkan komen tak baik pasal DG la, pasal jururawat la, pasal doktor la.. Siap ada yang buat karikatur memalukan.

Pendemik covid 19 mengajar kita banyak perkara. Tentang kesabaran dan saling menghargai. Itu yang paling jelas sekali. Disaat-sat macam ni apa yang penting ialah menghargai setiap orang.

Dmitry Stuzhuk  sempat pergi bercuti dengan anak dan isterinya diTurki.  Itulah kenangan manis yang akan di tinggalkan untuk keluarganya. Adakah kita ada memberikan sedikit kenangan manis untuk keluarga kita dan orang lain untuk hari ini?? Entah apa yang akan berlaku pada kita esok?




Catat Komen

5 Ulasan

  1. kita beruntung kerana kerajaan prihatin...berusaha bendung pandemik..

    BalasPadam
  2. Paling penting kena selalu bersyukur.Mungkin kita tidak terdedah dengan skop yang lebih luas bagaiamana situasi dan layanan di luar daripada negara kita.Bila ada yang berkongsi begini baru la kita sedar bahawa berterima kasih dan bersyukur sangat penting termasuklah saling membantu dan menyokong satu sama lain.Selagi boleh membahagiakan,menggembirakan..lakukanlah.

    BalasPadam
  3. alahai sedihnya :(
    saya pun bersyukur dgn kerajaan malaysia tak perlu bayar mahal untuk dapatkn rawatan

    BalasPadam
  4. Kita beruntung dapat cah perubatan rendah di hospital Dan klinik kerajaan dan layan yang baik para doktor Dan jururawat.
    Kalau ada pun perugas perubatan yang tak baik, sorang dua jak la kot, tu pun maybe dia penat kerja shift ... Alhamdulillah , semoga Malaysia terus makmur dan aman.

    BalasPadam
  5. sedihnya baca kisah dia ni

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)