Advertisement

BARBIE KARDASHIAN DIAJAR UNTUK BERKELAKUAN GANAS TERHADAP WANITA SEJAK KECIL

Barbie Kardashian ditangkap pada 24 September di bandar Limerick, sebuah bandar kecil di Ireland, kerana mengancam akan membunuh dua orang, termasuk ibunya. Sekarang dia berada di penjara wanita Limerick. Ketika Barbie berdepan dengan satu tuduhan serius Barbie cemas kerana dihantar ke penjara kerana takut dia akan dihantar ke bahagian penjara lelaki kerana dia dilahirkan sebagai lelaki.


Dia dilahirkan di Ireland pada 25 Disember 2001. Dia dilahirkan sebagai Gabriel Alejandro Gentile, tetapi dia menukar namanya  pada 24 Ogos 2020.

Tidak banyak yang diketahui tentang masa kecilnya selain dari fakta bahawa dia dibesarkan dalam keluarga yang teruk dan berdepan dengan masalah keganasan rumah tangga. Ibu bapanya dilaporkan mempunyai hubungan sadomasochistik seperti Laporan oleh perkhidmatan sosial.

Semasa Barbie masih kecil, bapanya akan memaksanya untuk melakukan penghinaan dan penderaan fizikal terhadap ibunya, sehingga menimbulkan kebenciannya terhadap wanita. 

Pada bulan November 2010, ketika Barbie berumur 8 tahun, ibunya meninggalkan rumah dan membawa Barbie bersamanya. Mereka berpindah ke tempat perlindungan wanita. Tetapi staf-staf disitu selalu memerhatikan tingkah laku Barbie yang kerap berlaku ganas terhadap ibunya.

Selepas itu Barbie menghabiskan waktunya dari satu rumah angkat ke rumah yang lain.  Kecenderungan Barbie untuk berkelakuan ganas terhadap wanita membuatkan dia tidak kekal lama dengan setiap keluarga angkatnya. 

Sebelum berusia 13 tahun, Barbie dipindahkan dari rumah asuhan ke rumah jagaan kediaman. Penempatan rumah jagaan pertamanya  ditamatkan lagi kerana tingkah laku agresif yang meningkat. 

Penempatan kedua, pada bulan Jun 2015,  Barbie telah  menyerang kakitangan penempatan tersebut , dan dia didakwa dengan tingkah laku melampau dan terlalu 5ek5ua* terhadap kakitangan wanita.

 Ini adalah pertama kalinya dalam laporan bahawa tingkah laku Barbie beralih dari digambarkan sebagai agresif atau ganas menjadi ganas dan 5ek5ua*.

Di bawah undang-undang Ireland,  untuk menukar status jantina ianya semudah membuka akaun bank. Apa yang anda perlukan hanya lah surat beranak dan bukti alamat.

Proses ini lebih sering dilakukan dan memerlukan penglibatan doktor dan pakar, tetapi pada tahun 2015  Undang-undang Pengiktirafan Gender diperkenalkan iaitu  membolehkan individu hanya iktirafkan diri mereka sebagai jantina tertentu.

Barbie juga mempunyai keinginan untuk memperkosa, menyeksa, mendera, dan membunuh wanita. Sekarang Barbie tinggal di  penjara wanita Limerick  . Dia tidak melakukan pembedahan dan tidak menggunakan hormon tetapi hanya mengiktiraf dirinya  sebagai seorang wanita. Malah doktor telah menyatakan  bahawa Barbie menderita dysphoria jantina.


***

Anak-anak kecil ni bagaikan kain putih. Bagaimana kita corak kan nya ketika kecil itulah yang akan membentuknya sehingga dewasa. 

Disini jelas bapanya lah yang salah dalam mencorak kan tingkah laku Barbie sehingga bertindak keterlaluan.

Pengajaran untuk semua ibu bapa jangan pandang ringan dengan kesalahan anak semasa kecil. Jika dibiarkan akan membuatkan anak kita sukar untuk mengubah tabiat dan kebiasaan nya. 

Tak ada ibu bapa yang ingin musnahkan masa depan anak nya sendiri kecuali jika ibu bapa tersebut sakit mental dan tak pernah anggap anak kecil itu sebagai anak nya.



Catat Komen

2 Ulasan

  1. ingatkan ada kaitan dengan family kardashian tadi...rupanya fake name aje..

    BalasPadam
  2. Tengok rupa pun dah macam sesuatu. Kesian dari kecik bapa dia ajar macam tu sampai besar tak terkawal dan membahayakan.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)