ZUL MUHAMMAD

BARANG FAKE? OTG CABLE ADAPTER TYPE-C - USB CONVERTER UNTUK GUNA PENDRIVE PADA ANDROID

 OTG CABLE ADAPTER TYPE-C - USB CONVERTER UNTUK GUNA PENDRIVE PADA ANDROID | Sebenarnya saya pun tak tahu benda ni apa nama dia yang sebenarnya. Kalau benda ni hilang , saya selalu sebut gini.." mana pi benda yang untuk cucuk pendrive kat phone ni?" Hahaha.. Kita guna bahasa mudah paham je la.



Oleh sebab benda ni ada satu je kat rumah, kecil pulak tu dan kerap la tak ingat saya letak kat mana, jadi saya ambik keputusan untuk beli satu lagi OTG Cable Adapter ni. Harganya pun tak mahal pun. cuma rm1.10. Saya beli dua. 

Beli dua supaya bila satu hilang, ada satu lagi. Benda ni kalau hilang pun bukan sebab tercicir kat mana-mana tapi sebab salah letak je. Jadi tak perlu cari kalau hilang.Dia akan keluar sendiri.Hahahah.

Itu pentingnya ada banyak  USB converter untuk guna pendrive pada android ni.

Saya beli di shopee saja. Sebenarnya saya nak cerita pasal fake USB converter ni. Saya sedikit kecewa lah dengan seller ni.Umpama macam menipu pelanggan pulak. Saya tak tahu saya yang salah atau seller yang menipu. 

Ceritanya macam ni. Saya beli 2 USB converter ni. Discription tak de pun dia bagitau apa beza converter colour putih dan yang hitam. Sebab tu la saya ambik dua warna. Saya ingatkan kedua-duanya fungsi sama saja dan sama jenis. 

Rupanya salah ye tuan puan. Boleh guna cuma yang hitam saja. Yang colour putih tu langsung tak boleh guna. 

Saya dok belek la benda ni , kenapa converter putih tak boleh guna. Rupanya yang putih tu bukan saja warna yang berbeza tapi di bahagian dalam converter tu pun berbeza dengan yang hitam.

Cuba tengok gambar di bawah ni.


Nampak tak perbezaan nya? 

Nilah risiko beli online ye. Nasib baik lah harga nya cuma rm1 je satu. Kalau rm100 saya dah istihar perang dah ni. Bila baca review pada post di kedai shopee seller ni cuma ada satu je yang complain kata tak boleh guna.

Yang lain punya komen tak de pulak kata tak boleh guna. Sedangkan diaorang juga beli yang kaler putih. Sebab tu saya sendiri tak tahu saya yang salah atau seller ni.

Mungkin juga yang tulis review tu tak test pun lagi.Dapat barang ambik gambar terus review sebab nak kumpul coin. Siapa tahu..kan? Lepas tu baru nak menyesal.

Sebab tu dapat je barang lepasguna baru review.

Yang putih tu nak buat apa? Entah lah..setakat ni saya tak jumpa lagi apa kegunaan usb converter yang putih tu.Dah try banyak kali tapi tak boleh-boleh guna lagi. 

Nampaknya lepas ni kalau nak beli barang macam ni kena belek sampai ke dalam port dia la. kalau beli online suruh seller ambik gambar pin kat dalam tu. Kalau tidak dapat barang boleh menung je la.Saya ni nasib baik nya sebab beli dua. Kalau beli satu memang naik angin jugak la..

Ok tu je la nak cerita.



Post a comment

13 Comments

  1. boleh mintak refund tu.. biarpon rm1 tapi menipu tak bagus

    ReplyDelete
  2. Oh! baharu tahu pasal ni hehehee... tak pernah buat convert dari pendrive ke phone lagi.

    ReplyDelete
  3. alahai, seller patut bagi info lengkap. kesian buyer kena scam.

    ReplyDelete
  4. kalau yang fake, nanti caj dia lambat masuk

    ReplyDelete
  5. yalah kan...nasib baik RM1 ...

    tapi harga tu macam tak kisah la FAKE atau ori..

    murah sangat

    ReplyDelete
  6. Saya pun pasal cable adapter USB ni tak berapa menahu. Biasanya harap suami sediakan je, asal kita pakai OK hehehe...

    ReplyDelete
  7. Abih tu pahni naak buat gapo ngan satu tuuu . Tapi takpe la Dy mujur murah2 jer kan.

    ReplyDelete
  8. Saya pun panggil benda untuk cucuk pen drive kat handphone. Dapat masa beli handphone last year.

    ReplyDelete
  9. Alamak.. Kite pun tak pernah belek tang tu kak D kalau beli.. Ni la risiko beli online kan kak.. Nasib singgit je.. Tapi tak patut jugak la seller tu.. Takkan jual tak test dulu boleh guna ke tak.. Ni mesti pesen jual je.. Tak peduli part lain..

    ReplyDelete
  10. lepas ni kena cek la kalau nk beli kan kak di..

    ReplyDelete
  11. tak tahu pasal benda ni. Susah nak membeli kalau seller tak letak description betul betul. Mujur lah harga murah.kalau mahal memang perang besar dah ni. :)

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)