ZUL MUHAMMAD

9 IDEA LAYOUT CANTIK DI INSTAGRAM YANG PATUT ANDA CUBA

9 IDEA LAYOUT CANTIK DI INSTAGRAM YANG PATUT ANDA CUBA | Instagram adalah antara sosial media yang semakin ramai penggunanya sebab aplikasi ni selain menjadi tempat perkongsian gambar menarik ianya juga boleh dijadikan laman untuk buat duit.

Bagi mereka yang menjalankan perniagaan ,Instagram bagaikan sebuah katalog digital yang memudahkan pelanggan untuk mencari apa yang mereka mahu.

Semakin menarik dan cantik Instagram semakin tinggi lah  potensi orang ramai untuk membeli. Jadi, untuk menjadikan instagram anda cantik dan menarik jom gunakan 9 layout yang cantik dan menarik supaya katalog digital kita dapat memikat hati pengikut-pengikut kita.


9 Grid Layout idea

Square 

Yang ni paling senang sebab kita tak payah buat apa-apa publish saja gambar. . Kita tidak perlu memikirkan sangat tentang layout cuma kita pastikan gambar2 yang kita letak ada warna yang seragam supaya nampak menarik.

.


Diagonal

Susun atur grid Instagram kedua digunakan oleh banyak Instagrammers. Ini menjadikan tema Instagram kita kelihatan konsisten serta-merta. Dan sangat mudah dilakukan!

Yang harus kita lakukan ialah:

(1) memilih jenis foto 

(2) memilih warna. 

Kemudian seret dan lepaskan foto anda untuk menyusunnya seperti ini:


Tiles 

Untuk susun atur grid Instagram ini, gunakan setiap petak sebagai tiles

Cara paling popular untuk menggunakan susun atur ini adalah dengan berkongsi foto, kemudian quote, kemudian foto, kemudian quote. Buat selang seli.

Ini adalah cara mudah untuk mendapatkan layout Instagram yang konsisten. Sangat mudah. Tambahan pula, pengikut kita akan mengetahui dengan tepat apa yang akan kita akan post seterusnya. Sekiranya kita baru sahaja post gambar. Mereka mengharapkan quote yang hebat selepas itu.

Tidal semestikan kita gunakan quote . Jadilah kreatif. Contohnya, kita  boleh berkongsi tajuk catatan blog , resepi dan sebagainya.



Line_In_The_Middle 

Susun atur layout ini senang diuruskan dan sangat cantik untuk dilihat.

Garis di tengah layout  biasanya ditulis dengan latar putih. Tetapi  kalau kita kreatif boleh buat warna yang lebih cantik.

Teks di tengah berkaitan dengan gambar di setiap sisi. 

Border 

Susun atur layout Instagram ini juga sangat menarik

Diberikan sentuhan garis sempadan putih dalam aplikasi Preview:  Aura, Sole, Vela. Kalau korang ada apps Preview dia ada  juga border lain seperti bulatan dan sempadan hitam. 
Boleh la kita bereksperimen nanti..


Row_By_Row 

Ini adalah susun atur grid Instagram yang kreatif.

Ia sangat cantik kerana nampak sepeti kita sedang membaca buku ... atau majalah. Mata kita secara semula jadi beralih dari kiri ke kanan untuk membaca. Lain la kalau korang baca jawi.Hahahha

Satu baris = satu cerita.

Contohnya, jika kita melancong ke suatu tempat, kita boleh menggunakan garis untuk menulis mengenai tips perjalanan kita, pengalaman kita atau nama destinasi yang kita pergi.



Mixed  

Mixed ialah campuran beberapa tema  tapi tema yang dipilih mestilah dalam keadaan teratur dan tersusun. contohnya macam : 

- one row = one story + white border

- puzzle + squares

- line in the middle + row by row

- line in the middle + puzzle

Susah sikit nak menguruskan layout macam ni.Tapi kalau rajin buat jela..


Rainbow

Ini juga susun atur grid yang cukup hebat. Layout rainbow adalah apabila warna layout kita berubah semasa kita scroll instagram kita. Ia memerlukan sedikit kerja dan perancangan daripada susun atur grid yang lain. Mungkin agak susah nak konsisten dalam menguruskan layoyt sebegini tapi ianya cukup cantik dan menarik.

 Ia akan kelihatan seperti pelangi. Gunakan warna yang berbeza dalam gambar kita selepas setiap 3, 6 atau 9 gambar untuk hasil terbaik.


Puzzle

Bahagian paling sukar dalam melakukan susun atur ini adalah mengekalkan kualiti tinggi setiap gambar selepas kita asingkan dia. Selain tu gambar yang kita post juga perlu seragam baru la nampak kaitan setiap gambar.

Tapi ada juga saya lihat yang dia post je apa saja gambar guna layout ni.Nampak kurang mnaarik.Sepatutnya dia jadi macam gambar ni..


Korang gunakan layout yang mana satu untuk Instagram? Share di komen suspaya jadi inspirasi pada orang lain juga. 

Terima kasih membaca artikel 9 Idea layout Di Instagram Yang Patut Anda Cuba. Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua.

Post a comment

6 Comments

  1. Guna layout biasa yang sediada jer... belum pernah cuba layout mana-mana apps lagi

    ReplyDelete
  2. Kak Sue susun sendiri ja layout, tapi kadang ke laut jugak..

    ReplyDelete
  3. mmg cantik... tp utk sy ckp laa layout sedia ada hehehe

    ReplyDelete
  4. Yang puzzle tu macam banyak kerja nak membuatnya. Huhu
    for now layout by line je lah mampu.

    ReplyDelete
  5. pakai layout sedia ada je.. tp menarik la layout2 ni... puzzle tu paling menarik tapi susah nak buat tuuuuuu

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)