ZUL MUHAMMAD

6 RESEPI ROLL CAKE YANG PALING SEDAP DAN WAJIB CUBA - KEK GULUNG YANG PALING SENANG DIBUAT



6 RESEPI ROLL CAKE YANG PALING SEDAP DAN WAJIB CUBA - KEK GULUNG YANG PALING SENANG DIBUAT | Saya ingat lagi masa saya sekolah dulu , saya sangat tertarik dengan satu roll cake di sebuah kedai runcit. Rasa teringin sangat nak makan roll cake tu tapi masa tu saya masik kecil lagi. Mana la ada duit nak beli roll cake. Lama juga la keinginan nak makan roll cake tu di simpan. Akhir nya pada satu hari dapat juga makan roll cake tu.

Rupanya roll cake yang cantik dengan ada corak bunga diatas nya tu, rasanya seperti sponge cake Pandan dengan sapuan cream. Sangat sedap rasanya .  

Ada bermacam-macam nama kek gulung yang dikongsi ramai. Hari ni saya nak kongsikan 6 Resepi Kek Gulung yang paling sedap dan senang dibuat.

Resepi Kek Gulung Ringkas dan Mudah


Photo: @lina_dharmaputra
.
Bahan -Bahan:
5 biji kuning telur
1 biji putih telur  gread c
60g gula halus
30g tepung gandum
75g butter ficairkan
.
Cara Penyediaan :
Pukul telur dan gula sampai kembang . 
Masukkan tepung dan pukul dengan kelajuan paling rendah sekejap saja. . 
Matikan mixer , dan gunakan spatula untuk sebatikan bahan
Masukkan butter yang dah dicairkan. Aduk balik adunan hingga sebati.
Tuang ke dalam loyang  yang telah dialas dengan  baking paper.
Bakar dengan suhu 180 - 190 . 
Keluarkan kek dari loyang , Sapu dengan jem atau cream dan kemudian boleh la digulung
.

Roll Cake Recipe


Photo: malichatun88

Bahan  A:
5 biji telur ayam
100g gula halus
25g air
14g Ovallete
10g susu tepung
10 g Tepung jagung
2 baking powder
75g tepung gandum rendah protein

Bahan B:
80g majerin Yang dicairkan 

Cara Membuat :

1. Ayak dahulu bahan-bahan kering A.
 campurkan semua bahan A dan pukul  sampai kembang dan kental.

2. Masukkan Bahan B, sebatikan menggunakan spatula sampai semuanya sebati, jangan sampai majerin  berkumpul di bawah adunan

3. Siapkan loyang ukutan 24x24x6 yang sudah di sapu majerin, alas dengan baking paper dan  masukkan adunan, Hentak loyang 2x supaya adunan tidak berongga.

4. Bakar  guna api atas bawah dengan suhu 190 bergantung pada suhu oven masing2 selama 20 minit. 10 menit api atas sampai warna coklat. Kalau tak cukup coklat nanti kulit atas melekat di baking paper ketika proses menggulung.

6. Angkat dan terbalik kan  setelah sejuk. Terbalik kan diatas baking paper yang dialas dengan kain.

Sapu dengan cream dan filling mengikut citarasa dan gulung kemudian masuk kan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.


Resepi Kek Gulung keju Paling Senang


Photo: velbertw

Bahan A:
9 biji kuning telur
3 biji putih telur 
110g gula pasir 

Bahan B (diayak)
75g tepung gandum rendah protein
15g tepung jagung
15g susu tepung

Bahan C
120g mentega, cairkan
1 sudu makan susu pekat 

Filling: cream cheese
topping :Cheddar

Cara penyediaan:
1. Panaskan oven suhu 175-180°c, Sapu loyang dengan majerin dan alas dengan baking paper.
2. Pukul bahan A sampai  mengembang, tambahkan susu pekat manis
3. Masukan bahan B sedikit demi sedikit. Kemudian Masukkan mentega cair dan kaup balik sampai sebati semuanya
4. Tuang ke dalam loyang, dan bakar selama 30 menit (bgantung pada oven masing-masing)
5. Keluarkan dari oven dan sejuk kan . terbalik kan kek diatas baking paper.,  Sapu filling.
6. Gulung sambil dipadatkan dengan bantuan baking pape .Parut cheddar diatas kek yang disapu sedikit cream cheese
Siap untuk di potong... 

Roll Cake Simple Dan Senang di Buat


Photo: malichatun88

Bahan :
6 biji telur
90g gula kastor/gula pasir putih blender/gula halus
3/4 sudu besar cake emulsifier
70g tepung gandum
10g tepung jagung
10g susu tepung full cream
1sudu kecil vanilla essence
100gbutter,+25g majerin dicairkan dan disejuk kan

Filling : jem strawberry

Cara Membuat :
1. Ayak semua bahan kering jadi satu,
 masuk kan telur dan emulsifier , mix dengan kecepatan tinggi kembang lebih  kurang 10 minit.


2. Masukkan mentega cair dan kacau dengan spatula sampai sebati.
3. Tuang kedalam loyang 26×26×4 yang sudah dialas baking paper, ratakan adunan
4. Asingkan 2 sudu besar adunan dan masuk kan sedikit pewarna coklat. masukkan dalam piping bag. Diatas adunan , lakarkan corak yang digemari. 
5. Bakar menggunakan api bawah dengan suhu, . 15 minit sebelum betul2 masak buka api atas sahaja.
6. Keluarkan dari loyang dan biarkan sejuk , kemudian letak kan filling dan gulung. Masuk kan dalam peti sejuk selama 2 jam supaya gulungan lebih kuat.




RESEPI ROLL CAKE MOCCA MESES


Photo: windidandua

Resepi Buttercream

200g majerin (saya blueband)
85g gula halus
45g susu pekat manis
1 sudu kecil  mocca paste

Cara penyediaaan:
Pukul majerin dan gula halus sampai mengembang dengan kelajuan penuh kira-kira 10 minit . Masuk kan susu pekat , paste mocca dan pukul lagi selama 5 minit.
.

Resepi Roll Cake Mocca:

Bahan A: 
4 biji telur
4 biji kuning telur
80g gula halus
3/4 sudu besar susu pekat

Bahan B:
70g tepung gandum
15g susu repung

Bahan C:
90g butter/mentega dicairkan 

Cara Penyediaaan: 
1. Panaskan Oven  dengan suhu180  api atas bawah

2. Ayak bahan B dan ketepikan.

4. Pukul bahan bahan A sampai kembang dengan kelajuan tinggi kira-kira 10 minit. 
5. Tuang bahan B sedikit-demi sedikit ke  bahan A sambil di pukul dengan kelajuan perlahan selama  5 minit. 
6.Ambil setengah adunan dan  kaup balik dengan bahan C sampai rata lalu campurkan semula dengan adunan yang setengah tadi.
 
Tuang ke ke dalam loyang saiz 25x25. Bakar dalam  oven dengan suhu 180C api atas bawah selama 20 minit atau sampai masak.
Keluarkan dari oven dan letak atas baking paper. Tunggu sampai sejuk baru lah disapu dengan buttercream. Kemudian gulung. Bahagian atas nya sapunya lebihan buttercream dan hias dengan coklat rice.. 


Resepi Ondeh-Ondeh Roll Cake


Photo: CZ_SIGNATURE
.
4 biji telur
100g gula pasir
90g tepung gandum
10g tepung jagung
2g serbuk santan
60g majerin dicairkan
30ml jus pandan
Kelapa parut dikukus 

Cara buat Inti Kelapa Manis: 

250g kelapa parut
75g gula kabung
25g gula pasir
1/4 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
**Masak semua bahan hingga kering

Cara penyediaan: 
Pukul telur dan gula hingga putih mengembang.
Masuk kan tepung serbuk santan dan tepung jagung dan kaup balik sehingga sebati.

masukan majerin cair kedalam adunan dan kaup balik lagi.
Tuang kedalam loyang saiz  24x24 
Bakar selama 15 minit dengan suhu 170C
selepas dah muk kan sebentar lalu keluarkan kek dan sejuk kan lagi.
Dapi buttercream ke atas kek dan kemudian sapukan inti kemudian gulung.

Hiaskan bahagian atas kek dengan buttercream dan tabur kelapa parut yang sudah di kukus.

Terima kasih kerana membaca artikel 6 Resepi Roll Cake Yang Paling Sedap Dan Wajib Cuba - Kek Gulung Yang paling Senang diBuat

Post a comment

5 Comments

  1. kita tak pernah ada keyakinan buat roll cake ni...huhuhu

    ReplyDelete
  2. Creative yang role kek onde2 tu

    ReplyDelete
  3. kek ni saya suka mkn tp nk buat tu blm tentu suka ^_^

    ReplyDelete
  4. Cik TK teringin nak buat... tapi belum berkesempatan lagi.

    ReplyDelete
  5. Alahaii cantiknya. Teringin nak ada bakat buat swiss roll cake yang cantik. Tapi tu lah bakat nak buat kek pun tak berapa nak ada. huhu

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)