Advertisement

6 BARANG YANG IBU BAPA WAJIB SEDIAKAN SENDIRI UNTUK ANAK-ANAK SEBELUM KE SEKOLAH SEWAKTU PANDEMIK COVID 19

Nampaknya ibu bapa ada yang sudah mula ambil ringan dengan keperluan anak-anak yang bersekolah. Jika diawal-awal sekolah dibuka selepas 3 bulan sekolah ditutup , ramai ibu bapa yang  mengambil berat dengan keperluan anak-anak. 

Semuanya serba lengkap dalam bag sekolah anak-anak kita. 



Tapi nampaknya ada yang sudah mula lepas tangan. Dah tak kuasa nak ambik tahu. Mungkin juga ada yang terlupa nak perhatikan keperluan anak-anak ni. 

Tunggu anak bersuara  mungkin , baru lah mak ayah nak sediakan semuanya seperti awal-awal dulu. Saya pun terkejut bila anak balik sekolah mengadu kawan minta wet tissue, kawan minta pinjam pemadam, kawan nak pinjam kain lap meja.

Saya pulak yang pening kepala nak memikirkan masalah anak orang. Ye la, kalau dah asyik minta anak saya punya barang, baik lah saya ambik kawan dia tu jadi anak angkat saya je. hahaha. Comfirm semua benda saya akan sediakan untuk dia.

Disebabkan ada mak ayah yang mungkin terlupa disini saya nak senaraikan beberapa keperluan wajib yang perlu anak-anak bawa kesekolah setiap hari sepanjang pendemik covid 19.

6 Barang yang wajib di bawa ke sekolah

1- Wet tissue 

Wet tissue ni bagi saya benda yang wajib anak-anak bawa ke sekolah. Bukan saja untuk anak-anak lap tangan tapi juga untuk mereka lap meja sebaik sahaja masuk ke kelas. 


2- sapu tangan

Kain sapu tangan sangat penting bagi anak kita lap tangan dan mulut selepas makan. Boleh juga bekalkan anak dengan tisu kering untuk lebih selamat.


3- face Mask

face mask memang sudah diwajibkan bagi anak-anak untuk pakai sepanjang waktu persekolahan dan juga jika berada didalam bas sekolah. Bekalkan anak dengan face mask mereka sendiri. Ada yang face mask jatuh ke lantai tapi mereka tak sedar. Jadi anak terus tak pakai face mask sehari tu.

Ibu bapa sila letak face mask lebih dalam bag untuk anak guna jika face mask mereka rosak atau hilang.

 Ada anak-anak yang setakat letak kat dagu saja. Pesan lah pada anak-anak  jangan biar face mask di dagu. Face mask perlu dipakai dengan betul sepanjang masa .


4- sudu dan garfu

Pastikan anak ada sudu dan garfu khas untuk mereka bawa ke sekolah. Sampai rumah cuci bersih2 dan terus masuk kan semula dalam bag anak supaya tak lupa. 

Kesian anak-anak kena makan guna tangan lepas tu , terpaksa turun atau keluar kelas basuh tangan. Kita nak elak kan anak-anak menyentuh benda-benda yang berada diluar kelas.


5- Alat tulis sendiri yang lengkap

Anak-anak perlu elak kan menggunakan alat tulis orang lain. Jadi tugas ibu bapa memastikan lat tulis anak-anak lengkap. Jangan la kata nak sediakan alat tulis pun tak mampu. Cukup la setakat ada Pensel. pemadam, pembaris dan pensil warna. 

Asah la mata pensil dan pensiil warna siap-siap dirumah. 

Kalau sebelum ni tak pe la nak pinjam2 barang kawan2 tapi sekarang dah tak boleh. Sama ada pinjam atau meminjam , dua-dua tak boleh tau.


6- Hand sanitizer

Sekolah anak saya cuma benarkan mencuci tangan sebelum masuk kelas . Jadi sepanjang berada dalam kelas hand sanitizer mungkin diperlukan oleh anak-anak kita . Jadi ini juga adalah barang yang perlu dibawa sendiri setiap murid.



Perkara yang Anak-anak perlu tahu sewaktu di sekolah.

Setiap sekolah juga mesti ada SOP yang perlu anak-anak ikut sepanjang waktu persekolahan. Bagi semua waris atau ibu baga perlu memastikan anak-anak tahu dan ikut setiap SOP yang telah di tetapkan.

1. Setiap pagi ambil suhu di pintu masuk sekolah.

2. Bagi murid yg perlu tempah makanan, perlu tempah sebelum naik ke kelas. 

3. Cuci tangan di singki yg disediakan sebelum naik ke kelas.

4. Jika perlu beli peralatan menulis di kedai buku, perlu beli sebelum naik ke kelas. Tidak dibenarkan turun ke bawah selepas naik ke kelas. 

5. Semua murid wajib duduk di tempat masing-masing. Tidak dibenarkan berjalan ke tempat rakan-rakan dan tidak dibenarkan untuk meminjam sebarang peralatan dari kawan-kawan.

6. Pada waktu rehat, beratur dengan penjarakan fizikal dan bejalan ke kantin untuk mengambil makanan.

7. Semua murid wajib makan dengan menggunakan sudu. Ibu bapa perlu bekalkan sudu utk anak-anak. 

8. Murid-murid perlu bersihkan meja masing-masing selepas makan. 

9. Sebelum waktu balik, murid perlu lap meja dan kerusi masing-masing dgn sanitizer. 

Terima kasih kerana membaca artikel 6 Barang Yang Ibu Bapa Wajib Sediakan Sendiri Untuk Anak-anak Sebelum Ke sekolah Sewaktu Pandemik Covid 19




Catat Komen

5 Ulasan

  1. Kadang-kadang budak tidak beritahu ibu bapa barang sudah habis.

    BalasPadam
  2. Semua benda penting ni. Jangan ada yang abaikan dan sentiasa kena ingatkan anak-anak.

    BalasPadam
  3. banyak jugak yang kena bagi lebih perhatian bila da jadi pandemik macam ni ekkk

    BalasPadam
  4. moga semua anak sedunia selamat la dari kena covid ni kan.
    aida memang tiap hari cek beg diorang. pakai mask. sanitize tgn. jgn kongsi brg & makanan dgn kawan. dok la peringat kan diorang, diana.

    BalasPadam
  5. betul..semua penting..jgn ke sekolah..time keluar dr rumah kena bawa..lg2 ke tempat yg sesak..

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)