ZUL MUHAMMAD

3 CUP TEALIVE UNTUK RM12.48 GUNA CODE RIANG DARI FOODPANDA

3 CUP TEALIVE UNTUK RM12.48 GUNA VOUCHER RIANG FOODPANDA |  Minggu ni minggu yang sukar buat saya sebab rasa asyik rasa memusing2 je macam nak pitam. Orang darah rendah macam ni la. Kawal makan sangat pun tak boleh. Ahad lepas suami ajak makan nasi kandar. Lepas pekena nasi kandaq sepinggan , terus 2 hari tak rasa pening. Hahah.. Tapi lepas 2 hari dia datang balik pening2 memusing2 tu. Sebab lepas kena nasi kandar tu tak makan nasik dah. 

Sejenis perangai yang takut sangat nak makan nasi sebab tak mau gemuk.Alih-alih rasa nak pitam. Hari ni  terus buka aplikasi Foodpanda sebab nak order Tealive. Demi menambah gula dalam badan. Selama ni tak pernah order apa-apa guna voucher Foodpanda. Tapi hari ni rasa nak guna code voucher pulak.

Sebelum ni memang buka je aplikasi foodpanda , pilih nak makan apa, bayar je. Tak de la rasa nak belek apa2 tawaran promosi ke apa dari Foodpanda tu. Teringat beberapa hari lepas ada baca satu tweet yang guna voucher  foodpanda . 


Jadi inilah 3 minuman Tealive yang kita order hari ni. Ambik yang lain sikit dari selalu. Kita pilih coco Latte Oreo, Superior Coco dan Mocha with topping konjac jelly. Harga ketiga-tiga ni ialah lebih RM30. Tapi sebab saya guna code RIANG, dapat lah potongan harga 6%.

Jadi harga 3 minuman Tealive ni selepas diskaun ialah rm12.48. Jimat banyak..kan?


Selalunya saya akan order Milk Choc Shake lava with orea cookie untuk anak-anak. Kegemaran Maisara tu. Paling sedap la bagi saya dan anak-anak sebab ada coklat rice dalam nya dengan oreo crumb. Tapi hari ni ubah sikit citarasa. Kita pilih minuman yang biasa2 saja.

Ada yang tak percaya dan belum guna Code RIANG untuk order makanan di foodpanda, boleh la try hari ni. Saya pun tak tahu tawaran ni sampai bila dan boleh guna berapa kali. Tengok bil saya ni. ada potongan harga di situ.


Jangan lupa guna code RIANG masa nak buat pembayaran di aplikasi Foodpanda ..Ok??

Sebenarnya Tealive kat rumah saya ni masih baru lagi dan ada satu ni je. Jadi bila order tu memang kena tunggu dekat 40 minit la. Saya rasa sebab banyak order kot tu yang lambat sikit. Tapi ok lah dari sebelum-sebelum ni kalau anak-anak nak minum Tealive kena tunggu keluar jalan2 ke mana2 baru la dapat beli.

Tekak saya ni macam dah tak boleh nak terima minuman bergula. Jadi saya punya Mocha tu diwakafkan kepada suami.Hahhaha. Cemana entah nak tambah gula dalam badan ni. Saya rasa nak buat cream puff je la kejap lagi.


Post a comment

9 Comments

  1. Pakcik PC pun darah rendah juga.Hati,kerang selang seli menunya.Tempoh hari sampai pitam kat kebun.Sebelum tu pengsan.Allahu.

    ReplyDelete
  2. ehh murahnya..nak order jugak la..iena suka ada diskaun2 ni :D

    ReplyDelete
  3. Samalah Tukang Kebun pun jenis low blood pressure. Murah tu berbaloi order. Sebenarnya Tukang Kebun tak pernah lagi gunakan Food Panda hehehe...tapi adik-adik rajin order food diorang melalui Food Panda.

    ReplyDelete
  4. murah betul ni, nak order jugaklah esok lusa

    ReplyDelete
  5. ciktom kalau order foodpanda mmg first cari voucher dulu..utk jimat..haha

    ReplyDelete
  6. Kak Pip pun x berapa suka minuman manis.
    Minum teh n kopi pun mmg x letak gula.

    ReplyDelete
  7. ohhoi ni great bargain ni 3 untuk harga tu..

    ReplyDelete
  8. Banyak juga diskaun tu kak. Memang untung lah harga untuk 3 cup tu sekali delivery.

    ReplyDelete
  9. murahnya... tak penah lagi order pakai foodpanda..

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)