Advertisement

25 TAHUN SELEPAS DILWALE DULHANIA LE JAYENGE. DIMANAKAH PELAKON - PELAKON FILEM INI SEKARANG?

25 TAHUN SELEPAS DILWALE DULHANIA LE JAYENGE. DIMANAKAH PELAKON - PELAKON FILEM INI SEKARANG? |  Sambil saya tulis artikel ni saya dengar lagu-lagu hindi yang pernah hits melalui filem-filem hindi popular tahun 90an dan awal tahun 2000. Baru datang mood hindustan tu..hahah..

20 Oktober 2020,  genap 25 tahun filem Dilwale Dulhania Le Jayenge sejak ditayangkan pada tahun 1995. Selain membawa gelombang baru dalam dunia perfileman di India, DDLJ juga adalah salah satu filem Bollywood yang paling disukai seluruh peminat filem bollywood diseluruh dunia.

DDLJ, yang diarahkan oleh Aditya Chopra, juga membanggakan pelakon-pelakon  bintang yang luar biasa dengan nama-nama besar seperti  seperti Amrish Puri, Anupam Kher dan Farida Jalal. Inilah juga yang membuatkan filem ini berjaya.



Tentu ramai yang nak tahu kemana kemanakah perginya pelakon-pelakon yang pernah membintangi filem popular ini. 


Dato Shahrukh Khan - Raj Malhotra


Dilwale Dulhania Le Jayenge menjadikan Shah Rukh Khan salah satu bintang Bollywood yang paling berjaya. Pelakon itu terus membintangi beberapa filem blockbusters selepas DDLJ. Antara filem yang mendapat sambutan hangat ialah Dil To Pagal Hai dan sehingga kini beliau masih memegang watak utama walaupun sudah berusia 55 tahun.


Kajol   (Simran)


DDLJ menempatkan Kajol sebagai A-list actor. Dia terus menjadikan beberapa filem hits seperti Gupt, Kuch Kuch Hota Hai, Dushman, Kabhi Khushi Kabhie Gham, Fanaa, My Name Is Khan dan banyak lagi. Pada masa yang sama , Kajol juga turut berlakon dalam filem-filem yang diterbitkan oleh suami Ajay Devgn.


Amrish Puri (Chaudhary Baldev Singh)


Ikon Bollywood Amrish Puri memegang watak sebagai ayah Kajol dalam Dilwale Dulhania Le Jayenge. Selepas DDLJ, beliau turut membintangi filem seperti Jeet, Ghatak, Koyla, Chachi 420, Virasat, Baadshah, Gadar, Nayak, Mujhse Shaadi Karogi dan Aitraaz. Beliau meninggal dunia pada tahun 2005, dan filem terakhirnya Kisna ditayangkan seminggu selepas kematiannya.


Anupam Kher (Dharamvir Malhotra)


Selepas DDLJ, Anupam Kher membintangi filem seperti Kuch Kuch Hota Hai, Bade Miyan Chote Miyan, Kya Kehna, Kaho Naa Pyaar Hai, Dulhan Hum Le Jayenge, Rang De Basanti, Jaan-E-Mann, Special 26, Hotel Mumbai dan The Accidental Prime Minister dan banyak lagi. 

Dia juga pernah menjadi sebahagian daripada projek antarabangsa seperti Bend It Like Beckham, Lust, Caution dan Silver Linings Playbook, selain dari rancangan TV Britain, The Boy With The Topknot dan rancangan TV Amerika, New Amsterdam.



Satish Shah (Ajit Singh)


Dari Judwaa hingga Hero No. 1, Hum Saath Saath Hain, Kal Ho Naa Ho, Main Hoon Na dan Ra.One, Satish Shah telah membuat puluhan filem selepas DDLJ. Dia juga dilihat sebagai Indravadan Sarabhai dalam rancangan TV Sarabhai vs Sarabhai dan merupakan sebahagian daripada Comedy Circus. Dia terus kekal aktif.


Farida Jalal (Lajwanti Singh aka Lajjo)


Pelakon berpengalaman Farida Jalal muncul dalam filem seperti Judaai, Dil To Pagal Hai, Kuch Kuch Hota Hai, Pukar, Kya Kehna dan Zubeidaa antara lain. Farida Jalal terakhir membintangi filem Jawaani Jaaneman (2020). Dia kini lebih aktif di rancangan televisyen setelah tampil dalam rancangan seperti Shararat, Balika Vadhu dan Ammaji Ki Galli. 


Himani Shivpuri (Kammo Kaur)


Himani Shivpuri mempunyai berhubung rapat dengan nama-nama besar seperti Yash Raj Films, Rajshri Productions dan Dharma Productions. Dia memainkan peranan penting dalam banyak filem hits seperti Khamoshi, Hero No. 1, Kuch Kuch Hota Hai, Hum Saath-Saath Hain, dan Main Prem Ki Diwani Hoon. Hingga sekarang dia tetap aktif di Bollywood, televisyen dan teater.


Pooja Ruparel (Rajeshwari Singh aka Chutki)


Pooja Ruparel, yang memegang watak sebagai adik perempuan Kajol di DDLJ, tetap masih aktif dilayar. Projeknya selepas DDLJ adalah filem X: Past Is Present dan rancangan TV Zabaan Sambhalke. Hari ini, Pooja lebih aktif dalam bidang teater. Dia juga pernah mencuba komedi dan nyanyian.


Parmeet Sethi (Kuljeet)


Selepas membintangi DDLJ  Parmeet Sethi membintangi filem Dhadkan, Lakshya, Dil Dhadakne Do dan Laila Majnu. Dia menukar kariernya dengan menjadi pengarah rancangan tvpada tahun 2010 dengan Syarikat Badmaash. Sethi juga pernah membuat beberapa rancangan TV pada awal tahun 2000-an. Tayangan web terbarunya adalah Precial OPS dan Hundred


Mandira Bedi (Preeti)

Selepas muncul dalam DDLJ, Mandira agak lambat menueruskan dunia seninya, Namun tidak lama kemudian dia tampil dalam beberapa filem seperti Dus Kahaniyaan, Vodka Diaries, The Tashkent Files dan Saaho. Dia juga terlibat dengan beberapa rancangan tv dan rancangan realiti tv. Doa juga seorang yang sukakan aktiviti kecergasan. Kali terakhir Mandira muncul dalam drama bersiri  web Smoke.



Anaita Shroff Adajania (Sheena)


Selepas DDLJ Anaita terus menjadi salah seorang penata gaya dan costume designers Bollywood yang terkemuka. Dia  terlibat secara langsung sebagai costume designers untuk filem seperti francais Dhoom, Being Cyrus, Love Aaj Kal, Ra.One, Cocktail, Race 2, Bang Bang dan Dear Zindagi. Dia berkahwin dengan seorang penerbit dan pembikin filem.



Achala Sachdev (Grandmother)

Selepas DDLJ, Achala Sachdev membintangi beberapa filem seperti Kabhi Khushi Kabhie Gham, Na Tum Jaano Na Hum dan Kal Ho Naa Ho. Dia meninggal pada tahun 2012 ketika berusia 92 tahun. Sepanjang hayatnya dia banyak membintangi berbagai filem. Dia memulakan kerjaya seninya ketika masih kanak-kanak.


Karan Johar (Rocky)


Ramai yang tidak menyedari watak Rocky dalam DDLJ ialah Karan Johar. Karan Johar memegang watak sebagai rakan SRK di DDLJ. 
Selain mengambil alih pengurusan  syarikat produksi filem Dharma Productions, dia juga mengarah dan menerbitkan  filem seperti Kuch Kuch Hota Hai, Kabhi Khushi Kabhie Gham, Kabhi Alvida Naa Kehna, My Name Is Khan, Student of the Year dan Bombay Talkies. 

Karan juga menjadi pengacara  rancangan bual bicara selebriti Coffee With Karan. Pembikin filem ini juga menjadi juri dalam rancangan realiti seperti Jhalak Dikhhla Jaa, India's Got Talent dan Next Superstars India.

Terima kasih membaca artikel 25 Tahun Selepas Dilwale Dulhania Le Jayange . Dimanakah Pelakon-pelakon Filem Ini Sekarang?. Semoga Artikel ini memberi manfaat kepada semua.

Catat Komen

9 Ulasan

  1. sy pernah terbaca satu artikel beberapa thn lps. katanya, ada sebuah pawagam kat India masih tayangkan filem ni smpi skrg (waktu sy baca artikel). fuhhh boleh pecah rekod dunia tayangan paling lama di pawagam heheheh

    BalasPadam
  2. betul tu all of them legend , i love gabungn shah rukh khan dgn kajol nampak real sgt tk bosan

    BalasPadam
  3. jarang2 dah tonton Hindi sekarang, tapi kalu ada masa layan juga

    BalasPadam
  4. iye. aida pun x perasan karan johar dlm tu.
    hari ni baru tahu kah kah kah :)...
    feveret aida filem ni. sampai sekarang tak bosan tonton nyer.

    BalasPadam
  5. Farida Jalal pun muka dia tak ubah kan..macam tak di mamah usia ajeee..

    BalasPadam
  6. filem yg masih diminati hingga kini

    BalasPadam
  7. Ada panggung wayang di India masih berterusan tayang movie ni sampai sekarang kan non-stop.

    BalasPadam
  8. Kajol paling menyerlah sekarang. Nampak lebih menarik penampilan dia sekarang pada usia dia. Amrish Puri tu kalau berlakon mesti watak jahat je.

    BalasPadam
  9. Laaa ena pon tak perasan rocky tu karan. Hahaha. Yang penting Kajol makin cantik n slim.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)