ZUL MUHAMMAD

21 KLUSTER BARU TERKINI 12 OKTOBER 2020

 


21 KLUSTER BARU TERKINI 12 OKTOBER 2020 | 21 kluster aktif melaporkan kes baharu. Daripada jumlah tersebut, terdapat 6 kluster baharu iaitu Kolong (Sabah), Bah Tropicana (Selangor), Rinting (Johor), Bah Perdana, Bah Kasturi Dan Baiduri (Kuala Lumpur).

Selain Sabah yang mencatatkan 291 kes baharu, Pulau Pinang melaporkan 141 kes baharu. Walaubagaimanapun, kesemua kes ini dilaporkan dalam Kluster Penjara Reman. Oleh itu, ia terasing daripada orang awam.

PKPB Dilaksanakan seluruh Selangor , Kuala Lumpur Dan Putrajaya

Sementara itu hari ni juga diistiharkan PKPB akan dilaksanakan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya berkuatkuasa 14 Oktober 2020 jam 12:01 tengah malam.

Aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah seperti berikut:

• Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas  daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

• Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.

• Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, -taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.

Masjid dan surau serta rumah ibadat bukan Islam adalah 
DITUTUP.

• Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan dan pertunangan adalah TIDAK DIBENARKAN.

• Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga TIDAK DIBENARKAN. Walaubagaimanapun, semua kegiatan ekonomi, industri dan perkilangan di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Status Terkini Covid 19



Kes sembuh=109
Jumlah kes sembuh= 11,022 kes
Kes positif= 563
(kes import=1, kes tempatan=562)
Jumlah positif= 16,220 kes
Kes kematian=2
Jumlah kes kematian= 159 kes
Kes dirawat di ICU= 98 kes
Bantuan Alat Pernafasan= 29 kes


Post a comment

13 Comments

  1. Kami kat Selangor dah kena pkpb , walaupun kecewa juga lah D sebab sekian lama marhein menjaga SOP kerana kecuaian dan kepentingan pihak2 tertentu sekali lagi marhein terpaksa menerima padahnya. Apapun sama-sama kita berdoa dengan langkah pencegahan ini akan dapat membendung penularan c19 ini dari terus merebak , aamiin.

    ReplyDelete
  2. sangat menakutkan. ni seremban ni pun tiba2 ada 8 positif hari ni...aduhh

    ReplyDelete
  3. seram sejuk saya kak diana..jgnlah berlarutan huhuuu

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan urusan pkpb di negeri terlibat. Dan semoga wabak covid-19 ni hilang terus sampai bila-bila

    ReplyDelete
  5. risaunya dengan gelombang ketiga kali ni, lebih ganas lagi

    ReplyDelete
  6. kami tgh tggu apa keputusan HR ni. sama ada kena wfh atau msk opis mcm biasa...

    ReplyDelete
  7. makin hari makin menakutkan rasanya.rasa nak suruh pkp balik dari hati tak tenang nak keluar pun rasa takut

    ReplyDelete
  8. Semakin bertambah kluster.Ya Allah.

    ReplyDelete
  9. semoga Pencipta memanggil tentera halus ini segera pulang ke langit

    ReplyDelete
  10. Gelombang ketiga sudah!
    Kuster buang sayang di NS tapi Mrs. A sendiri pun tak tahu kluster baharu tu huhuhuuh...

    ReplyDelete
  11. Dahlah kes makin bertambah, kluster pun tak nak kalah sama naik. Semoga cepatlah covid-19 berakhir. Aaminn

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)