ZUL MUHAMMAD

WARTAWAN HARIAN METRO PERLU TAMBAH BAIK ETIKA LAPORAN MEDIA BERKAITAN ISU BUNUH DIRI

WARTAWAN HARIAN METRO PERLU TAMBAH BAIK ETIKA LAPORAN MEDIA BERKAITAN ISU BUNUH DIRI | Perkara berkaitan bunuh diri dan masalah mental bukan lah perkara yang boleh diperlekehkan. Baru-baru ini harian metro dalam satu posting nya menulis  "Nak Bunuh Diri Konon, Sudahnya Menyerah Diri" telah menjadi pertikaian warga twitter yang mempersoalkan etika penulisan wartawan tersebut.

Tajuk posting tersebut dilihat seakan-akan memperlekehkan dan mengsensasikan isu sensitif iaitu bunuh diri. Wartawan tersebut seolah-olah menganggap keinginan bunuh diri adalah satu lakonan dan hanya untuk kepentingan sendiri.

Walhal isu bunuh diri ada kaitan dengan masalah mental yang tidak boleh dipandang ringan. 

Apa yang dirisaukan ialah penulisan sebegini hanya akan lebih mendorong pelaku untuk bertindak membunuh diri kerana ianya berbentuk cabaran pada si pelaku. 

Isu bunuh diri perlu dilaporkan dengan lebih berhati-hati kerana ianya boleh meninggalkan stigma kepada isu kesihatan mental. Mereka yang kurang arif tentang masalah mental akan terus merasakan pesakit mental sebagai mengada-ngada dan hanya untuk meraih perhatian.

Tajuk posting sebegini menunjuk kan wartawan tersebut langsung tidak tahu apa etika dalam penulisan berita. Wartawan tidak sepatutnya menulis hanya berdasarkan pendapat peribadi tetapi hanya perlu melaporkan berita tersebut.

Jika wartawan tersebut nak menulis berdasarkan pendapat peribadi lebih baik jangan jadi wartawan.Cukup lah kalau anda hanya menulis blog seperti saya dan blogger lain. 


Post a comment

4 Comments

  1. aduhai..mcm2..suruh polis tgkap dia pulak kak..salah tetap salah..eh ayat sape eh tu ^_^

    ReplyDelete
  2. wartawan tak bertauliah. editor tak check ke dulu..

    ReplyDelete
  3. ni mesti kes nak cepat publish. editor pulak x semak trs publish. so jd cacamerba laa... apa dia igt berita cm ni mcm muat naik status kat socmed ke?

    ReplyDelete
  4. headline berita sekarang mengundang kemarahan netizen.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)