UNIVERSAL STYLUS TOUCH PEN UNTUK ANDROID PHONE DAN IOS PHONE - KERJA EDITING LEBIH MUDAH DAN CEPAT




UNIVERSAL STYLUS TOUCH PEN UNTUK ANDROID PHONE DAN IOS IPHONE - KERJA EDITING LEBIH MUDAH DAN CEPAT | Seharian dok tengok Maisara asyik dengan Stylus Pen yang dia baru dapat ni. Seronok sangat katanya dapat Stylus pen ni.Dah lama dia teringin tapi tak terfikir ibu dia akan setuju untuk belikan. Selama ni saya selalu bising kalau dia asyik melukis saja. Hahah



Mesti dia mcam tak percaya ibu belikan jugak Stylus Pen ni untuk kemudahan dia melukis di phone. Sempat la dia tunjuk pen ni pada kawan-kawan dia dan ada yang minta link shopee Stylus Pen untuk beli stylus pen yang sama.

Terima kasih pada Fiza sebab perkenalkan Stylus pen ni pada saya. Kalau ikutkan sampai sudah saya tak tahu adanya benda nih. Maklum lah..Orang tua. hahaha..

Cuma Maisara pilih Stylus Pen yang sedikit berbeza dengan yang Fiza dah beli.



Yang Maisara pilih ni ada mata pen yang boleh guna untuk lebih mudah melakukan kerja-kerja editing di phone. Bahagian atas dia, walaupun macam besi tapi tetap boleh guna untuk touch screen.

Stylus pen ni tak la panjang sangat. Cuma bersaiz 8.8mm x 132 mm. Memang saiz poket je. mudah dipegang dan dibawa walaupun kecil. Agak berat jugak pen ni



Pada hujung pen ni ada silicon yang lembut. Jadi screen phone kita tak la bercalar bila kita kerap gunakan stylus pen ni.

Dia ada dalam warna Gold,  black , silver dan pink. Harga Stylus Pen ni tak mahal -  Cuma rm9.99  sahaja. Kalau korang nak beli boleh ke Shopee dan cari nama kedai two236.

Ok..tu je la nak cerita. terima kasih membaca entry Universal Stylus touch pen untuk android dan ios Iphone - Kerja editing lebih mudah dan cepat. Semoga bermanfaat untuk semua.



Post a comment

4 Comments

  1. wah bagusnya pakai touch pen tu senang nak lukis :D

    ReplyDelete
  2. Waaaaa dana baru tahu kak, ingat selama ni pen yg note tu je... menarik ni harga pun xla mahal

    ReplyDelete
  3. shida baru tahu ada sejenis pen mcm ni..menariknya pen nih,harga berbaloi boleh beli nnt.

    ReplyDelete
  4. sama-sama kak. Bagus akak beli yang ni lebih mudah maisara nak melukis. Nanti nak beli jugak yang jenis hujung macam pen ni. Berbaloi beli kat shopee banyak murah-murah :)

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)