UBAT UNTUK ALERGIK YANG BUAT MENGANTUK SEPANJANG HARI



UBAT UNTUK ALERGIK YANG BUAT MENGANTUK SEPANJANG HARI | Kesian Mikhail hari ni tak dapat pergi sekolah gara-gara saya tertidur tak sedar apa pun. Sedar-sedar je jam tepat 8 pagi. Ni padahnya makan ubat alergik lepas solat subuh. Tak tahu pulak rupanya ubat tu boleh menyebabkan mengantuk.

Dah tak ingat berapa tahun dah  saya alami gegata. 2-3 hari sekali mesti muncul gegata kat badan saya ni. Sejak tu la kalau nak pergi bercuti kemana - mana harus la bawak ubat alergik. Tapi minggu lepas pergi farmasi tak de ubat yang selalu saya guna tu. Dapat ubat lain pulak. Katanya tak de stok. Tak pe la. Makan je la ubat yang dibagi ni. Namanya ubat Sunizine.



Masa mula-mula makan memang rasa mengantuk. Seharian saya rasa macam sluggish . So saya fikir tak pe la..Makan ubat ni bila nak tidur malam je.

Pagi tadi bangun badan rasa gatal-gatal terus pi dapur makan ubat. Lepas tu tengok dah azan terus saya pi solat subuh. Kemudian duduk atas katil kejap main phone. Tak sedar bila masa mata terlelap semula. Padahal baru je bangun tidur. Boleh terlelap balik. Sedar-sedar dah cerah.

Tepuk dahi je la..

Tak berani dah nak makan ubat Sunizine ni. Dia punya kesan mengantuk tu sampai seharian tau. 2 hari tidur pun boleh kalau makan ubat ni sebiji. Ni pun saya rasa rasa sluggish. Suruh suami pi beli mangga saya nak makan dengan kicap lenyek cili padi. Bagi berpeluh dan hilang rasa sluggish ni.

Kegunaan Ubat Sunizine

Di sini saya kongsikan sedikit tentang ubat Sunizine. Rujukan dari website Tabletwise.
Sunizine tablet digunakan untuk merawat penyakit kulit contohnya seperti

  • Alahan
  • Gatal-gatal yang berkaitan dengan penyakit kulit
  • Demam alergi
  • Urtikaria
  • Angioedema

Ubat Sunize ada dalam bentuk tablet dan syrup. Ianya ubat yang tidak boleh diambil dalam dos yang berlebihan kerana boleh meningkat kan gejala atau kesan pengambilan ubat Sunizine.

selepas makan Sunizine elak kan dari mengambil alkohol, memandu atau mengendalikan mesin atau jentera berat,

Ubat ini juga perlu diwlak kan bagi wanita yang mengandung, merancang untuk mengandung atau menyusukan bayi


Kesan sampingan makan ubat Sunizine

Senarai berikut adalah kesan sampingan yang mungkin berlaku disebabkan dari semua bahan aktif yang terkandung di dalam Sunizine Tablet. Ini bukanlah sebuah senarai yang lengkap. Kesan-kesan sampingan ini mungkin boleh berlaku, tetapi ia sangat jarang berlaku. Sebahagian kesan-kesan sampingan ini mungkin jarang berlaku tetapi boleh terjadi pada tahap yang serius. Dapatkan nasihat doktor jika anda mempunyai salah satu kesan sampingan yang berikut berlaku, terutamanya jika tandanya berlarutan.


  • Keletihan
  • Mengantuk
  • Mulut kering
  • Sakit perut
  • Cirit-birit
  • Muntah


Jika anda mendapati terdapat kesan sampingan lain yang tidak disenaraikan di atas, hubungi doktor anda untuk khidmat nasihat.

Terima kasih membaca artikel Ubat Alergik yang buat mengantuk sepanjang hari. Semoga artikel ini memberi manfaat pada semua. 

Post a comment

4 Comments

  1. Ubat tu memang mengantuk kak, saya selalu amek sebab selalu bersin2..lepas tidur baru lega selalunya hehe

    ReplyDelete
  2. lama dah xmkn ubat elergik..rasa dah 2 tahun..dulu saya kerap mkn ubat sebab elergik kulit..huhuu

    ReplyDelete
  3. yap ubat ni mmg ngantuk. sy penah mkn sblh pg. dia punya mengantuk tu ya rabbiiiii mmg tak dpt nk buat keje lgsg! hehehe

    ReplyDelete
  4. Tak pernah makan ubat alergik. Tapi kalau jenis ubat mengantuk tu, solat isya awal terus tidur. Bahaya juga kalau sampai boleh buat 2 hari tidur tu.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)