TUTORIAL SEKAT IKLAN GOOGLE ADSENSE SUPAYA TAK MUNCUL DI ARTIKEL TERTENTU



TUTORIAL SEKAT IKLAN GOOGLE ADSENSE SUPAYA TAK MUNCUL DI ARTIKEL TERTENTU | Bila kita menggunakan google adsense di blog ada beberapa dasar program mereka yang kita kena patuhi. Ada beberapa perkataan atau gambar yang kita gunakan diblog akan mempengaruhi Adsense kita sebab ada pengiklan yang tak mau meletak kan iklan mereka di artikel-artikel yang tak mematuhi policy Google Adsense.



Selalunya bila ada isu content atau navigasi, Google Adsense akan hantar satu email pada kita macam ni.." Your Adsense Publisher Policy Violation Report For pub- 000000000000000...."

Bila dapat saja email macam ni maknanya adalah tu artikel dalam blog kita yang mereka tak suka.

Saya dah beberapa kali dapat email macam ni. Dulu sebelum lulus Adsense ni, memang main tulis je ikut selera sendiri. Lepas tu nak edit balik malas pulak. Nasib baik adsense "tegur". senang sikit lah nak cari artikel mana yang mereka tak suka tu.

Kita ada 2 pilihan untuk pastikan artikel tu diterima Adsense. Sama ada betulkan artikel tu menjadi lebih baik , kemudian hantar untuk semakan dan diterima adsense atau pun block saja iklan adsense dari muncul di halaman artikel tersebut.

Selepas beberapa kali artikel tersebut saya hantar untuk semakan tapi adsense menganggap artikel tersebut masih melanggar policy mereka , saya memutuskan untuk menyekat iklan adsense dari muncul di artikel tersebut.

Jadi hari ni saya nak kongsikan tutorial bagaimana cara untuk buat iklan Adsense tidak muncul di artikel tertentu.

Mula-mula sekali korang kena buka akaun adsense korang. https://www.google.com/adsense

Kemudian pilih pada Account --> Policy Centre

Korang akan nampak gambar macam ni. tekan download.



Dah siap Download , buka Excel dan akan keluar semua link  artikel yang korang kena perbaiki tu. Keluar macam ni. Korang kena klik pada url tu  (no 1) untuk dapat kan link penuh artikel (no 2)



Kemudian pergi semula ke acount Adsense korang . Pilih Ads ---> Overview. Nampak tak ada gambar pensil (Edit) kat hujung tu yang saya bulatkan merah. Klik di situ.


Lepas tu akan keluar paparan seperti bawah. Tengok bahagian tepi pada bahagian Site Setting.


Di bawah sekali pada bahagian Page Exclusion . Kalau ni pertama kali korang nak sekat adsense pada artikel, sebelah nya tertulis (0) .

Tapi sebab  sebelum ni saya dah ada sekat beberapa artikel, dia ada jumlah artikel di situ. Kemudian klik pada Manage

** Akan keluar macam gambar bawah ni pulak. Manage Page Exclusion  dan korang pilih +add exclusion. 


Kemudian copy url artikel pada Excel yang kita download awal2 tadi.

Pilih satu url artikel bahagian atas sekali supaya nanti tak keliru mana satu artikel yang dah dimasuk kan atau yang belum. Paste pada ruangan yang disediakan.


Jangan letak  Http://www.  Cuma letak macam contoh saya buat ni.. dianarashid.com/2020/09/resepi-japanese-milk-bread-roti-viral.html.

Pastikan ianya ditandai pada This Page Only

Lepas tu klik Add.

Copy paste lagi url seterus nya dan masuk kan lagi pada +add exclusion, Buat  macam langkah pada **. Bila dah masuk kan semua url, klik anak panah : <---- manage page exclusions.

Dan clik Apply To Site dibahagian bawahnya. Dah siap.
.
Cara ni akan buat halaman artikel tersebut tak kan keluar iklan adsense. Jadi tak la adsense asyik email korang bagitau yang korang langgar policy mereka. Terima kasih sudi membaca dan semoga artikel Tutorial sekat iklan Google Adsense supaya tak muncul di artikel tertentu dapat memberi manfaat pada semua.


Post a comment

6 Comments

  1. tutorial yang berguna saya pun baru je baru berjnak dgn google adsense ni

    ReplyDelete
  2. nice info..sy pun ada dpt cmtu haritu. sy un publish je post tu dlu..nanti boleh cuba ..


    hai, kalau minat cerita tamil meh lah singgah blog kita..ada macam2 cerita tamil yg akan sy review siap full link lagi tau..
    https://denhanda.blogspot.com/2020/09/raatchasi-full-movie-with-subtitle.html

    ReplyDelete
  3. Oo macam tu rupanya.. selama ni saya biar je apa jenis iklan yg timbul, rupanya boleh disetkan

    ReplyDelete
  4. yang ni tak pernah jadi tapi ada juga buat yang block iklan.

    ReplyDelete
  5. Menarik perkongsiannya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. sy mmg biarkan je sbb google pun x de hntr apa2 notice kecuali kalau ada apa2 perubahan. btw thanks 4 sharing ;-)

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)