TREND SELFIE DENGAN PRODUK REVIEW DAH TAK SESUAI UNTUK BLOGGER





Zaman saya buat review produk dulu wajib ambik gambar dengan produk. Memula banyak la orang view, orang like. Tapi makin lama orang macam dah agak, bila bergambar dengan produk je, ni nak jual la barang la ni.

Yang rajin like dan komen pun semua bloggers je. Tu pun ada yang like dan comment sebab kita dah like dan comment gambar dia. Tak semua la.. ada yang ikhlas dan kesian tengok like kita sikit jadi dia pun like je la..Hahah. Yang bukan bloggers dan  bukan influencers ni , tak berminat dengan gambar kita tu. Sedih oiii..


Padahal rakan sosial media kita buka blogger semata2. Ada juga di kalangan bekas rakan sekolah, rakan sekerja, jiran2, yang add rambang.

Tapi bila kita post gambar review, cuma blogger je yang like dan comment.

Kalau tak de gambar selfie dengan produk , elok je datang komen2 tapi bila selfie dengan produk, tulis caption pasal produk , haghammmm nak pandang.Hahahah

Jadi saya rasa bloggers dan influencers patut cuba cara lain untuk iklankan gambar produk yang korang promote tu.

Jangan marah ye. Saya tulis ni dari apa yang saya pandang sebagai  pengguna sosial media lain.  Bukan sebagai blogger.

Kat twitter dan facebook kalau korang perasan, ada tweet2 dan posting viral yang post pasal produk tapi dia tak de  letak gambar yang beriya-iya sangat. kadang-kadang gambar kelam kusam je.

Korang paham kan, gambar beriya2 ni cemana? Gambar yang kita ambik lawa2  dengan props, lighting, pose pun tunjuk produk ..Dalam hati...

" ni mesti klien suka gambar aku ni.."
" Mesti boleh dapat like banyak ni.."

 Klien memang suka, tapi  orang tak minat nak tengok, nak buat apa? Nak isi masa lapang??Eh!!

Tapi bila kita upload gambar produk tanpa editing , yang biasa2 je, produk pun nampak tak nampak, ramai pulak yang tanya

"benda tu beli kat mana?"

"harga berapa tu?"

"Dah berapa lama guna benda tu..?"


Mereka lebih berminat dengan review spontan,  dengan gambar tak de edit2 , Caption pun tak fokus pada produk sangat, gitu nampak lebih orang percaya.  tak nampak hype sangat la. Nampak neutral dan lebih menarik perhatian orang.

Sekarang ni zaman berubah dalam masa 2,3 tahun je. Tak lama pun. Benda yang kita buat 2,3 tahun lepas kadang-kadang dah tak sesuai untuk kita buat tahun ni.

Saya pun pelik ada lagi klien yang sibuk nak suruh blogger bergambar dengan produk. Tak kan diaorang tak tahu  trend marketing cemana yang sesuai dan yang mana dah tak sesuai untuk digunakan.

Kesian blogger terpaksa mengikut syarat2 klien yang nak blogger bergambar dengan produk. Padahal saya tau rata2 blogger cukup malas nak selfie dengan produk tu,. Jangan la tipu sebab saya pun rasa macam tu.

Ok..tu je la nak bebel.

*Pernah menolak untuk selfie dengan produk alih2 klien tak mau ambik saya untuk review produk dia. Hahhaha

Post a comment

13 Comments

  1. Betul.Lagi satu kesian juga pada blogger yang mungkin sangat mementingkan promosi melalui kata-kata sedang klien lebih beratkan gambar menjadi keutamaan.Benar juga yang dipromosikan barang atau perkhidmatan,namun sebagai blogger yang sangat menitikberatkan konten,setiap patah kata tidak boleh dipandang ringan juga.

    ReplyDelete
  2. betul tu kata kak diana... ekin sendiri bab nak selfie dgn produk xsuka tu sgt

    ReplyDelete
  3. Kalau buat fb ads dulu saya perasan orang lebih tertarik bila gambar produk tu sekali dengan selfie owner/ customer. Maybe trust tu jadi lebih tinggi kan huhu

    ReplyDelete
  4. Dah malas nak selfie2 sgt sebenarnya... tp tu lahhh...produk punya pasal...selfie juga kadang tu...hahaha...

    ReplyDelete
  5. Lagi 1 kalau time promo barang tu, banyak sangat pos berkaitan produk di kebanyak blog, agaknya dah komen kat 1 2 blog, lepas2 tu dah malas nak komen tentang produk yg sama kat blog ketiga dan seterusnya huhu

    ReplyDelete
  6. Ya orang lagi suka tengok hasil daripada kita bergambar dengan produk.

    P.S: Saya sudah tambah maklumat yang Diana tanya pada pos tersebut.

    ReplyDelete
  7. hahaha...

    blogger cuma perlu menulis manfaat dan ceritakan kebaikan sudah cukup..

    kalau bergambar dengan produk memang la macam nak promote produk jer

    ReplyDelete
  8. Strategy marketing mengikut trend semasa juga kan.

    ReplyDelete
  9. saya pun tak berapa selfie ni, suruh orang ambil gambar saya, ok lah..hahahahhaha..selfie2 ni buat letak kat IG story aje..24 jam lepas tu hilangg

    tapi pernah lah dapat job yang wajib amek gambar ngan produk, kebanyakannya produk skincare..

    ReplyDelete
  10. setuju dgn kak diana..shida juga salah sorg yg xsuka bgmbar dgn produk..lainla artis..hahahaa

    ReplyDelete
  11. Trend ni masih lagi dipakai oleh duta duta produk. Lama dah tak selfie dengan produk. Lama dah tak review produk. skang tak ambil kisah sangat bab like dan komen. share gambar untuk perkongsian je. senang cerita tak yah serabut :)

    ReplyDelete
  12. Hehehee... betul sangat tu apa yang Diana cuba sampaikan.
    Sebab tulah Mrs. A asingkan FB personal dengan FB blog sebab kawan-kawan bukan blogger bila kita post entry blog depa tak menghayati sangat pun.

    ReplyDelete
  13. yaa betul tuu apa sis Diana beritahu :D lebih2 lagi kalau yang jrg berselfie ne tiba2 client suruh selfie dgn produk diorang, mesti rasa kekok nak selfie kann ^^ ehehhehe

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)