TONTON ONLINE SLOT AKASIA PENGANTIN SATU MALAM EPISOD 12- 14





 TONTON ONLINE PENGANTIN SATU MALAM EPISOD 12 - 14 |

JUDUL : PENGANTIN SATU MALAM

EPISOD : 28

TARIKH TAYANGAN : 18 Ogos 2020

WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam

SIARAN TV : Slot Akasia TV3

PENULIS NOVEL : Sophilea

PENULIS SKRIP : Wan Mahani Binti Wan Hassan

PENGARAH : Eoon Shuhaini

PRODUKSI : A10 Alliance Sdn Bhd

PELAKON : Nazim Othman, Amelia Henderson, Fizo Omar, Afifah Nasir, Mustapha Kamal, Susan Manen, Edika Yusof, Sanjna Suri, Sharifah Shahora, Norish Karman, Farisha Irwayu


Sinopsis Pengantin satu malam  Episod 12 - 14

Selepas pertemuan di mall, Zahred mengekori Zulaikha pulang ke rumah. Sampai di rumah Zahred cuba untuk berbincang dengan Zulaikha tapi Zulaikha tidak mahu dan menghalau Zahred pergi.

Zahred masih tetap dengan perasaan nya yang mempercayai Zulaikha sama sahaja seperti perempuan-perempuan jahat yang dia kenal. Ianya membuatkan dia tetap melayan Zulaikha dengan kejam dan kerap menghina Zulaikha.

Zulaikha terpaksa menceritakan kepada ayahnya yang dia sudah berlahwin dengan Zahred demi mendapatkan wang untuk pembedahan ibunya. Ayahnya tidak terkejut kerana sebenarnya dia sudah tahu dari awal lagi  apa yang berlaku pada Zulaikha dan Zahred di Thailand.

Dalam masa yang sama Zahred mengakui perasaan nya pada Aunt Sue yang dia sukar melupakan Zulaikha. 

Ayah Zulaikha berjumpa dengan Zahred. Zahred memohon kemaafan dari Ayah Zulaikha. Ayah Zahred meminta Zahred untuk melepaskan Zulaikha tapi Zahred tidak bersetuju dan mengakui yang dia sangat cinta dan sayangkan Zulaikha.

Zahred datang kerumah Zulaikha dengan membawa sejambak bunga. Tapi tiada sesiapa dirumah kerana keluarga Zulaikha berada dihospital untuk pembedahan buah pinggang. Zahred sangat marah lalu menelefon Nani .Baru lah dia tahu sebenarnya apa yang berlaku kepada Zulaikha dan keluarga nya.

Dia sangat menyesal dan sempat berjumpa dengan Zulaikha sebelum pembedahan. Zahred memohon kemaafan dari Zulaikha. Zahred menyesal dengan apa yang telah dilakukan. 

Rasul mula menyedari Zahred agak terganggu selepas mengetahu tentang keluarga Zulaikha. Zahred menasihati Rasul supaya berhenti menyimpan perasaan kepada Zulaikha. Rasul tetap berdegil dan dia percaya yang dia adalah orang yang sangat bermakna dalam hidup Zulaikha.

Di hospital Zahred meminta izin pada ayah Zulaikha untuk menjaga Zulaikha. Ayah Zulaikha mengizinkan nya kerana Zahrred adalah suami kepada anak nya. Dia berharap Zahred dapat melayan Zulaikha dengan baik dan selayaknya seorang isteri. 

Ayah Zahred memberi masa 3 bulan sahaja kepada Zahred untuk memujuk Zulaikha dan membuka hati anaknya pada Zahred , Jika selepas 3 bulan Zulaikha masih membenci Zahred, Zahred perlu menceraikan Zulaikha agar perasaan dan hati Zulaikha tidak didera Zahred.

Rasul tertanya-tanya mengapa Zahred tiba-tiba sahaja Zahred ingin menjaga Zulaikha. Zahrdd menjelaskan yang dia rasa bersalah kerana selama ni melayan Zulaikha dengan buruk.

Selepas Zulaikha sedar dari pembedahan Zahred datang kepada Zulaikha dan memujuk Zulaikha . Zahred berterus terang yang dia ingin menjadi suami Zulaikha untuk selamanya. Zulaikha pula masih berbelah bahagi dan perasaan kecewa dan terlukanya terhadap zahred  masih belum hilang.







Post a comment

5 Comments

  1. Unik nama Zahred..hehe
    Tak sempat2 lagi nak tengok drama ni

    ReplyDelete
  2. Tak pernah tengok cerita ni, tapi semalam baru pertama kali tengok iklan dia kat YouTube.

    ReplyDelete
  3. SEMPAT TENGOK SATU EPISOD MENARIK KISAHNYA

    ReplyDelete
  4. kalau sy x igin nk terima si zahred ni lg hehehe

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)