TONTON ONLINE PENGANTIN SATU MALAM EPISOD 10-11




TONTON ONLINE PENGANTIN SATU MALAM EPISOD 10 - 11 |

JUDUL : PENGANTIN SATU MALAM

EPISOD : 28

TARIKH TAYANGAN : 18 Ogos 2020

WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam

SIARAN TV : Slot Akasia TV3

PENULIS NOVEL : Sophilea

PENULIS SKRIP : Wan Mahani Binti Wan Hassan

PENGARAH : Eoon Shuhaini

PRODUKSI : A10 Alliance Sdn Bhd

PELAKON : Nazim Othman, Amelia Henderson, Fizo Omar, Afifah Nasir, Mustapha Kamal, Susan Manen, Edika Yusof, Sanjna Suri, Sharifah Shahora, Norish Karman, Farisha Irwayu


Sinopsis Pengantin Satu Malam Episod 10- 11


Di pejabat Zahred cuba untuk mengambil hati Zulaikha , tapi Zulaikha kerap mengelak dari berjumpa dengan Zahred. Zahred ingin meminta maaf pada Zulaikha tapi mulut terkunci kerana keegoan nya.

Rasul yang masih tidak mengetahui apa yang berlaku pada Zulaikha , terus menceriakan Zulaikha.

Sebagai seorang sahabat Rasul merasakan dia perlu untuk membimbing Zahred. Ibu Rasul menasihatkan Rasul agar terus membimbing Zahred supaya tidak hanyut dengan dosa

Zahred ternampak Zulaikha memberi gelang yang dibeli di Thailand kepada Rasul. Zahred agak cemburu.


Zahred ambil keputusan pergi ke rumah Zulaikha untuk meminta maaf tapi Zulaikha menghalau Zahred.  

Dalam masa yang sama ibu Zahred ingin menjodohkan Zahred dengan Hana. Tapi Hana sendiri sudah mempunyai kekasih dan dia tidak mempunyai perasaan pada Zahred. Hana merancang untuk membuat ibunya suka dengan kekasihnya, Haikal.

Hana berterus terang dengan ibunya yang dia tidak mempunyai perasaan pada Zahred.Tapi Ibunya tetap ingin menjodohkan Hana dengan Zahred.

Hubungan Zahred dan Zulaikha semakin tegang apabila Zahred masih mencurigai Zulaikha dan sanggup menghina Zulaikha. Zulaikha ynag hilang sabar menampar Zahred dan kebetulan ketika itu Rasul datang menghampiri mereka.

Rasul meminta Zulaikha menjelaskan apa sebenarnya berlaku antara Zahred dan Zulaikha tapi Zulaikha tetap menafikan sesuatu berlaku antara dia dan Zahred.

Di rumah Zulaikha , ayah Zulaikha memberitahu Rasul bahawa pinjaman bank yang dibuat Zulaikha telah lulus untuk menanggung kos pembedahan. Rasul agak terkejut kerana dia tahu pinjaman kewangan tersebut tidak lulus.

Rasul mula curiga dari mana sebenarnya Zulaikha dapat wang tersebut.


Tonton Online Pengantin Satu Malam episod 10


Tonton Online Pengantin Satu Malam Episod 11

.



Post a comment

3 Comments

  1. Zahred, unik nama watak dia kan

    ReplyDelete
  2. Tak minat nazim..terus tak tengok. Tebal sangat mekap dah macam patung lilin

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)