ZUL MUHAMMAD

TAK CUKUP TIDUR BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN



TAK CUKUP TIDUR BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN | Saya cukup marah kalau anak-anak tidur lewat terutamanya hari sekolah. Diaorang bangun jam 6 pagi jadi jam 10 malam  tu patutnya anak-anak dah lena. Memang anak-anak pun faham benda ni sebab sejak diaorang mula bersekolah saya dah tetapkan peraturan ni.

Bila tidur awal, baru lah dapat tidur yang cukup. Kalau tidur lewat lepas tu jam 6 pagi dah nak kena bangun, agak-agak cukup ke tidur kurang dari 8 jam? Tak kira sama ada kanak-kanak hingga lah orang tua, semua memerlukan tidur yang cukup.

Kalau  keluar kemana-mana saya akan pastikan kami sampai ke rumah sebelum jam 10 malam. Ada masanya tersekat dalam kesesakan jalan, saya akan suruh anak-anak tidur sebelum sampai ke rumah.Anak-anak saya sangat aktif jadi memang perlukan tidur yang cukup.

Begitu juga dengan suami saya. Bila dia tidur saya pastikan dia tak diganggu anak-anak. Anak-anak pun dah besar dan faham yang ayah diaorang nak tidur. Cuma si adik tu kadang-kadang merajuk jugak la bila ibu ni marah dia asyik keluar masuk bilik waktu ayah nya tidur.

Kesan Buruk Tak Cukup Tidur



Hilang tumpuan

Bila kita kekurangan tidur atau tidur lewat kemungkinan besar kita akan mengalami kesukaran untuk menumpukan perhatian. Kesihatan kognitif memain kan peranan penting dalam berfikir dan mengingati sesuatu.

Kurang tidur boleh mengganggu perhatian, kewaspadaan, tumpuan, penaakulan dan penyelesaian masalah. Ini seterusnya mempengaruhi kemampuan belajar. Ia juga boleh memberi kesan negatif kepada ingatan jangka pendek dan jangka panjang.

Kita juga akan mengalami kesukaran untuk mengawal mesin atau kenderaan sekaligus mengganggu aktiviti harian dan pekerjaan kita.

Risiko serangan jantung

Rehat dan tidur yang betul sangat penting untuk kesihatan jantung. Kurang tidur mendedahkan kita pada risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit kardiovaskular — tidak kira usia, berat badan, merokok atau pun tidak  dan tabiat bersenam kita.

Tidur memainkan peranan penting dalam kemampuan tubuh untuk memperbaiki saluran darah dan jantung

Satu kajian tahun 2000 mendapati bahawa kurang tidur mengakibatkan peningkatan tekanan darah dan penurunan aktiviti saraf simpatik otot.

Kekurangan tidur jangka pendek juga mengubah tekanan darah, keradangan dan hormon ke arah yang diakui menyumbang kepada perkembangan penyakit kardiovaskular, yang paling penting, aterosklerosis.

Orang yang tidur kurang dari 6 jam mempunyai risiko penyakit jantung koronari dan strok yang lebih besar dibandingkan dengan mereka yang tidur 7 hingga 8 jam setiap malam.

Pada masa yang sama, terlalu banyak tidur juga mengakibatkan kesihatan jantung yang buruk.

Melemahkan sistem imun dalam badan

Kurang tidur juga boleh mempengaruhi sistem imun. Apabila sistem kekebalan tubuh tidak berfungsi dengan baik, tubuh  mudah diserang oleh virus dan bakteria

Ketika tidur, sistemimun kita melepaskan protein yang disebut sitokin dan antibodi melawan jangkitan lain yang melindungi tubuh daripada jangkitan atau keradangan.

Kurang tidur menyebabkan pengeluaran sitokin berkurang, yang seterusnya mengurangkan keupayaan tubuh untuk bertindak balas terhadap selesema atau jangkitan bakteria.

Kurang tidur boleh membuat kita lebih mudah terkena selesema

Menyebabkan kemurungan

Kekurangan tidur sering dikaitkan dengan kemurungan. Ini membawa kepada perubahan ketara dalam fungsi neurotransmitter otak, yang merupakan salah satu sebab di sebalik kemurungan. Kadang-kadang, kemurungan juga boleh mempengaruhi kemampuan seseorang untuk tidur.
Orang yang didiagnosis mengalami kemurungan cenderung tidur kurang dari 6 jam pada waktu malam. Sebenarnya, insomnia sering menjadi salah satu gejala kemurungan pertama.
Dalam kajian 2009 yang diterbitkan dalam International Journal of Psychiatry in Clinical Practice, 97 peratus daripada 531 pesakit dengan kemurungan dilaporkan mengalami insomnia, salah satu masalah berkaitan tidur yang paling biasa.

Berat badan bertambah

Rutin tidur yang teratur membantu  mengekalkan jadual makan. Apabila tidak cukup tidur berlakupeningkatan pengeluaran hormon ghrelin. Hormon ini merangsang rasa lapar dan mengurangkan pengeluaran leptin yang menekan selera makan.

Oleh itu, kurang tidur boleh mempengaruhi kawalan selera makan dan metabolisme tenaga dan menyumbang kepada peningkatan berat badan yang ketara.


Meningkatkan Risiko Diabetis

Kekurangan tidur jangka panjang dan bahkan terlalu banyak tidur meningkatkan risiko menghidap penyakit kronik termasuk diabetes.
Tempoh tidur 6 jam atau kurang, atau 9 jam atau lebih, dikaitkan dengan peningkatan prevalensi diabetes mellitus dan gangguan intoleransi glukosa.

Merosak kan kulit

Hanya memerlukan satu malam  dengan tidur yangtidak cukup untuk menyebabkan mata bengkak, lingkaran hitam di bawah mata dan kulit pucat. Bayangkan jika kita tidak cukup tidur selama seminggu.Bukan kah kesan nya pad kulit akan lebih teruk lagi
Kurang keanjalan kulit boleh menjadikan lingkaran bawah mata menjadi gelap, kedutan dan garis-garis halus kelihatan lebih ketara. Selain itu, kurang tidur mengurangkan keupayaan kulit pulih setelah terdedah kepada cahaya matahari..

kematian mengejut diusia muda

Seperti bernafas, tidur adalah keperluan asas manusia. Tidak mungkin bertahan lama tanpa tidur kerana kurang tidur hanya untuk beberapa malam boleh menyebabkan lebih dari 700 perubahan genetik yang dapat mempengaruhi kesihatan dengan ketara.
Sebenarnya, mereka yang tidak mendapat rehat yang cukup dan tidur secara berkala mempunyai kadar kematian yang lebih tinggi daripada mereka yang cukup tidur.
Tidur terlalu banyak dan tidur terlalu sedikit menyebabkan risiko kematian kerana kesan pada kesihatan kardiovaskular dan masalah lain.

Pengalaman mereka yang mempunyai ahli keluarga dan kenalan yang meninggal dunia akibat kurang tidur







Semua orang akan mengalami keadaan dimana tidak dapat tidur yang cukup. Tapi cubalah untuk menguruskan masa dengan baik agar mengimbangi masa tidur kita bagi mengurangkan risiko kematian dan masalah kesihatan lain nya. Terima kasih kerana membaca artikel Tak cukup tidur boleh menyebabkan kematian. Semoga bermanfaat untuk semua.

Post a comment

5 Comments

  1. so far, i'm a good sleeper. alhamdulillah.. cuma tu la.. kdg2 telajakkkkkk tido. ha3..

    ReplyDelete
  2. semua diatas .
    sebab dari muda tidur takteratur .
    takut mati awal ni kan , dgn anak anak kecik lagi .
    mintak allah panjangkan usia je .sampaia ank besar dah boleh survive sendiri .

    ReplyDelete
  3. Betul tu tidur sangat penting. Cuma Tukang Kebun ni payah nak tidur sebelah siang.

    ReplyDelete
  4. betul kak diana..saya risau juga..kdg2 saya ni xckp tidur..huhuu lepas ni kena stabil kn balik tidur saya..

    ReplyDelete
  5. Memang bahaya tak cukup tidur ni. Badan tak dapat rehat yang secukupnya. Tapi nak cari semula tune tidur awal tu susah betul. Paling lama dapat tidur pun 6 jam.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)