SUNAT MELETAK PENGHADANG DI HADAPAN KETIKA SOLAT




SUNAT MELETAK PENGHADANG DI HADAPAN KETIKA SOLAT | Rasulullah s.a.w adalah contoh dan insan terbaik untuk diikuti dalam segala  perlakuan dan tindakan. Baginda adalah utusan Tuhan kepada seluruh umat manusia sehingga akhir zaman. Segala bentuk amalan, perbuatan, serta tingkah laku Baginda menjadi sunnah yang perlu di contohi dan dipraktik kan oleh umat islam
Barang siapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnah ku , kemudian diamalkan oleh manusia maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkanya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun" - Sabda Rasulullah s.a.w 

 Dalam Solat juga ada perkara sunat yang boleh kita dan amalkan. Ada banyak perkara sunnat dalam solat yang memberikan kita ganjaran pahala yang besar dan ada manfaat nya. Salah satu perkara sunnat tersebut ialah meletak kan penghadang di hadapan ketika solat.

Rasulullah s.a.w menyatakan:  "Apabila seseorang daripada kamu solat, makan hendaklah dia meletak kan sutrah (penghadang) di hadapan nya dan hendaklah dia berada hampir dengan sutrah itu dan jangan lah ia biarkan seseorang lalu di antara dia dan sutrah itu"

Hadis ini menjelaskan , sunnah untuk seseorang meletakkan penghadang di hadapan nya ketika sedang solat. Ini sama ada ketika solat di masjid ataupun di rumah untuk  lelaki atau pun perempuan.

Sunnah ini apabila diamalkan akan sentiasa diulangi pada waktu siang dan malam . Ini termasuk juga ketika solat rawatib. solat dhuna, solat tahiyatul masjid, dan solat witir. Untuk wanita pula jikalau diamalkan akan sentiasa diulang-ulang pada setiap waktu solat di rumah. Untuk solat berjemaah pula, sutrah bagi makmum ialah imam dihadapan solat itu sendiri.

Ciri-ciri penghadang  (sutrah) yang boleh digunakan ketika solat


  • Sebarang benda yang dipacak di hadapan solat mengadap kiblat boleh dijadikan sutrah. Ini seperti dinding , tongkat, dan tiang . Tiada had untuk saiz besr dan lebar sutrah.

  • Tinggi sutrah adalah lebih kurang sejengkal

  •  Jarak antara sutrah dan kaki orang yang solat hendak lah sejauh lebih kurang tiga hasta. Sekadar ruang bagi melepasi sujud.

  • Sutrah disyaratkan untuk imam dan orang yang solat bersendirian, sama ada solat wajib ataupun solat sunat.

  • Sutrah imam juga bagi menjadi sutrah untuk makmum. Oleh itu harus lalu dihadapan makmum jikalau ada hajat dan keperluan.



Kebaikan meletak kan Sutrah dihadapan ketika solat.

Kebaikan mengamalkan sunnah ini adalah ia akan memelihara solat daripada terputus atau terhenti jikalau ada yang lalu dihadapan orang yang solat.

Ia juga menghalang pandangan orang yang sedang solat daripada melihat seseorang ataupun apa-apa gangguan lain ketika solat. ini kerana orang yang solat, perlu menghadkan pandangan dan tumpuan tidak melebihi luar sutrah. Ini akan menambahkan kekusyukan nya dalam beribadat kepada Allah s.w.t.

Disamping itu ia memberi ruang kepada orang yang solat melalui di hadapan sutrah. Mereka tidak sepatutnya melalui ruang antara orang yang sedang solat dan sutrahnya.

Terima kasih kerana membaca artikel Sunat meletak kan penghadang dihadapan ketika solat. Semoga bermanfaat untuk semua pembaca.

Post a comment

11 Comments

  1. Kadang2 dah letak penghadang, ada pulak lalu kedek2 atas sejadah kita, agaknya tak pernah tau kot tak elok lalu depan orang solat hehe

    ReplyDelete
  2. Terima kasih untuk info yang berguna ni.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih untuk info yang sangat bermanfaat ni.

    ReplyDelete
  4. Terima Kasih atas perkongsian ilmu

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas perkongsian... kalau tiada apa2 sutrah, solatlah tepi, belakang tiang... ni solat depan pintu orang nak lalu lalang..serba salah orang nak lalu tapi redah jer...

    ReplyDelete
  6. Thank you atas perkongsian ni 🌸✨

    ReplyDelete
  7. selalu letakkan handbag kt depan kalau solat kat shopping mall, rupanya baru tau hukum letakkan sutrah dan tingginya sejengkal ya? Masya allah terima kasih atas perkongsian bermanfaat ni diana

    ReplyDelete
  8. pernah juga baca, saiz sejadah biasa tu dah cukup untuk orang lalu di hadapan kita..sebab tu jarak antara sutrah dan kaki orang yang solat tu sama macam cukup2 untuk sujud..

    ReplyDelete
  9. Terima kasih kak atas perkongsian.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)