ZUL MUHAMMAD

REVIEW LENGKAP BIG STAGE 2020 MINGGU KE 7 - KOMEN AJAI UNDANG KEMARAHAN NETIZEN

REVIEW LENGKAP BIG STAGE 2020 MINGGU KE 7 - KOMEN AJAI UNDANG KEMARAHAN NETIZEN | Big Stage dah masuk ke minggu ke 7. maknanya ada seminggu saja lagi untuk Big Stage menemui siapa juara Big Stage 2020. Ada ramai yang kata sama ada Usop ataupun Azzam. 

Peserta yang layak ke final

Minggu ni ramai yang marah dengan komen Ajai bila dia kata " susah sangat ke?" .. alah.Bunyi macam berlagak je kan.. nak tahu kenapa orang marah nanti baca review kat bawah ni ye..

Ok lah..Berbalik kepada Konsert Minggu ke 7 ramai yang kata lagu-lagu semua tak best. Hahah.. Best juga la bagi telinga saya. Tapi paling tak best lagu yang Usop dapat la. 

Juri Netizen minggu ni tak lain tak bukan Elly Mazlein dan juri Jemputan ialah Dato Syafinaz Selamat. Netizen suka sangat dengan komen-komen Elly Mazlein kan...?? Sedap je dengar komen yang bagi semangat nih. Klau korang perhatikan selepas je tiap peserta buat persembahan , Elly akan tetap angkat tumb up untuk naik kan semangat peserta-peserta. Memang bagus dia ni.Patut lah ramai suka.

Kedudukan peserta-peserta setakat Minggu ke 7 didahului oleh Azzam Syam dan Farisya Iris. Minggu ke 7 peserta-peserta akan menyanyi nya lagu-lagu popular daripada penyanyi2 hebat. kemudian mereka akan menyanyikan lagu duet bersama artis pilihan.

Farisya Iris - Semalam

Saya memang dapat jangka Farisya akan menyanyikan lagu ni dengan baik macam Aina Abdul jugak. Sebab suara dia lantang . Dia sesuai la nyanyi lagu macam ni. Nyanyian dia pun sedia maklum memang sangat baik berbanding peserta wanita Big Stage yang lain. 

Dia punya persembahan pun sama macam video klip Aina Abdul tau. Best sangat.Memang la tak sehebat penyanyi asal nyanyian Farisya ni tapi saya puas hati sangat dengan persembahan Farisya.


Fariya Iris/ Syamel - Ratusan Purnama

Bestnya persembahan diaorang ni. 

sebenarnya kan saya pun agak terganggu dengan peserta yang suka pegang2 dia punya inear monitor ni. Usop selalu pegang2 dia punya inear monitor. 


Dinie Rashid / Aizat Amdan - Sumpah

Persembahan Duet Dinie dan Aizat ni macam langit dengan bumi. Punya la teruk Dinie nyanyi. Best lagi  dengar Aizat nyanyi. Part Dinie rasa macam nak masuk tv lepas tu tutup mulut Dinie. Hahahah

Bila nyanyi duet ni perbandingan tu tetap ada la..kan? 

Tak paham la kenapa bukan dia yang terkeluar.


Dinie Rashid - Adventure of A Life Time

Saya rasa sebab persembahan ni la Dinie dapat ke Final. Nampak usaha dia untuk ke final dengan lagu nih. 

Saya baru tahu sebenarnya penari2 kat belakang2 dia tu banyak bantu dia susun langkah dia kat atas pentas. Diaorang akan bagitau dia ke depan atau kebelakang. Dia kan tak nampak. Patut lah persembahan dia banyak guna penari.

Markah juri:61, 76,72


Qody Rani - Rude

Ikut kan telinga saya ni, ok je dia nyanyi. Kalau melayu lain pun, bila nyanyi lagu inggeris macam gitu la jugak dengar nya. Tak de pun dengar international sangat lah. Kalau dengar penyanyi Thailand nyanyi lagu inggeris pun dengar gitu. 

Dengar orang inggeris nyanyi lagu melayu comfirm kau rasa nak lempang orang inggeris tu. kan??Kita yang mengaji hari2 ni pun kadang tak mampu nak cakap arab macam pak2 arab nun.

Komen ajai dan Syafinaz memang tak boleh diterima. Cemana la netizen tak marah. ada ke patut ajai cakap " macam tu pun susah sangat ke?" alah.. suruh baca yassin tanpa tengok quran kang, baru tau

hahaha

Persembahan Qody bagi saya ok je.Tak de rasa macamteruk sungguh ke ap.

Markah Juri:53, 66, 55


Qody Rani / Naqiu - Satu

Dengar best.Tengok menyampah.hahahah. Tarian diaorang ni annoying la.Merewang-rewang. Tapi nyanyian memang best. Dua2 nya ada vokal yang baik. jadi sedap la bunyi nya.


Usop/ Haqiem Rusli - Nur kasih

Minggu ni kan nampak Usop lebih tenang dalam menerima komen juri. Tak macam minggu lepas Usop nampak down dan macam putus asa je muka dia. Ni lah benda paling besar yang mengajar Usop dalam dia nak kekal dalam industri ni.

Untuk persembahan Usop dan Haqiem saya nampak keserasian diaorang dalam persembahan ni. Yang bestnya Haqiem tak cuba nak nampak lebih bagus dari Usop. Nampak setara saja diaorang ni.

Kita yang tengok pun rasa terhibur.

Persembahan pentas ni , kau buat bagi penonton terhibur je. Penonton ni bukan dia tengok sangat pun kau punya mood nyanyian ke, kau punya teknik nyanyian, kami tak kisah pun asalkan bunyi sedap, mic tak rosak, muzik tak lebih kuat dari suara, lirik tak merapu. 

Juri2 ni je..saya nak bagi panjang rancangan ni cukup 2 jam.hahaha


Usop - Lelaki Ini

Lagu ni tak best tau. Saya memang tak suka lagu ni. Tak sesuai la lagu ni untuk pertandingan sebab lagu2 anuar zain ni macam lagu2 Siti. Automatik kita nak nyanyi macam penyanyi asal. 

Bila kita nyanyi dengan gaya kita sendiri dia jadi tak best walaupun kita tak ubah banyak pun pada lagu tu.. Lagu yang dicipta hanya untuk penyanyi tu saja, rasanya tak sesuai untuk pertandingan.

So saya tak nampak kat mana salahnya Usop. Yang salahnya ialah lagu ni. Hahahha

markah Juri: 68, 76, 71


Fadh Majid - Someone You Love

Peserta Big Stage musim ni memang semua tak pandai omputeh ye. Hahaha. Patutnya juri lebih tahu benda ni dan penilaian mereka tu patutnya lebih rendah sikit la jangkaan nya tu. Jangan la letak tinggi sangat harapan. 

Fadh majid salah satu peserta yang dapat lagu inggeris minggu ni. dan macam biasa lah, juri punya komen mesti pasal sebutan english peserta.

Pada saya persembahan ok. bab muka berhati2 tu, kami anggap je tu muka sayu..Hahah

Markah Juri:65, 71, 72


Fadh Majid / Shiha Zikir

Lagu apa la diaorang nyanyi ni? Tak pernah dengar pun. Hahah.. 

Bagus suara Fadh ni. Dia memang boleh menyanyi macam2 lagu.Cuma macam kata juri minggu lepas dia cuma tak de aura. 


 Azzam Syam / Bob - Gundah

Dapat duet partner pun best. Korang rasa best ke idak??? Dah tentu lah best..kan? Azzam ni sesuai la nyayi lagu2 slow gini. 

Terbaik lah persembahan diaorang berdua ni. memang dari awal dah jangka yang Azzam ni akan ke final. betul tak?


Azzam Syam - Tak Mungkin Bersama

Memang calon ke final la nih. Kalau tak ke final mengamuk la peminat2 dia. Lagipun persembahan dia setiap minggu memang bagus. 

Markah Penuh Persembahan Minggu Ke 6 Big Stage 2020



Lagu Tugasan Peserta Big Stage 2020 Final

Dinie Rashid - My Baby You / Kau bunga cinta ku

Azzam Sham - Aku Bidadari Syurga mu / Grenade

Fadh Majid - Bila Rasa ku ini Rasa mu / Pantun Budi

Usop - Peluang kedua/ Arjuna

Qady Rani - Bukan dia Tapi aku/ Aladin

Minggu depan dah Final. Siapa yang  akan menjadi juara?? Bagi peminat-peminat Usop diaorang tak kisah pun Usop tak menang  sebab Usop dah cukup popular dan dah ada banyak lagu hit. Nak apa lagi..kan? Macam tak adil pulak kalau Usop jadi Juara. Masa awal-awal Usop masuk Big Stage ni pun ramai yang kata tak patut.

Bagi Azzam pulak, dia masih mencari-cari tapak dalam industri.Setakat ni yang kenal Azzam cuma pengikut2 dia di Youtube dan sosial media lain. Kalau tanya makcik pakcik yang tua2 tu diaorang tak kenal pun Azzam. So pandai2 la juri memilih siapakah yang layak dan patut jadi juara berdasarkan objektif sebenar rancangan Big Stage tu sendiri.

Gitu lah pendapat saya tentang siapa akan jadi Juara nanti.


Terima kasih kerana membaca REVIEW KONSERT BIG STAGE 2020 MINGGU KE 6 - 2 PESERTA TERSINGKIR. Jangan lupa setiap minggu saya akan review setiap persembahan Big Stage 2020 di blog ni. Korang boleh tonton Big Stage 2020 setiap ahad jam 9 malam di Astro Ria.

Tonton Online Big Stage 2020 Minggu ke 7

Post a comment

4 Comments

  1. Semua peserta lelaki kali ni ke final big stage

    ReplyDelete
  2. Yang dah ada karya dan nama masuk,yang belum ada nama dan karya juga ikut bertanding.Kalau boleh biar sama-sama diberi peluang untuk dikenali dan boleh menghasilkan karya dengan cara yang lebih sihat..biar sama-sama boleh berjaya apatah lagi yang sedang mahu merintis kerjaya.

    ReplyDelete
  3. dah tinggal peserta lelaki je yek semua, dana tak ikut sangat rancangan ini... tapi kadang geram jugak kalau dengar ajai punya komen, jarang yang tak over heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak tak perasan la sorang pempuan atas sekali tu, sebab teringat gambar mula-mula akak bagi tu semua lelaki heheheh...

      Delete

sila tinggalkan komen anda...:)