REVIEW KONSERT BIG STAGE 2020 MINGGU KE 4 - NETIZEN MAHU KAK LINA POM POM KEKAL JADI PRESIDENT NETIZEN





REVIEW KONSERT BIG STAGE 2020 MINGGU KE 4 - NETIZEN MAHU KAK LINA POMPOM KEKAL JADI PRESIDENT NETIZEN | Netizen kata kat dalam malaysia ni ada 2 orang je yang boleh gedik. Ella dan Kak Lina Pom Pom. Ada-ada saja netizen ni. Tapi diakui Elly Mazlein mampu buat orang tersenyum dengan keletah gedik nya tu. Tak semua artis mampu memikat penonton dengan perangai gedik dan beriya.

Kak Lina Pom Pom penghibur Big Stage Minggu ke 4

Kehadiran Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom pada konsert Big Stage minggu ke 4  sebagai President Netizen nyata membuatkan penononton terhibur sepanjang progran itu berlangsung. Ada juga sebahagian penonton yang mencadangkan agar Elly Mazlein menjadi president Netizen setiap minggu sepanjang Big Stage 2020.

Amboih... Nanti dah tengok tiap minggu jemu pulak..Kan? Orang Malaysia ni cepat jemu kalau bagi benda sama je. So baik la kekalkan konsep bergilir-gilir tu setiap minggu.

Elly Mazlien yang muncul dengan gaun merah menyampaikan lagu Perawan atau Janda selepas keluar dengan gimik melucukan dan mengundang gelak tawa penonton. Usikan Elly terhadap Ajai juga menyebabkan suasana konsert menjadi ceria.



Saya gelak berdekah dengan huru hara kak Lina ni.

Untuk Konser ke 4 ini saya sangat suka dengan Sherry punya penampilan. Sepanjang 4 minggu konsert berlangsung minggu ni Sherry nampak paling cantik. Dengan rambut dia yang dilepaskan tu  nampak macam wanita  anggun.

Lagu-lagu peserta juga semuanya best-best dan paling top di Malaysia

Perkara paling tak suka untuk konsert minggu ni ialah pemilihan lagu masa nak perkenalkan juri tu. Lagu-lagu tak best la. Padahal ada banyak lagi lagu best pada tahun  1975, 1981 dan 1978.

Juri jemputan kali ni ialah Joe Flizzow.

Ulasan persembahan Peserta Big Stage 2020 Minggu Ke 4

Azzam Syam - Mengintai Dari Tirai Kamar

Sekali dengar macam suara Izad lazim pulak bila dia nyanyi lagu nih. Tapi saya akui memang sedap dia nyanyikan lagu ni. Shahdu terasa sampai ke hati. Nak nangis dengar tau.. Dengan ada screen latar bintang -bintang di langit tu, kena sangat la.

Teringat pulak zaman kena tinggal sebab tak cantik dulu..Hhahahah..

Markah Juri: 85, 71, 90


Hafiz Zainal - Lagu Ku UntukMu

Saya tak suka persembahan Hafiz minggu ni. Nampak tak best, bosan dan vokal dia tak menonjol langsung macam minggu lepas.

Macam Ajai kata banyak sangat note pada lagu ni di ubah. Bila banyak sangat jadi tak best lah. Banyak getaran tak perlu kat hujung2 lagu.

Baju apa dia pakai ni??Buruk betul..

Markah Juri: 49, 72, 75


Fadh Majid - Mentera Semerah Padi

Korang perasan ke tidak, dia ni macam poyo sikit. Dengan cara dia cakap tu..hahaha

Untuk persembahan dia... Ni nak menyanyi ke nak bergaduh ni?? macam nak ajak bergaduh je.Tapi suara dia best. Saya suka dengar suara dia la. Dia nyanyi lagu apa pun memang keluar suara jantan tu.

Tapi lepas part corus, dia bersilat bagai tu, bila nyanyi macam goyang sikit suara dia.macam keletihan tak cukup napas. Tu la.., siapa suruh bergaduh sambil menyanyi.

Markah Juri: 88, 70,69

Farisya Iris - Kau Kekasihku

Dia ni awat yang depa suka sangat bagi makeup makcik-makcik kat dia ye?? Saya dok tunggu2 la depa bagi makeup yang remaja2 untuk dia. Dia ni cantik comel tau..

Saya selalu juga nyanyi lagu Kau Kekasihku ni kalau karoke dalam rumah. Dan lagu ni kalau bahagian yang " duhai malam...tiada bintang..." yang ni korang kena bagi semuanya masa nyanyi.Tak boleh tahan2.

Sebab tu saya tak nyanyi lagu ni kat luar. Muka saya nampak buruk.Hahah.

Tapi Farisya buat dah cukup baik terutamanya part corus. Bukan senang nak nyanyi bahagian tu. Lagu yang susah untuk dinyanyikan. Sebab tu tak ramai yang nyanyi lagu ni untuk pertandingan.

Note awal lagu ni pun dah kena hati-hati.Lagi pulak farisya siap bagi falseto bagai tu. Ingat senang ke nak buat.

Markah Juri: 49,80,78

Yamani Abdillah - Mimpi Laila

Dia ni tak de la teruk sangat menyanyi. Sedap je suara dia cuma suara sedap ni bukan bermakna semua lagu kita boleh nyanyi.Tak boleh nyanyi semua lagu pun bukan bermakna kita tak boleh jadi penyanyi.

Saya tak suka bila dia nyanyi note tinggi. Bila dia nyaringkan suara dia , ada bunyi tak best kat hujung nya.

Sama la untuk lagu nih, ada part nyaring tu, memang tak sedap la dengar. Tapi bila atas pentas dia punya ligat tu yang syok tengok.

Markah Juri: 42, 63, 75

Qody Rani - Ukiran Jiwa


Saya rasa Qody Rani antara peserta Big Stage yang sangat bertuah sebab kebanyakan lagu yang dia dapat semuanya sesuai dengan dia. Tapi heran jugak la sebab kita biasa dengar lagu-lagu dia sebelum ni sama je macam yang dia dapat, tapi bila perform tak boleh buat yang macam kita jangka.

Sedih la jugak..kan??

Untuk persembahan malam minggu ke 4, saya tak suka dari awal dia nyanyi sampai habis. Nampak tak kena lagu ni bila diubah macam tu jadi macam susah dia nak bawak.

Saya rasa dia tak payah ubah sangat lagu nih kalau dia nak nyanyi dengan lebih mudah. Mungkin betul la kata Ajai, dia macam tak fokus.

Markah Juri: 52, 78, 62


Dinie Rashid - Gubahan Rindu Puisi Shahdu


Sedapnya dia nyanyi lagu ni..Awal2 dah buat saya sedih tau..

Saya rasa dia tak sesuai nyanyi lagu penyanyi lelaki lain sebab di akan terikut-ikut dengan penyanyi asal tu. Sebab tu nyanyian dia yang sebelum ni macam tak best.

Tapi nyanyi lagu perempuan macam lagu Fauziah Latif ni dia kena bawa guna suara dia sendiri. Tak kan nak tiru syara Fauziah latif pulak..kan? Sebab tu jadi sedap..

Markah Juri: 67,64,80

Nana Sheme - Don't Speak


Awal2 dia nyanyi , saya: Awat lipstik dia senget.Memang pesyen gitu ke kalau imej Gothik?

Masuk part ke dua, ok boleh layan sikit.

Tapi saya agak pelik sikit dengan goyangan badan nya yang meliuk2  dengan skirt kembang tu. Kalau dia berdiri  tak payah goyang teruk sangat saya rasa kawalan suaranya lebih bagus.

Markah Juri: 69,79,75

Usop -  Bukan ku Tak Sudi


Yang di tunggu-tunggu. Tau tak lepas konsert Big Stage ni berapa banyak akaun Yotube yang upload video Big Stage Usop Minggu Ke 4 ni. dan ada yang dalam masa singkat depa punya view mencanak naik.

Nak tau pasaipa? Sebab Konsert Minggu Ke4 , adalah persembahan terbaik Usop dalam Big Stage. Komen Juri rata-ratanya sangat mengkagumi vokal Usop dan Personaliti dia.

Setiap persembahan Usop, dia sentiasa memberi lebih dari apa yang penonton nak.

Untuk Lagu Usop - Bukan Ku Tak Sudi, saya jamin semuaorang akan suka persembahan ini dan saya percaya ramai yang akan cari lagu ni di Youtube.

Markah Juri: - 93, 80, 90



Markah Keseluruhan Big Stage Minggu 4

Minggu ke 4 Usop masih mendahululi carta seperti minggu-minggu lepas.  Boleh dikatakan semua persembahan ada peningkatan dan semua peserta memang layak berada diatas pentas Big Stage 2020.

Sedikit terharu dengan Ucapan Usop masa lepas dia perform tu. Dia tak kisah kalau dia kalah dia cuma nak menghiburkan kita saja. Memang semua terhibur bila Usop ni masuk Big Stage 2020. Saya percaya kalau tak de Usop memang sendu la pentas Big Stage ni. Betul tak?

Peserta yang terkeluar minggu ni ialah Yamani Abdillah. Macam saya kata kat atas tadi, Yamani bukan tak boleh menyanyi. Tapi kan ini pertandingan, dah tentu ada yang tersingkir.



Tapi bila keluar awal ni , untungnya ialah dia tak payah nak tunggu lama untuk keluarkan lagu dia. Masa ni orang tengah kenal dia dan dia kena la cepat bertindak supaya orang tak lupa. Kesilapan peserta2 realiti Tv ni, lepas tersingkir depa dok rumah goyang kaki. lama2 orang lupa. Lepas setahun dua baru nak keluarkan lagu. Memang ambik masa la orang nak kenal kau.

Peserta paling meningkat persembahan dia ialah Yamani Abdillah, dan yang agak menurun ialah Qody Rany.

Terima kasih kerana membaca Review Konsert Big Stage 2020 Minggu 4 - Netizen mahu Kak Lina Pom Pom kekal Jadi President Netizen. Jangan lupa setiap minggu saya akan review setuiap persembahan Big Stage 2020 di blog ni. Korang boleh tonton Big Stage 2020 setiap ahad jam 9 malam di Astro Ria.

Post a comment

13 Comments

  1. Tukang Kebun sekarang ni kalau celebrity lalu depan mata pun tak kenal hahaha...
    Ada masa flight naik Qatar Airways transit ke Qatar, kawan yang pergi sekali kata tu macam celebrity, Tukang Kebun blur je hahaha... Dah makin tua macam ni la

    ReplyDelete
  2. macam nak tengok pula bila ada kak lina pom pom, mesti meriah giler dia jadi ketua netizen..hehe ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  3. kak lina ade mmg happening..kak di..saya blm tgk lg so far..huhuu rumah xde astro ^_^

    ReplyDelete
  4. Kak Lina salah sorang yang pandai hidupkan suasana.

    ReplyDelete
  5. Selalu la dengar usop tu nyanyi kt yt...tp takleh tengok muka dia... sebab ada budak yg saya tak suka macam dia.

    ReplyDelete
  6. Harapnya kekal laaa Kak Lina tu kannn...
    Kita dah nampak siapa bakal menang hahahaha mesti Ucop ...

    ReplyDelete
  7. I love kak lina pom pom kepomm!

    ReplyDelete
  8. Kak lina ada mesti happening big stage 2020

    ReplyDelete
  9. Dah mingu ke 4 pun tak tengok lagi Big Stage ni. Kak Lina kalau tak haru, bukan dia tu. meriah majlis kalau dia ada.

    ReplyDelete
  10. Minggu ni Mrs. A tengok Big Stage tapi ada gak sekejap-sekejap tukar channel tengok Kdrama. Time Ucop last sekali memang best bak kata kak Lina Pom Pom sampai memang sampai hahahaa.... Ntahlah si doktor Gigi tu tak minat Mrs. A.

    Setuju dengan Diana pasal penampilan Sherry minggu ni memang anggun berkenan dengan skirt yang dia pakai tu.

    ReplyDelete
  11. saya sempat tengok start persembahan dinie je sbb balik kerja pukul 10.30 mlm.. Dan kak lina pompom memang sangat diperlukan! best giler tngok dia aktif dgn lawak semua, takla macam presiden netizen minggu sebelum2 ni yang macam hambar je hahaha

    ReplyDelete
  12. BELUM SEMPAT TONTON BIG STAGE NI

    ReplyDelete
  13. yeahh saya pun sukaa tengokk kak lina pom pom :D hahaha meriah betul kalau ada dia

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)