REVIEW KONSERT BIG STAGE 2020 MINGGU 3 - USOP MASIH KEKALl MENDAHULUI CARTA





REVIEW KONSERT BIG STAGE 2020 MINGGU 3 - USOP MASIH MENDAHULUI CARTA  | Selepas 3 minggu konsert Big Stage 2020 berlangsung Usop masih lagi mendahului carta Big Stage dengan persembahan yang sentiasa memikat hati juri dan penonton setia Big Stage. Saya pun tak jemu-jemu tonton persembahan Usop ni. Suara dia tu yang orang suka sangat selain personaliti nya yang buat orang senang.

Untuk pengetahuan semua Big Stage dah tak de tayangan full di Youtube. Mungkin Astro nak kita semua langgan Astro la kot.Tapi diaorang tak sedar Big Stage ni di tonton juga oleh mereka-mereka di luar negara. Satu kerugian juga la pada Youtube Astro Gempak. Saya tengok banyak betul 'dislike" di Yotube Astro tu.hahahh

Untuk Minggu ke 3 ni Juri jemputan ialah Lah Ahmad manakala President Netizen pula di wakili oleh Micheal Ang. Kurus nya Micheal Ang. Jeles teruk . Dulu gemuk tak elok betul Sekarang smart dah boleh pakai jeans.  Nak berjoget pun nampak elokkk.. kan??



Minggu ke 3 ni ada la beberapa benda yang saya tak berkenan tengok terutamnya pada persembahan peserta Big Stage. Persembahan yang saya suka ialah Hafiz Zainal dan Farisha Iris . Satu lagi malam ni semua cantik-cantik segak-segak.

Baju memang sesuai dengan masing-masing la.Saya kasi 5 bintang untuk baju.

Kenapa tak pilih persembahan Usop sebagai yang terbaik?? Bukan tak suka persembahan Usop cuma tak best nya Ara Johari Nyanyi. Kita biasa dengar lagu Senja Nan Merah ni, Vokal Ziana lebih jelas. Tapi Ara Johari macam dok simpan suara dalam mulut. Part corus je suara kuat. Terus mencacat kan persembahan tu. Tapi Usop memang best la..Layan je dengar suara dia..

Jom baca saya punya review lengkap tentang persembahan semua peserta Big Stage 2020 minggu ke 3.


  • Hafiz Zainal / Muna Shahirah - Di persimpangan Dilema



Saya suka sangat persembahan Hafiz kali ni. Sesuai la dengan suara dia untuk balada macam ni. Satu lagi lagu Nora ni tak payah lenggok beriya2 pun. Macam lagu2 sebelum ni yang Hafiz nyanyi , sibuk nak masuk kan element main2 suara tu, tak payah la kalau tak reti.

Nyanyi je lagu-lagu macam lagu malam ni . Orang dengar pun rasa best. Tak serabut telinga.

Suka la dengar suara Muna Shahirah tu. Dah la cantik

Markah Juri : 76, 73, 62



  • Dinie Rashid / Wani Kayrie - Takdir Tercipta


Saya tak minat lagu nih. Tak best. Siapa entah nyanyi lagu ni.

Untuk persembahan diaorang berdua ni, saya rasa macam biasa-biasa je. Tak dengar suara diaorang. Bunyi muzik kuat sangat. Tak tahu la kalau Dinie ni memang nyanyi jenis kulum suara dalam mulut.
Sebab tu saya selalu ada masalah dengan sebutan dia.

Mungkin dia menghayati sangat lagu tu sampai tak dengar suara. Agaknya lah...Tapi part corus jelas pulak bunyi nya..kan??

Tapi kan, saya pun kalau nada rendah bila nyanyi tak dengar suara. Tapi saya kan perempuan. Lelaki  ok kot nyanyi nada rendah.

Markah Juri: 63,68, 58



  • Sandra Dianne / Sufi Rashid - Aku Kau Dan Muzik


Nyaring betul suara Sandra nyanyi lagu nih. Orang suara nyaring ni, bila dia nyanyi sumbang memang jelas dengar sumbang. Haha.. tu la kelemahan kalau suara nyaring ni.

Untuk lagu ni, dengar jelas sumbang nyanyian Sandra.

Satu lagi saya sakit mata tengok tangan si Sandra ni merewang-rewang sambil menyanyi macam tak kena gaya. Kawal2 sikit tangan tu. Angkat bila perlu saja.

Time tak buka mulut tangan stay je. Tak payah dok angkat2 .. Pahal kau ni???

Markah Juri: 57, 66, 15


  •  Azzam Sham/ Khai Bahar - Canggung


Pandai Azzam cari rakan Duet. Sedap suara dua- duanya. Ingatkan Azzam Sham ni boleh nyanyi lagu2 macam lagu Ajai je.. Hahhah..

Tapi kan, kalau  masuk pertandingan apa2, bila kita pilih rakan duet yang lebih gah dari kita, takut makan diri tau. Tapi untuk persembahan ni, ok la. Tak la dia nampak kecil di sebelah Khai Bahar tu. Betul-betul berbakat Azzam Sham ni.

Markah Juri ; 78, 80, 65.



  • Amir Hasan/ Sarah Suhairi - Bicara Rasa


Dasyat ye persembahan Amir Hasan dan Sarah Suhairi ni. Saya tengok , tak sampai 3 minit dan tertidur. Punya la boring. Hahahha.. Tak de apa2 yang menarik dalam persembahan Amir termasuk vokal yang biasa- biasa saja.

Saya pulak tertidur jadi tak sempat nak komen. Tak pasal2 je kena tunggu Ulangan Big Stage sekali lagi untuk lengkapkan review Big Stage 2020 minggu ke 3 ni.

Ok..untuk persembahan Amir saya rasa dia bergantung sepenuhnya dengan Sarah. Nasib baik sarah Suhairi ni tak gelojoh ye..Sarah Suhairi tu menyanyi punya la bagus, dia pulak buat ala-ala je. Lagu sedap dah..

Masa memula tu sedap je dia nyanyi ok je.. Dan part Rap tu.. suka sangat dengar. Tapi lepas Rap tu saya rasa dia dah tenggelam dengan vokal Sarah Suhairi. Korang perasan tak ada satu part lepas rap dia nyanyi sama2 dengan Sarah. Terus tenggelam suara dia.

Persembahan setiap peserta ni saya rasa 3-4 minit je. Kau tak boleh la nak bagi 2 minit ok, 2 minit lagi tak ok. kalau gitu baik kau nyanyi 2 minit je..Hahahha

Tapi yang pasti lagu ni lagi ok dia nyanyi dari minggu2 lepas.

Markah Juri: 17, 62. 73



  • Nana Sheme/ Adzrin - Setia



Best pulak si Adzrin ni nyanyi. Tahun masa dia join big stage tu  macam hampeh je persembahan dia...Hahaahha..

Saya suka je Nana Sheme ni. Suara dia manja tu yang saya suka. Tapi minggu ni persembahan dia tak best. Saya rasa penyanyi wanita yang baru2 ni tak payah la kau nak melenggok-lenggok kan sangat lagu tu kalau kau tak berapa reti nak buat. Nyanyi je macam kau nyanyi lagu sendiri yang mendatar je tu.

Markah Juri: 60, 73, 42


  •   Usop/ Ara Johari - Senja Nan Merah



Betul la kata MichealAng, Usop ni bila dia menyanyi dia jadi macam orang lain.

Maknanya bila dia bercakap orang tertarik , tapi bila dia menyayi orang tertarik juga tapi dengan cara yang lain. time nyanyi dia jadi lain.Tapi dua2 nya best.

Persembahan Usop dan Ara ni ,best betul suara Usop. Ara je tak best. kan dah tulis kat atas sana apa yang tak best dengan persembahan Ara ni.

Tapi nasib baik markah tinggi jugak.

Markah juri: 85, 73, 82



  • Fadh Majid/Kucai Mars - kekasih Bayangan



Peserta lelaki tahun ni suara semua bagus la. Tak sama macam tahun lepas-lepas. Saya siap tengok ulangan Big Stage tahun ni tau. Salah sorang yang ada suara yang bagus ialah Fadh Majid.

Sayangnya dia punya pasangan duet tak gagah suaranya. So nampak la perbezaan ketara suara Fad Majid dan Kucai Mars. Macam berduet dengan Ajai je la.. Hahahh.

Langsung tak nampak serasi dengan Kucai Mars. Saya tak rasa salah Fadh Majid. Cuma pasangan duet dia tu je la.. malas la nak cakap..Hahhah

Saya rasa dalam banyak2 persembahan duet malam minggu ke 3 ni, cuma  Qody, Yamani dan Azzam je yang bijak memilih pasangan duet diaorng.

Markah Juri: 65, 80, 65



  • Qody Rani / Amir Masdi - Salam Untuk Kekasih



Tak tau pasaipa dia tak boleh mendahului Azzam . Padahal saya rasa setiap persembahan dia bagus sikit dari Azzam tu. Saya suka suara dia, dia punya personaliti, penghayatan dia dalam lagu dan paling best setiap lagu dia nyanyi tu ada kelainan yang dia buat pada susunan muzik .

Dia buat macam lagu dia je..

Kalau tengok persembahan minggu ni saya ingatkan dia boleh atasi Usop. Sebab saya rasa mesti best lagu ni kalau Qody nyanyi. Dah la duet partner dia pun boleh tahan suara memukau habis. Tapi banyak jerit dan ubah lagu ni terlalu banyak pun dia jadi tak best. Sebab lagu ni memang dah sedia keras . Bila kau bagi lagi keras dah nampak serabut dengar.

Walaupun juri bagi markah sikit tapi saya percaya semua penonton sangat puas hati dengan persembahan dia. Lagu ni memang susah. Saya yang perempuan ni pun tak pernah nyanyi lagu ni kat rumah kawen ke, kat karoke jamban ke.. tak pernah!! susah ok..

Markah Juri: 50, 82, 59




  • Farisha Iris/ Feya Julia - Cinta



Memula tengok tajuk lagu yang diaorang nak nyanyi ni, saya cuma harap jangan la memekik-mekik sangat. Tau2 je la lagu ni part hujung dia saling bersahut2 dia punya menjerit tu. Rimas..

Lagi-lagi Feya Julia ni suara dia nyaring. Tak sedap untuk menjerit sangat.

Farisha Iris , suara dia memang saya tak de masalah la. Dia peserta wanita yang paling saya suka dan saya rasa akan ke final.

Tapi..tapi.. Saya suka sangat2 persembahan diaorang untuk lagu Cinta ni. Kalau boleh saya nak jerit kat Juri2 supaya bagi markah tinggi lagi.Hahah

Cantik la dia. Setuju dengan Micheal Ang- kurangkan makeup tu. Dia dah memang cantik. Bagi la nampak muka budak2 tu. Ni makeup tebal2 macam makcik2..

Markah Juri: 80, 83, 71


  • Yamani/ Syafiq Farhain - Isabella



Kalau sekali imbas dengar macam jamal Abdillah berduet dengan Salem pulak. Hahah..Mungkin sebab kita dah biasa dengar bapak2 diaorang berduet lagu ni jadi rasa macam ok je kat telinga ..kan?

Rasa macam pendek sangat persembahan diaorang ni..kan? Awat kejap sangat...

Saya cuma tak suka dengar muzik dia je. Serabut.Sampai tenggelam suara masing-masing.

Tapi saya setuju la dengan komen Faizal Tahir yang diaorang berdua ni nampak macam Jamal Abdillah dan Salem. Tak de identiti diaorang sendiri. Sebab ini kan pertandingan. kan? kalau setakat persembahan pentas boleh la nak tiru bapak2 diaorang..kan??kan??kan??

Markah Juri; 55, 70, 64

Markah keseluruhan Big Stage Minggu 3

Untuk minggu ke tiga, Usop Masih mendahului carta. terbaik lah usop. Ramai yang undi Usop ni. Farisha Iris berjaya juga duduk tangga ke 2, memang yang ni saya setuju sangat. Tapi Qody lepas ke tangga ke 4.

Peserta Big Stage 2020 yang tersingkir di minggu ke 3 ni ialah Amir Hasan. Sandra dan Dinie juga berada di bottom 3. Tapi nasb tak menyebelahi Amir.

Kagum juga dengan Hafiz Zainal yang maintain kedudukan nya selepas kena hentam teruk dengan Ajai di minggu pertama tu. Nampaknya Hafiz betul2 buktikan dia memang boleh nyanyi.




Terima kasih kerana membaca Review Konsert Big Stage 2020 Minggu 3 - Usop Masih Mendahului Carta. Jangan lupa setiap minggu saya akan review setuiap persembahan Big Stage 2020 di blog ni. Korang boleh tonton Big Stage 2020 setiap ahad jam 9 malam di Astro Ria.

Post a comment

7 Comments

  1. xtau kenapa kurang minat dgn program ni ^,^

    ReplyDelete
  2. amboi bosan sgt ke persembahan tu sampai akak tertido..hahaha ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  3. Tengok big stage season ni sebab usop je. Harap dia konsisten.

    ReplyDelete
  4. Adeiii terasa tua sangat la ni hahaha... Pertama kali dengar Big Stage ni kat sini

    ReplyDelete
  5. Tak tengok big stage kali ni. Kurang x factor kot musim ni. Tak ada yang fav. huhu

    ReplyDelete
  6. Wah Usop nombor satu eh, Kak Sue memang suka suara Usop nie tau..

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)