ZUL MUHAMMAD

RESEPI KEK BATIK PALING SEDAP DAN MUDAH - KEK BATIK LEMBUT DAN MOIST

RESEPI KEK BATIK PALING SEDAP DAN MUDAH - KEK BATIK LEMBUT DAN MOIST | Ada banyak resepi kek batik yang bertebaran di google dan sosial media. Malah ada yang buat kelas berbayar untuk sesiapa yang nak buat kek batik yang sangat sedap. Sebenarnya kek batik yang sedap bergantung pada kuantiti dan kualiti bahan yang digunakan. Kalau kedekut bahan memang kurang sedap la kek batik tu. Selain tu teknik yang betul juga penting dalam menghasilkan kek batik yang sedap



Dah banyak resepi kek batik yang saya cuba. Memandangkan anak-anak cukup suka dengan kek batik, jadi ianya sering jadi pilihan saya setiap kali anak-anak nak makan kek.

Kali ni saya cuba letak kan almond ke dalam kek batik dan ianya memberi rasa yang lebih sedap pada kek batik ni. Saya juga menggunakan susu full cream bagi menggantikan penggunaan air. 

Susu full cream buat kek batik lebih cepat memekat berbanding air. Jadi cara saya ni lebih cepat tak sampai 15 minit untuk menghasilkan satu kek batik.


Resepi Kek Batik Paling Sedap

Disini saya kongsikan Resepi Kek Batik Yang Sedap dan Mudah.

Bahan-Bahan membuat kek batik:

150g Biskut meri (patah2 kan biskut pada 2 bahagian)

2 cawan susu full cream

3 sudu besar milo

2 sudu besar serbuk coklat

1 genggam badam yang dah dicincang

3 sudu besar gula pasir

1 sudu besar tepung gandum (ayak)

1 biji telur

Topping: coklat ganache

Cara-cara membuat kek batik:

Dengan api perlahan, Masuk kan susu ke dalam kuali. Masuk kan milo dan serbuk coklat.

Kemudian masuk kan gula pasir dan telur. kacau laju2 guna whisk supaya telur tak berketul.

Masuk kan tepung gandum dan kacau lagi laju2 guna whisk.

Tutup api. Masuk kan biskut dan badam. terbalik-terbalik kan biskut supaya kena adunan coklat.

Jangan sampai biskut hancur.

Masuk kan dalam loyang saiz 8x8 yang dah dilapik dengan baking paper. Ni supaya mudah nak di terbalik kan nanti.

Masuk kan dalam peti sejuk selama 4-5 jam.

Terbalik kan atas pinggan cake dan boleh la siram dengan chocolate ganache.



Korang boleh letak kan taburan almond diatas cake ni juga. terserah nak hias macam mana. Dari kek yang biasa-biasa dah jadi kek yang nampak mewah dan menarik.

Siapa dah cuba boleh la kongsikan pengalaman dan rasa kek batik ni di ruangan komen. Jangan lupa kongsikan resepi ni dengan sahabat-sahabat lain. terima kasih kerana membaca artikel Resepi Kek Batik Paling Sedap Dan Mudah - Kek Batik Lembut Dan Moist. selamat mencuba.


Post a comment

5 Comments

  1. sedapnya kak diana..nk buat tu yg rasa allaahai hahaaaberat ajer

    ReplyDelete
  2. sedapnya nampak chocolate topping tu kak.. boleh try nanti buat kek batik. lama dah tak buat. dulu pernah buat, tapi keras. tu yang tak buat dah. hihi

    ReplyDelete
  3. Selalu i buat letak butter, nnt nak try resepi ni plak lah.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya kek batik. Tambah badam lagilah sedap rasa dia. Pulak tu coklat melimpah gitu. So sedap!

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)