RESEPI JAPANESE MILK BREAD - ROTI VIRAL YANG COMEL





photo: IG Velbertw
RESEPI JAPANESE MILK BREAD  - ROTI VIRAL YANG COMEL | Sekarang ni viral pulak resepi Japanese Milk Bread yang berwarna warni dan cantik ni. Roti ni sangat comel dengan warna -warna yang cantik. Sebab tu ramai yang suka kan nya. Rata-rata bakers dah mencuba roti ni dan ramai yang kata rasanya sangat sedap, sangat ringan, gebu dan lembut. Tak ada roti yang setanding kelembutan nya dengan Japanese Milk Bread.


Roti Viral Yang comel

Saya belum jumpa lagi roti ni di jual di bakery berdekatan rumah saya ni. Mungkin tak lama lagi ada la tu. Sebenarnya roti ni dah lama wujud, cuma baru-baru ni saja diberi sedikit kelainan dengan tambahan pewarna untuk menaik kan lagi seri roti dan nampak lebih menyelerakan. Alih-alih roti ni menjadi viral dan ramai penggemarnya.

Saya percaya sesiap saja yang melihat roti ni dikedai roti pasti akan rasa tertarik dan tertanya-tanya bagaimanakah rasanya. Roti ni rasa macam roti biasa yang lain cuma kelembutan dan  teksturnya yang sangat ringan tu membuat roti ni ada peminatnya yang tersendiri.

Japanese Milk Bread juga sangat sesuai dijadikan roti sandwich dan roti bakar. Cara membuatnya juga sama sahaja serti roti lain cuma yang berbeza ialah teknik dan ramuan bahan-bahan yang digunakan menjadikan roti ni lebih lembut berbanding roti-roti lain di pasaran.

Ada juga yang meletak kan inti dibahagian tengah roti. Contohnya seperti inti kacang merah, kaya, peanut butter, butella dan sebagainya mengikut selera masing-masing.

photo: IG shafur.bajry

Resepi Japanese Milk Bread 

Pada korang yang nak mencuba membuat Japanese Milk Bread , disini saya kongsikan salah satu resepi Japanese Milk Bread terbaik yang korang patut cuba sendiri. Mesti lepas ni korang tak nak dah buat roti lain. Mesti nak guna resepi Japanese Milk Bread yang paling sedap ni.

Resepi ni adalah perkongsian dari Instagram Shagur.Bajry . Terima kasih untuk resepi terbaik Japanese Milk Bread.


Bahan-bahan membuat roti:

270gr tepung gandum protein tinggi
2 sudu besar susu tepung
30gr gula pasir
1 sudu teh ragi
2 sudu besar serbuk whipcream (larutkan dengan sedikit air)
30gr butter
120-130ml susu cair full cream
secubit garam

Pewarna makanan

Cara penyediaan roti

Campurkan tepung, susu tepung, ragi, gula, whipcream dan susu cair . Uli sedikit kemudian
tambahkan butter dan garam.

 Uli lagi sampai  menjadi doh.Doh akan sedikit melekit di tangan.

Bahagikan adunan menjadi 4 bahagian dan letak pewarna makanan mengikut kesukaan masing2 pada setiap bahagian. Kalau tak nak letak pun tak pe. Nak biar plain macam tu je pun ok.

(kalautak nak warna, tak payah bahagikan kepada 4 bahagian)

Selepas itu,  tutup dengan kain bersih dan rehatkan doh kira-kira 45minit atau sampai mengembang 2 kali ganda.

Bila adunan dah mengembang, tumbuk2 sikit doh tu untuk buang angin dalam doh.


Sapu sedikit tepung ditangan supaya doh tak melekat di tangan. Bahagiakan doh kira2 seberat 35g , bulat2 kan dan letak dalam loyang yang dah dialas dengan baking paper

Rehat kan doh supaya naik kembang lagi. Kemudian taburkan tepung gandung diatas doh.

Bakar dalam oven yang sudah dipanaskan dengan suhu 170°c selama 25-30 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.

photo:  IG malichatun88

Sebenarnya ada banyak resepi membuat Japanese Milk Bread ini. Ada yang menggunakan roux untuk mendapatkan tekstur roti yang lembut.

Selepas keluarkan roti dari oven tunggu sehingga roti betul-betul sejuk untuk mendapatkan tekstur roti yang sempurna.

Semoga resepi ini dapat membantu korang menghasilkan roti yang sempurna . terima kasih kerana membaca artikel Resepi Japanese Milk Bread - Roti Viral Yang Comel. Semoga bermanfaat untuk semua. selamat mencuba



Post a comment

11 Comments

  1. Nampak gebu.
    Rupa memang buat orang hendak makan.

    ReplyDelete
  2. Mak aih...gebus nya... tengok aje la... mmg takkan buatnya... malas

    ReplyDelete
  3. berapa lama nak bakar kalau suhu 170°c..

    tak akan 100 tahun kot hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak bakar 100 tahun pun boleh..

      nak kena tumbuk tukang tanya nih.

      Amboh..amboih.. Jap nak edit..

      hahahahha

      Delete
  4. comelnya roti ni kak! tapi malehhnyaa nak membuat sendirik...adeii

    ReplyDelete
  5. gebusnya kak... dana nak meroti takut tak jadi hehehhe

    ReplyDelete
  6. sekali tengok macam mochi pulak. Tak pernah cuba japanese milk bread roti ni.

    ReplyDelete
  7. Omg Mochi 😱❤️ Memang fav ni! Kalau pergi familymart pun mesti cari hihi

    ReplyDelete
  8. nk cari laa sapa yg jual roti ni. kalau sy buat sendiri kompem x menjadi hehehehe

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)