RESEPI DONUT SEDAP DAN LEMBUT MACAM DONUT TESCO



RESEPI DONUT SEDAP DAN LEMBUT MACAM DONUT TESCO |  Dah banyak kali juga buat donut tesco ni untuk anak-anak. Donut ala-ala donut tesco yang sedap dan lembut ni saya tak goreng macam donut biasa tapi saya bakar dalam oven. Itu lah kelainan nya.

Anak-anak saya ni kalau donut ada minyak tu diaorang muak sikit bila nak makan dengan topping coklat. Sebab tu la saya lebih suka kalau donut tu dibakar saja.

Tapi bagi yang nak goreng saja pun boleh. tak de masalah. Tetap sedap dan lembut.Cuma untuk anak-anak saya memang saya bakar saja.


Dalam banyak-banyak resepi Donutt, hanya resepi donut bakar ni saja yang kena dengan selera anak-anak dan dioarang tak jemu. Donut ni walaupun dah sejuk dia tetap lembut  dan tak rasa masam macam donut yang kita goreng tu. Saya pun tak tahu kenapa ada Donut yang rasa masam bila sejuk Adakah sebab yis terlalu banyak??Entah la..

Selalunya donut ada lubang di tengah2 tapi saya malas nak buat lubang. Ki
ranya resepi ni sangat sesuai untuk orang malas.Hahahah

Donut Yang Tak berminyak

Kalau anak-anak korang jenis cerewet makan macam anak-anak saya ni korang boleh cuba buat donut versi bakar ni. Donut ni memang tak berminyak, dan paling best dia boleh makan saja tanpa apa-apa topping.

Tak payah letak gula dan apa-apa topping pun tetap sedap dan lembut. Rasanya memang sama macam donut tesco tu. Cuma saya suka buat kecik2 sikit sebab anak2 bukan jenis makan banyak. Donut tesco tu kalau saya beli pun , saya potong  2.

Kalau tak potong memang makan tak habis la.. Perut kecik je masing-masing. So korang boleh la bayang kan kalau beli sekotak donut tesco tu berapa lama boleh simpan dalam peti sejuk. Hahha.. 





Resepi Donut Sedap Dan Lembut Macam Donut Tesco


Resepi ni sangat-sangat mudah dan lebih cepat dibuat sebab tak memerlukan kita untuk menggoreng. Masuk kan dalam oven selama 15 minit dah siap. Tak payah nak tunggu-tunggu depan dapur. - 

Resepi Donut Sukatan Cawan


Bahan-bahan nya:

11g Yis Mauripan
1 biji telur
1 sudu besar gula
2 cawan air suam

4 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar majerin
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar Shortening
secubit garam

Cara-Caranya: 

Masuk kan gula ke dalam air suam dan kacau sampai gula hancur.kemudian masuk kan yis.

Selepas yis dah kembang dan naik , masuk kan telur dan kacau sebati.

Dalam bekas besar ayak tepung bersama baking powder.

Masuk kan majerin , garam ,susu tepung dan Shortening ke dalam tepung. Gaul guna hujung jari saja.

Kemudian masuk kan air yis tadi.

Uli tepung sampai jadi doh. Lebih cepat kalau guna mixer dalam 20 minit. Doh akan sedikit melekat di tangan. Lepas tu rehatkan doh dalam 1 jam. 

Bila doh naik kembang, uli lagi dalam 10 minit. lepas tu boleh bahagi2 kan doh  dan buat bulat2. Kalau rajin buat la lubang tengah.


 Susun dalam loyang yang dah disapu majerin. biar naik kembang sikit lagi. Lepas tu sapu majerin sikit kat atas donut dan  boleh bakar dalam oven yang dah dipanaskan.

Bakar dalam suhu 170 selama 15 minit. Bakar sampai perang dan boleh la keluarkan dari oven



 Bila donut dah siap dia tak la la bulat dibawah nya. Dia jadi macam bun saja. Tapi memang  sangat lembut dan sedap. Korang boleh lebihkan gula dalam yis tu kalau nak donut yang manis2.

Donut ni boleh simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan keluarkan dan masuk kan dalam oven dalam 5-6 minit dah boleh makan.

Untuk topping korang boleh letak apa saja. Nak makan dengan kaya dan jem pun boleh. Sedap sangat-sangat.

Biasanya saya buat memang banyak sebab anak akan ulang2 makan. 

Itu je la nak kongsikan. Selamat mencuba resepi Donut sedap dan lembut macam donut tesco.

Post a comment

7 Comments

  1. Ada akak kedai makan kat sini, dia kata tips donut naik cantik gebu adalah buat doh masa hari panas terik hihi..
    tapi sedapnya tengok donut akak tu...yumss!

    ReplyDelete
  2. Topping coklat yg best..suka donut yg lmbut, bila gigit..nyamannya..

    ReplyDelete
  3. macam tau tau je saya teringin donut , betul tu saya punn kalau kuih berminyak sgt teruk tak lalu makan

    ReplyDelete
  4. wah sedapnya. jimat banyak buat sendiri donut ala-ala tesco ni :) ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  5. Sedap tengok. Ingat mochi dah tadi 😅✨

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)